Ada rahsia nak bagitahu ni. Sebenarnya RZ fobia gile bila nak beraktiviti dalam air ni, tak kiralah laut ke, sungai ke atau kolam renang. Tragedi hampir lemas masa kecil dulu buat RZ takut nak masuk kolam renang dah, kalau masuk pun mesti melekat je dekat tepi dinding atau tangga besi, hahahaha. Walaupun di sudut hati kecil ini (amboiii ayat kau!!!) cemburu tengok orang lain boleh berenang macam ikan, tapi RZ pula ibarat ikan terdampar di tebing kolam, hahahaha!!!
Nak dijadikan cerita, baru-baru ini RZ dan rakan-rakan Kelab Blogger Ben Ashaari berpeluang belajar teknik berenang yang betul yang dikendalikan oleh pengajar yang bertauliah dari Swimrush Swimming Academy. Siapa yang tak teruja dapat belajar berenang kan? Akhirnya dapat lah juga mengurangkan rasa fobia bila masuk dalam kolam renang, walaupun sebenarnya RZ masih belum yakin lagi akan dapat fokus ke tak bila sesi pembelajaran dah bermula. Masih takut lagi la katakan, ngeee...
Kumpulan diasingkan kepada 3 iaitu; lelaki, wanita dan kanak-kanak. Begitu juga dengan tenaga pengajar, jadi takdelah rasa segan sangat kan?
Sesi pembelajaran diajalankan dalam suasana yang santai, sambil belajar sambil berendam gitu, best kan? hihihhi. Setiap teknik diajar satu persatu dan perkembangan kitorang dipantau, jadi takdelah di antara kitorang yang tertinggal. Nasib baik lelaki ada 5 orang je, mudah pengajar nak fokus satu persatu, lebih-lebih lagi RZ sebab paling penakut! Tengok je lah muka RZ tu, cuak memanjang, hahahaha.
Teknik pernafasan sangat ditekankan dalam setiap silibus pembelajaran, ye lah dah nama pun berenang kan, mana boleh bernafas dalam air. Maka perkara pertama yang diajar ialah teknik bubble di mana ia membolehkan kita bertahan lebih lama dalam air dan mengambil peluang untuk mengambil nafas ketika di permukaan sebelum masuk semula ke dalam air.
Haaaaa lagi satu, RZ jeles tau tengok orang yang boleh terapung kat dalam air. Dalam mindset RZ orang gemuk mesti tenggelam, yang kurus mesti terapung, hahaha. Salah tu, semua orang boleh terapung, menurut pengajar tu, Hazman namanya;
"Ada orang besarnya 2 kali badan awak
pun boleh terapung!"
Lega RZ mendengarnya, hahahaha. Tapi serius antara kitorang berlima, RZ yang paling senang terapung secara backfloat iaitu terapung secara terlentang di atas air, alaaa macam kita tengah baring atas tilam tu hahaha. Terharu kat diri sendiri bila boleh terapung, hahaha. Tapi belum sempat nak bangga, RZ lupa nak tanya macam mana turun berdiri macam biasa, hahahaha. Tak payah tanya pun, pengajar sendiri akan ajar semua termasuklah cara-cara macam mana nak turunkan kaki dan berdiri seperti biasa.
Selain dari teknik-teknik asas berenang. Kitorang diajar juga berkaitan water confidence, dan antara yang paling RZ takuti ialah bab underwater / dive in. Ye lah, kita dah la baru belajar sikit-sikit, terus kena cuba menyelam pula, RZ masih lagi takut-takut sebenarnya. Setelah dipujuk dan diajar oleh pengajar, akhirnya RZ berjaya mengatasi ketakutan tersebut dan berjaya menyelam dan timbul semula dengan selamat, hahaha. Lepas tu dah seronok pulak, sampai ulang 5 - 6 kali tak henti, hahahaha.
1. Perenang Negara Sedang Menyelam
2. Dan Berjaya Mendapatkan Harta Karun
3. Tidak! Ini Fitnah! Saya Tidak Menipu!
4. Ini bukti videonya, hahaha.
Terima kasih Lan Careno sebab bebel suruh RZ cepat! Hahahaa... Kalau tak, sampai ke petang lah RZ masih tercegat kat situ. Ini kalau datang kelas lagi beberapa kali, rasanya boleh dah wakil Malaysia untuk Olimpik, hahahaa.
Tengok betapa terlatihnya pengajar-pengajar Swimrush Swimming Academy, budak-budak ni semua mula-mula takut nak masuk kolam renang walaupun teringin nak masuk. By The Way, ini kolam orang dewasa tau? Selepas dah diajar satu persatu, masing-masing tak nak keluar dari kolam dah, hahaha. Tengok je si kembar tiga kak Hanani, paling semangat sepanjang kelas, hahahaha.
SEKITAR KELAS
Jujurnya RZ sangat rekomen korang untuk belajar berenang, bukan saja baik untuk kesihatan terutama pada yang mengalami masalah semput/athma. Tapi juga bagus untuk tujuan kecemasan dan survival, disamping boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan gitu bila berenang bersama-sama, hehehe.
PAKEJ KELAS RENANG SWIMRUSH
SWIMMING ACADEMY
Terdapat 2 pakej kelas yang ditawarkan Swimrush Swimming Academy iaitu;
Group Class
Private Class
Lokasi kelas adalah fleksibel mengikut keselesaan. contohnya kalau di kawasan berdekatan korang ada kolam renang, boleh hubungi Swimrush Swimming Academy untuk turun padang mengajar di sana. Boleh la ajak jiran rumah sebelah atau ajak kawan-kawan kongsi bentuk kumpulan untuk Group Class, dapat 5 orang pun dah boleh jalan, hehehe. Tarikh dan masa pun ikut kesesuaian dan keselesaan korang.
Kalau takde group, korang boleh je datang kat tempat diorang, kat Taman Kosas Ampang. Kelas bermula jam 9 pagi bagi sesi kanak-kanak dan bagi sesi dewasa bermula jam 10 pagi. Bab tenaga pengajar korang tak perlu risau, kalau korang lelaki pengajarnya dah tentulah lelaki juga, begitu juga dengan pengajar wanita. Kalau ada yang nak anjurkan kelas renang untuk muslimah juga boleh.
Sebagai bukti kitorang pernah menghadiri kelas renang bersama Swimrush Swimming Academy, dapatlah sijil penyertaan! Yaaaayy!!!
KELENGKAPAN BERENANG
Semua aktiviti riadah mestilah ada kelengkapan dan pakaian yang khusus, termasuklah renang. Paling asas ialah pakaian renang yang bersesuaian dan goggle. Sedihnya semasa kelas renang, RZ takde goggle, dan jujurnya setiap kali bertenggek tepi kolam pun RZ hanya pakai cermin mata je, hahahaha. Moonaz Swimming Attire menyediakan kelengkapan renang seperti goggles, board, float, cap, pakaian renang muslimah, pakaian renang kanak-kanak dan macam-macam lagi lah pada harga yang berpatutan. Belian secara online dan boleh juga pergi terus booth-booth jualan mereka di;
1. HQ lrg Abdullah jln kebun.
2. Giant sec13 Shah Alam
3. M3Mall Gombak.
4. Alamanda Putrajaya
5. Plaza Angsana Johor Bharu
2. Giant sec13 Shah Alam
3. M3Mall Gombak.
4. Alamanda Putrajaya
5. Plaza Angsana Johor Bharu
Selepas beberapa jam mengikuti kelas renang di bawah kelolaan Swimrush Swimming Academy, RZ dah semakin yakin bila berada dalam kolam renang dah tak takut sangat macam dulu. Dah boleh menyelam dah pun, terima kasih kerana berjaya kurangkan fobia RZ, rasanya kena repeat lagi ni, banyak lagi nak kena belajar. Bukan belajar renang untuk jadi atlet pun, tapi macam RZ katakan di atas untuk keadaan kecemasan dan survival pengetahuan renang amat diperlukan.
Lepas ni juga kena dapat juga kelengkapan renang, asyik masuk kolam dengan cermin mata je, hahaha. Dah tau dah mana nak cari, maklumat mengenai Moonaz Swimming Attire rz selitkan kat bawah ye? hehehe...
Swimrush Swimming Academy
Facebook: https://www.facebook.com/swimrush
Instagram: https://www.instagram.com/swim.rush/
Moonaz Swimming Attire
Web: www.moonaz.com.my
20 comments:
Wahhh baguslah cara mereka ajar, buat kita rasa yakin nak cuba walaupun tak pandai berenang.
best kann... tunggu next class kite try yg dlm 10 meter lak... hahaha...
Tau takpe, sekarang ni pantang nampak semingpul, asyik nak masuk aje... Hahahahaha
Hoiii, jangan la dalam sangat... Aku belum level sukan sea lagi... Hahahahaa
Kak nina pun suka cara tenaga pengajar tuu ajar. Derang sangat friendly dan pandai tackle bebudak supaya tak takut.
Nanti nak repeat gak
Still fobia lg. Hii. Sbb hr tu xdptmndi. So xle bljr lg. Huhu
Nagus gak kelas ni. Sebab asingkan lelaki dan perempuan. Harga pun berpatutan sgt
Nagus gak kelas ni. Sebab asingkan lelaki dan perempuan. Harga pun berpatutan sgt
Gila arr 10 meter.. menggigil ni nk terjun..
Bestnyaaa... Kalau ade lagi nanti aku nak join.....
seronoknya
Kalau repeat, kak nina kena join tauuu... Hahahaha
Training manja2 dulu kat semingpul rumah yu... Haha
Jom kecik, lepas ni join tauuu
Ada... Ada... Jom join...
Jangan pakai bikini tau ty? Pakai baju renang muslimah ye... Hihihihiii
Mmg si kembar syok sgt hari tu, bangga bgtau dah pandai berenang hehe. Ni dok tanya bila nak berenang lagi hehehe
Hahahahaa... Habislah,hari2 request kang suh buat kolam kat rumah kang... HahahaH
wahh razwey dah pandai berenang
Kena berlatih selalu lagi, sampai betul2 pandai... Hihihihiii
Post a Comment