PTS

Cosmoderm

cosmoderm

Cosmoderm

cosmoderm

Tuesday, March 14, 2017

Studio Kecergasan Untuk Semua | H&K Fitness Studio Uptown Kinrara, Seri Kembangan

Assalamualikum semua,

Masih belum terlewat untuk rz ucapkan selamat menyambut Ulangtahun yang pertama buat H&K Fitness Studio. Pada yang belum tahu lagi, H&K Fitness Studio yang bernaung di bawah Kumpulan Syarikat Sunshower, berlokasi di Kinrara Uptown, Seri Kembangan telah ditubuhkan pada 20hb Februari 2016, dan setahun kemudian H&K Fitness Studio menyambut ‘hari jadi’ yang pertama. Ikut umur masih baby lagi, tapi cubalah masuk sendiri ke dalam gym 3 tingkat ni.

Tapi sebelum kita masuk ke dalam, nak cerita sedikit lah mengenai sambutan H&K Fitness Studio Anniversary Bash yang telah berlangsung pada 25hb Februari 2017 yang lalu.


H&K Fitness Studio


Sampai je di luar simpang, rz dah perasan dah acara mass aerobic di ruang letak kereta. Ada Zumba, Body Combat dan Maxx Fusion yang dikendalikan oleh jurulatih bertauliah dalam bidang masing-masing. Tema baju ala-ala tentera pula, memang meriah la. Tabik spring sebab peserta sanggup bertahan dalam cuaca panas terik! Hebat juga ahli-ahli H&K Fitness Studio. Kalau rz, sure dah lepak kat mamak tepi tu, hahahaha. (memang betul pun!)

Rz naik ke tingkat 3 (roof top), ada abseiling wooo!!! Siapa berani hari tu boleh cuba, hahaha. Tapi abseiling takde pada hari-hari lain, hanya masa Anniversay Bash saja, hehehe.

H&K Fitness Studio

H&K Fitness Studio

Paling rz tak sangka semasa mula-mula sampai ke H&K Fitness Studio, bila berjumpa dengan atlet rock climbing negara, Juara Fear Factor Malaysia dan Finalis Ninja Warrior (SASUKE) di Vietnam, Mat Redho. Rz baru tahu yang Mat Redho merupakan atlet tajaan H&K Fitness Studio, terbaik! Mat redho sempat mencuba sendiri aktiviti abseiling, dan juga wall climbing.


A post shared by 👉Redha Rozlan👈 (@matredho) on

H&K Fitness Studio


H&K FITNESS STUDIO

Ia merupakan Pusat Kecergasan tempatan dan dikendalikan oleh syarikat Bumiputera sepenuhnya. Pusat Kecergasan dengan fasiliti termoden ini berkeluasan lebih 5,000kps lengkap dengan Studio Tarian, Mesin Senaman Cardio, Peralatan Angkat Berat, Tembok Mendaki Tiruan, Bilik Mandi dan Persalinan, Ruang Rehat, dan servis Jurulatih Kecergasan Peribadi. H&K Fitness Studio turut menyediakan pakej pengurusan gym termasuk penyelengaraan peralatan dan mesin senaman.

H&K Fitness Studio ditubuhkan dengan objektif membantu komuniti setempat dan individu untuk mencapai keseimbangan kerja dan kehidupan yang sihat melalui pendekatan yuran keahlian bulanan dan harian dengan kadar bayaran yang rendah tanpa ikatan kontrak. Pendekatan H&K Fitness Studio banyak membantu pelanggan dari aspek penyediaan program kesihatan yang berkualiti melalui jurulatih dan kakitangan yang kompeten dan diiktiraf. Pusat latihan ini merupakan yang pertama seumpamanya yang dilancarkan di kawasan Seri Kembangan pada waktu itu.

KEMUDAHAN TERBAIK DI H&K FITNESS STUDIO

Dah masuk ke H&K Fitness Studio, mesti korang nak tengok setiap ruang yang terdapat di sini dan juga nak tengok peralatan, biasa lah tu rz dulu pun macam tu juga, jenis yang teruja nampak peralatan canggih, hahahaha.

H&K Fitness Studio

H&K Fitness Studio

H&K Fitness Studio

H&K Fitness Studio

H&K Fitness Studio

H&K Fitness Studio

H&K Fitness Studio

H&K Fitness Studio

H&K Fitness Studio

H&K Fitness Studio

H&K Fitness Studio

Kemudahan Surau juga terdapat di sini.

H&K Fitness Studio

H&K Fitness Studio


H&K Fitness Studio melangkau tradisi pusat senaman yang terdahulu, dengan menawarkan lebih pilihan kemudahan dan servis mengikut trend semasa. H&K Fitness Studio berpegang kepada pelbagai kekuatan dalam persaingan seperti;

-          Program dan servis yang mudah dan menyeluruh;
-          Nilai dan kualiti cadangan dan perancangan masa depan yang membawa kepada kesetiaan pelanggan;
-          Menjadi salah satu contoh pusat senaman bumiputera yang berjaya;
-          Tenaga pengurusan dan operasi yang berpengalaman dan komited;

Yuran keahlian yang mampu dibiayai oleh semua golongan termasuk murid sekolah.

Dengan kadar bayaran yang berpatutan dan peralatan mesra pengguna yang ditawarkan, H&K Fitness Studio menjadi sebuah pusat kesihatan pilihan utama dan bakal membuka cawangan terbaru dengan kaedah ‘francais’ & bakal melancarkan mobile app sendiri tidak lama lagi.

Apa-apa pun rz nak ucapkan sekali lagi, selamat menyambut ulangtahun yang pertama buat H&K Fitness Studio, semoga akan terus maju jaya dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang di tahun-tahun yang mendatang.


H&K Fitness Studio

Pihak H&K Fitness Studio sentiasa mengalu-alukan sebarang pertanyaan dan tempahan aktiviti melalui:

Sunshower Fitness Sdn Bhd (H&K Fitness Studio)
 Tel : 03-80804131 (office) / 03 8080 0770 (gym)
Instagram : @hnkfitness
Facebook : H&K Fitness Studio

11 comments:

Afiq Halid said...

Mcm menarik je senamrobik. Huhuhu

Sue Izza said...

so mana video rz berzumbanya hahhahah nak tgk gelek selamat pagi sayang skit hehehhe

Shiqeen Sattar said...

menarik dan kemudahan yg lengkap... bpe yuran nih???

Akif Imtiyaz said...

Wow semua ada dalam satu bangunan..tak lerlu nak susah2 lagi..apalagi jom terjah reramai.

Nadia Johari said...

mana gambar razi tengah bergym..hehehe..

razzwey razz said...

Best! Best!

razzwey razz said...

Kita tak join zumba, lepak tepi mamak je... Hahahaha

razzwey razz said...

Boleh rujuk kat fb h&k fitness studio... Tapi serius tempat ni best!

razzwey razz said...

Jom! Jom!

razzwey razz said...

Takleh tunjuk, ai seksi... Hahahaha

mas saari said...

Cantiknya tempat dia. Kalau pergi ni memang semangat nak exercise.