Assalamualikum
semua,
Masih
belum terlewat untuk rz ucapkan selamat menyambut Ulangtahun yang pertama buat
H&K Fitness Studio. Pada yang belum tahu lagi, H&K Fitness Studio yang
bernaung di bawah Kumpulan Syarikat Sunshower, berlokasi di Kinrara Uptown,
Seri Kembangan telah ditubuhkan pada 20hb Februari 2016, dan setahun kemudian
H&K Fitness Studio menyambut ‘hari jadi’ yang pertama. Ikut umur masih baby lagi, tapi cubalah masuk sendiri ke
dalam gym 3 tingkat ni.
Sampai
je di luar simpang, rz dah perasan dah acara mass aerobic di ruang letak kereta.
Ada Zumba, Body Combat dan Maxx Fusion yang dikendalikan oleh jurulatih
bertauliah dalam bidang masing-masing. Tema baju ala-ala tentera pula, memang
meriah la. Tabik spring sebab peserta sanggup bertahan dalam cuaca panas terik!
Hebat juga ahli-ahli H&K Fitness Studio. Kalau rz, sure dah lepak kat mamak
tepi tu, hahahaha. (memang betul pun!)
Rz naik ke tingkat 3
(roof top), ada abseiling wooo!!! Siapa berani hari tu boleh cuba, hahaha. Tapi
abseiling takde pada hari-hari lain, hanya masa Anniversay Bash saja, hehehe.
Paling rz tak sangka semasa mula-mula sampai ke H&K Fitness Studio,
bila berjumpa dengan atlet rock climbing negara, Juara Fear Factor Malaysia dan
Finalis Ninja Warrior (SASUKE) di Vietnam, Mat Redho. Rz baru tahu yang Mat
Redho merupakan atlet tajaan H&K Fitness Studio, terbaik! Mat redho sempat mencuba
sendiri aktiviti abseiling, dan juga wall climbing.
H&K FITNESS STUDIO
Ia
merupakan Pusat Kecergasan tempatan dan dikendalikan oleh syarikat Bumiputera sepenuhnya.
Pusat Kecergasan dengan fasiliti termoden ini berkeluasan lebih 5,000kps
lengkap dengan Studio Tarian, Mesin Senaman Cardio, Peralatan Angkat Berat,
Tembok Mendaki Tiruan, Bilik Mandi dan Persalinan, Ruang Rehat, dan servis
Jurulatih Kecergasan Peribadi. H&K Fitness Studio turut menyediakan pakej
pengurusan gym termasuk penyelengaraan peralatan dan mesin senaman.
H&K
Fitness Studio ditubuhkan dengan objektif membantu komuniti setempat dan
individu untuk mencapai keseimbangan kerja dan kehidupan yang sihat melalui pendekatan
yuran keahlian bulanan dan harian dengan kadar bayaran yang rendah tanpa ikatan
kontrak. Pendekatan H&K Fitness Studio banyak membantu pelanggan dari aspek
penyediaan program kesihatan yang berkualiti melalui jurulatih dan kakitangan
yang kompeten dan diiktiraf. Pusat
latihan ini merupakan yang pertama seumpamanya yang dilancarkan di kawasan Seri
Kembangan pada waktu itu.
KEMUDAHAN
TERBAIK DI H&K FITNESS STUDIO
Kemudahan Surau juga terdapat di sini.
H&K
Fitness Studio melangkau tradisi pusat senaman yang terdahulu, dengan
menawarkan lebih pilihan kemudahan dan servis mengikut trend semasa. H&K
Fitness Studio
berpegang kepada pelbagai kekuatan dalam persaingan seperti;
-
Program
dan servis yang mudah dan menyeluruh;
-
Nilai
dan kualiti cadangan dan perancangan masa depan yang membawa kepada kesetiaan
pelanggan;
-
Menjadi
salah satu contoh pusat senaman bumiputera yang berjaya;
-
Tenaga
pengurusan dan operasi yang berpengalaman dan komited;
Yuran keahlian yang mampu dibiayai
oleh semua golongan termasuk murid sekolah.
Dengan
kadar bayaran yang berpatutan dan peralatan mesra pengguna yang ditawarkan,
H&K Fitness Studio menjadi sebuah pusat kesihatan pilihan utama dan bakal membuka cawangan terbaru dengan
kaedah ‘francais’ & bakal melancarkan mobile app sendiri tidak lama lagi.
Apa-apa
pun rz nak ucapkan sekali lagi, selamat menyambut ulangtahun yang pertama buat
H&K Fitness Studio, semoga akan terus maju jaya dan memberikan perkhidmatan
yang cemerlang di tahun-tahun yang mendatang.
Pihak H&K
Fitness Studio sentiasa mengalu-alukan sebarang pertanyaan dan tempahan
aktiviti melalui:
Sunshower
Fitness Sdn Bhd (H&K Fitness Studio)
Tel :
03-80804131 (office) / 03 8080 0770 (gym)
Instagram : @hnkfitness
Facebook : H&K Fitness Studio
12 comments:
Mcm menarik je senamrobik. Huhuhu
so mana video rz berzumbanya hahhahah nak tgk gelek selamat pagi sayang skit hehehhe
menarik dan kemudahan yg lengkap... bpe yuran nih???
Wow semua ada dalam satu bangunan..tak lerlu nak susah2 lagi..apalagi jom terjah reramai.
mana gambar razi tengah bergym..hehehe..
Best! Best!
Kita tak join zumba, lepak tepi mamak je... Hahahaha
Boleh rujuk kat fb h&k fitness studio... Tapi serius tempat ni best!
Jom! Jom!
Takleh tunjuk, ai seksi... Hahahaha
Cantiknya tempat dia. Kalau pergi ni memang semangat nak exercise.
Besttt wooo abseiling..
Post a Comment