Cosmoderm

Thursday, March 16, 2017

Kena Prank Dalam Restoran! | Heyyypi Besday Rajimon!

Assalamualaikum semua,

Sebenarnya entry ni patut minggu lepas lagi update tapi dok sibuk kejar deadline kerja, hampir-hampir terlepas pandang. Takpe lah janji update ye tak? 

Al-kisahnya pada tarikh 7 Mac 2017 yang lalu adalah hari lahir rz (gedik lettew!). Tiada perancangan nak sambut pun, dah nak masuk 9 tahun merantau ni, nak sambut birthday sorang-sorang memang tak lah kan? Hahahaa. Tahun-tahun hanya disambut dengan nasi goreng kedai makan & teh ais je, cukup happy dah tu...


Bermula ceritanya bila rakan-rakan KBBA9 rz Ayue, Jean & Aznan ajak makan kat port kegemaran kitorang, Little Rara. Menyangkakan cuma sekadar nak dinner macam selalunya, takde apa yang luar dari kebiasaan. Biasanya makan, sembang, gelak macam hantu je hahahaha. Kalau luar biasa tak tau lah, mungkin sambil makan sambil gimnastik berirama la kot? hahahaa.

Sampai-sampai je Little Rara, ada 3 orang yang sambut hari lahir hari yang sama, macam takde tempat lain korang nak raikan, hahahaa. Tak cukup lagi, dah kena paksa pakai topi bentuk kon tu. Kena buli dah, bak kata si Ayue;

"JANGAN BUKA SELAGI 
TAK HABIS MAKAN!"


"Topi ini je yang kitorang mampu beli raji, 
nak beli kek tak mampu!"

Kata si Ayue a.k.a Kakak Laici!

Rasa macam waktu tu terus kenyang, tak jadi lapar, hahahaha. Tapi belasah lah, setahun sekali buat perangai gila macam ni. (sebenarnya hari-hari memang perangai gila pun!). Sambil dok makan rz tengah update entry blog kat handphone, pelik pula diorang dok bebel suruh makan cepat! Biasanya tak macam tu, sebab semuanya akan menghadap phone lagi lama dari menghadap makanan, selalunya lah! hahahaha.


By the way, rz order ini;

Sedap tau! Hahahaha...



Selesai makan, rz kembali menyambung siapkan entry blog dengan tekun. Tak tengok kiri kanan dah, nak publish malam tu juga, hahahaha. Entah dari mana datangnya ada orang nyanyi lagu birthday dari belakang, ingatkan;

"Ehh, siapa lagi yang sambut birthday hari ni?"
f
rupa-rupanya ada pakatan rahsia tersembunyi, korang tengok je lah video kat bawah ni;


Plan cuma nak dinner je konon. Sampai2 je kena paksa pakai topi ni sampai habis makan, hahahaha... ..... Dalam kedai tu ada 3 orang yang sambut birthday, siap belon, kek bagai. Ramai pulak yang sambut birthday kat @littlerara malam tu ye... ...... Pastu kakak laici @ayuejean kata nak gi toilet, aku dok busy siapkan entry blog kat handphone. Tiba-tiba ada pulak orang nyanyi lagu happy birthday, aku ingat ada orang lain ke yang sambut birthday lagi? Hahahahahaa... Patutlah dok marah2 aku tak makan lagi... Thanks korang @ayuejean @jeangallyot @aznansd 😘😘😘😘😘 ....... Until i'm speechless and still can't forget that wonderful night! Thank you for surprising me on my birthday. It was really fabulous! I will never forget this... 😭😭😭😭😭 ______ #KBBA9 #KelabBloggerBenAshaari #blogger #bloggerKL #bloggerMY #bloggermalaysia #bblogger #travelblogger #aabc #vsco #vscocam #igers #igersmalaysia #igersmy #Like4Like #RazzweyDotCom
A post shared by razzwey (@razzwey) on

Kena prank dah hari ni, memula segan gila kot. Semua orang pandang, tapi biasalah diva haruslah orang pandang-pandang kan? (masih memegang impian jadi seorang diva, hahaha!!!)

Rajimon pun Rajimon lah, hahahaa. Tapi kek ni sedap tau, korang beli kat mana wehh??? hahahaha.




Nak tau apa jadi kat tulisan HEYYYPI BESDAY RAJIMON tu?

Licin!!! Hahahaha...


Thanks Ayue, Jean & Aznan, senyap-senyap korang plan ye? Mujur rz tak termenangis dalam Little Rara tu, kang semua orang terpesona sebab nangis pun tetap gojes, hahahaa. Sebenarnya kitorang selalu je jumpa lepak makan lepas balik kerja, sebab masing-masing kerja kat KL, senang nak jumpa. Siapa sangka hari ni dapat surprise birthday, terharu sangat. walaupun umur baru 18 kan, tapi rasanya macam kita dah kawan 20 tahun dah, hahahaha.

Buat keluarga dan sahabat yang wish melalui fb, whatssap, fb messenger, mana-mana je pun, terima kasih atas ucapan dan doanya. Sebagaimana doa kalian pada rz, begitu juga rz doakan anda semua.

HEYYYPI BESDAY RAJIMON!

6 comments:

Jean Gallyot said...

Hahahahaha... HEYYYPI X? HEYYYYPI X? Kek tu kitorang beli dekat Bakers Cottage.

Aznan Sd said...

Penat tggu ko abih makan..tetib mlm tu kemain lmbt makannya...

razzwey razz said...

Heyyypi angat! Heyyyyyyyy

razzwey razz said...

Hahahaha... Aku tengah buat entry kot! Sabarlah. Hahahahaha

raihanah said...

hahah mesti best gile

razzwey razz said...

Mula2 malu, pastu kembali tak malu macam biasa... Hahahaha