Cosmoderm

Monday, March 20, 2017

Penginapan Istimewa di Mahkota Hotel Melaka

Assalamualaikum semua,

Cuti sekolah baru saja bermula, Haaa, korang semua dah buat plan ke nak bercuti kemana? Kebetulan rz tengah mengidam Kuih Keria Antarabangsa kat Melaka yang tengah viral tu so apa kata kali ni korang bercuti ke Melaka Bandar Bersejarah ni. Yelah selama ni korang baca Buku Teks Sejarah tentang Melaka jer kan, inilah masanya korang turun padang menyaksikan sendiri keindahan Bandar Melaka yang terkenal sebagai salah satu tempat pelancongan yang menarik di Malaysia.

Mahkota Hotel Melaka


Antara tempat menarik yang menjadi tumpuan kaki shopping di sini adalah Dataran Pahlawan Megamall Melaka, Freeport A’Famosa Outlet, Mahkota Parade dan tak lupa juga pasar malam Jonker Walk Street yang diadakan setiap malam pada hari Jumaat dan Sabtu. Korang boleh borong cenderamata seperti keychain, fridge magnet, T-shirt dan bermacam-macam jenis barangan ada jual pada harga yang sangat murah. Kalau dah menjejakkan kaki ke kota bersejarah ni tak lengkap percutian korang kalau tak melawat Kota A’Famosa yang terletak ditengah bandaraya Melaka Bandaraya Warisan ini.

Mahkota Hotel Melaka

Mahkota Hotel Melaka

Dan kalau dah namanya seorang rz, bergambar persis seorang supermodel itu adalah satu kewajipan, hahahaha.                                   

Mahkota Hotel Melaka

Mahkota Hotel Melaka

Mahkota Hotel Melaka

Sambil melihat permandangan bandar Melaka dari atas bukit korang boleh lah berswafoto sakan gitu. Rz nak korang bukan setakat bayangkan pemandangan indah Bandar Melaka ini tapi korang kena datang sendiri dan nikmati sendiri keunikkan Kota ini Korang jangan lupa tau layari www.traveloka.com untuk buat tempahan hotel untuk anda sekeluarga. Semuanya hanya dihujung jari anda sahaja.

Bercakap mengenai hotel kat Melaka, disini rz ingin mengesyorkan pada korang satu tempat penginapan yang cukup mewah dan berprestij di tengah bandaraya Melaka. Korang pernah dengar Mahkota Hotel Melaka tak? Hah, of course lah kan, hotel ni cukup menarik untuk rz kongsi di sini untuk korang yang teringin nak stay kat sini. Hotel ni terletak bersebalahan dengan Mahkota Parade, confirm tak susah nak cari.

Mahkota Hotel Melaka

Mahkota Hotel Melaka

Terdapat 280 unit apartment disediakan yang setiap unit dilengkapi dengan peti sejuk, tab mandian, ruang tamu dan banyak lagi kemudahan lain.Selain dari itu, hotel ni juga menyediakan 77 buah bilik hotel yang dikelaskan kepada beberapa pilihan seperti Deluxe, Premium, Family Suite, Executive Suite dan juga President Suite. Pendek kata banyak pilihan untuk korang buat pilihan mana-mana bilik yg korang berkenan. Bagi percutian kali ini rz menginap di apartment, hehehe.

Mahkota Hotel Melaka

Mahkota Hotel Melaka

Nak tengok tak apartment penginapan rz?

Mahkota Hotel Melaka

Mahkota Hotel Melaka

Lokasi hotel sangat strategik korang boleh je jalan kaki kalau nak kemana-mana tempat tarikan yang lain, dan terletak tak jauh dari tempat tarikan utama Melaka iaitu Kota A’Famosa. Dari segi kemudahan dan fasiliti hotel pula, rz sangat berpuas hati dengan perkhidmatan hotel ni, berbaloi sangat korang bermalam kat sini, mana taknye hotel ni ada 2 kolam renang yang besar dan kolam renang kanak-kanak tau. Dua-dua kolam ni lengkap dengan gelongsor air. Yang rasa nak main air feeling masih kanak-kanak tu boleh lah habiskan masa di kolam renang. Bila lagi kan nak merasa mandi manda kat hotel mewah. Rz kan baru je lepas mengikuti kelas renang, jadi boleh lah tunjuk skill kat sini ala-ala atlet olimpik gitu, hahahaha.

Mahkota Hotel Melaka

Mahkota Hotel Melaka

Setelah penat berjalan di sekitar bandar Melaka, hotel ni memberikan kepuasan pada mereka yang ingat merehatkan diri. Bagi yang datang bercuti bersama anak-anak, hotel ni turut menyediakan taman permainan bagi mereka. Terdapat juga tempat mandian sauna dan spa disediakan khas buat anda. Wah, sempat korang nak berspa bagai tau. Bagi yang ingin beriadah pula, hotel ini lengkap dengan lapangan tennis, padang tenis/squash, mini golf dan juga gym. Amboi, kemain best hotel ni, dapatlah rz mengeluarkan peluh selepas melantak kuih keria yg famous itu…

Mahkota Hotel Melaka

Mahkota Hotel Melaka

Bukan itu saja, Korang yang kaki  karaoke atau smule, jangan lepaskan peluang enjoykan diri korang sambil berkaraoke di Oasis Karaoke Lounge. Istimewanya longue ni menyediakan 10 bilik karaoke peribadi tau. Yang segan silu nak menyanyi korang melalak lah sepuas hati korang, bilik peribadi kot. Siapa yang malu tu jangan menyesal, sebab rz mesti akan conquer mic, hahaha.

Mahkota Hotel Melaka

Sebenarnya ada banyak lagi  kemudahan yang disediakan oleh hotel ni. Korang memang kena datang sendiri tinggal kat hotel ni, ajaklah kengkawan saudara mara yang jauh dan dekat. Bila lagi nak buat amal jariah kan. Hotel ini juga sesuai untuk dijadikan tempat bagi sebarang majlis.

Bab makanan pula, haaa ini penting bagi seorang rz yang kaki makan, hahaha. Terdapat beberapa pilihan gaya masakan yang boleh anda pilih di beberapa buah restoran. Salah satunya CafĂ© Mahkota yang merupakan tempat makan di dalam hotel ni,  hidangan lengkap dari makanan tengah hari dan jugak malam malam ala buffet. Seronoknye korang, semua ada dalam hotel ni. Untuk korang lidah itali yg suka makan makan pizza ataupun masakan laut yang fresh, korang boleh menjamu selera di Pizza Terrace.

Mahkota Hotel Melaka

Mahkota Hotel Melaka

Rz dah menginap di sini, korang takkan tengok je kan? Datanglah beramai-ramai ke Melaka, pastikan korang check out Mahkota Hotel Melaka di www.traveloka.com hari ini!

18 comments:

Rozita Ceritaita said...

wah.. cantik kolam tu mcm melambai2 pulak razi.. eh kata ngidam keria.. mana gambar kerianya?

Mommy's Diary of Life said...

Wah.. jeles. Nak g melaka jugak lah..

Unknown said...

lastbpergi melaka waktu rombongan sekolah.
hahahaha..
sedih betul.
mcm best pulak tgk mahkota hotel ni.
semua fasaliti lengkap.

Julia Johari said...

Wowww bestnya hotel ni...nak wishlist hotel ni la...kebetulan nak bawa abam Qi relaks kan badan dan fikiran lepas dia baik denggi nanti...boleh usul pada husben. Tq razi.

Mama Kembar Tiga said...

Ada pool! Best tu

Kak Sue said...

Bestnya..lain kali datang Melaka boleh dok sini pulak kan..

Lisa Nurulain said...

hotel melaka ni memang best. tapi tu la.. walaupun bnyak bilik.. tapi kena book awal2.. kalau tak book awal pi mengejut memang tk kan dapat bilik pnya . kalau ada pun yang jenis vip mahal pnya

Nina Mirza said...

Wahh... bestnya! Kak nina memang suka jalan kat Melaka. Next visit leh laaa book kat Traveloka Mahkota Hotel Melaka ni...
tQ Razy

Nan said...

Nanti kita boleh la repeat lagi ke mahkota hotel melaka tu...yang paling best...BANYAK POKEMON... hahahaha aku suka...sambil swimming sambil tangkap pokemon...hahahah

razzwey razz said...

Keria dah selamat dalam perut sebelum kamera sempat ambil gambar, hahahaha

razzwey razz said...

Jom jom... Buka web traveloka sekarang, book cepat...

razzwey razz said...

Best... Cuti sekolah ni, mai lahhh

razzwey razz said...

Yuppp tempat sesuai nak rileks, Abang Qi sembuh cepat tau, lepas ni boleh cuti kat melaka...

razzwey razz said...

Bertabah tau bila si kembar tiga nampak kolam nanti... Hahaha

razzwey razz said...

Best, untuk family sesuai amik apartment... Luas, selesa..

razzwey razz said...

Kena rajin buka web traveloka, kot2 ada rezeki kan?

razzwey razz said...

Yup yup, jom... Semua dekat, tempat makan, shopping mall, dataran pahlawan, a famosa, arghh ni yang nak repeat balik melaka ni...

razzwey razz said...

Demmmm, nak tangkap pokemon jugak!! Hahahahah