Assalamualikum semua,
Nak dijadikan cerita, rz in memang tak boleh nak dipisahkan dengan makan, hahaha. Jadi bila sebut pasal makan, mana lagi tempat yang paling tepat nak pergi;
PASAR MALAM
Pasar malam memang diakui lah, bukan takat makanan dan minuman je, tapi banyak lagi lah, baju, hiasan rumah, aksesori wanita, kasut, akesori lelaki, korang cakap je, hampir semua boleh jumpa kat pasar malam.
Tapi rz in sejenis manusia yang cepat hilang sabar sikit bila sebut pasal malam. Bukan tak tahan tengok makanan, tapi perkara-perkara macam in lah;
1. Suka berhenti berdiri di tengah-tengah laluan sesak
Tolonglah, kalau nak berhenti ke apa, sila berganjak je tepi, jangan ganggu orang yang tengah berjalan!
2. Bawa anak yang baru nak tatih berjalan
Kalau nak ajar anak berjalan, pasar malam bukan tempatnya. Apatah lagi pasar malam yang sesak! Kat rumah tak boleh buat ke?
3. Jejak kasih
Kat tengah-tengah sesak tu lah kau nak jerit peluk tepuk tampar, ala-ala 300 tahun tak jumpa. Bertanya khabar, bertukar nombor telefon, menjemput ke rumah, add friend kat facebook, tunggu dia approve, lepas tu berswafoto, upload dan tag, tunjuk pulak gambar tu kat dia, lepas tu baru berpecah ikut haluan masing-masing. Haah, kitorang memang pergi pasar malam untuk tengok jejak kasih!
4. Bawa stroller baby sampai terlanggar kaki orang.
Nak bawa stroller tiada masalah, bawalah. Tapi tengok tengok lah orang kat depan aku tu. Belum lagi kalau stroller tu ada anak kau, lepas tu dia main tendang-tendang pula kena plastik makanan yang korang dah beli!
Haaaa, ini belum sampai separuh kenapa rz dah tak suka pergi pasar malam dah. Akan datang rz akan sambung lagi senarai at as tu. Korang ada tak perkara yang menjengkelkan kat pasar malam? Komen kat bawah ye? Hahahahaaa...
Saturday, March 4, 2017
Tak Nak Dah Pergi Pasar Malam!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Point number 2 tue buat CCL gelak ..hehehe ... btw CCL pun dah lama tak jejak kaki kat pasar malam
Hahahaha.. Geram tau, kita pulak kena ikut slow diorang berjalan... Hihihii
dah lama tak gi pasar malam,kalau pasar tani putrajaya tu akan pergi awal2 time kedai baru nak bukak atau time org opis belum serbu hahahaha beli cepat2 dah balik,part berborak tgh2 laluan tu sgt2 la menyirap rasa nak rempuh tengah2 je hahahaha
Hahaha kak lya suka g pasar malam Rz .. Sebab time pasar malam blh dapat cr makanan yg bukan selalu ada kat tempat lain.. Cth putu bamboo .. huhuhu ari pasar malam blh la jumpa ari lain tak adoo.. ok cter bab pasar malam ni kan .. yang kak lya paling2 tak suka laa kan BAB SUKA BERENTI KAT TENGAH2 JALAN YANG PENUH SESAK..Dah la dia berenti mengejut takde tomakninah langsung..Macam naik kereta plak nak main break bagai ..pasti dah berenti siap sembang plak ngan member tu satu hal dah laa org ramai .. sembangacam dia sorang jer duk kat situ bising macam lalat hurung taik lagaknya..mmg hanginn laaa nak2 time kita nak cepat..uuhuhu..sekian cter pasar malam
pergi tak pergi pasar ramadhan waktu malam nak raya? hmm.. mungkin pada ketika tu akan rasa fenomena di pasar malam tu adalah biasa2 je..hahaha
Betul tu...akak pun jarang pi pasar malam..selalu minta suami je belikan apa2...sbb x tahan la kisah2 di pasar malam hahahaha...lg2 kita perempuan...sesaja deme nak berlanggar langgar amik kesempatan...gerammmmmm
And over the years we've mastered skillsets that allowed us to build almost every thing in home. Whether that is fabricating a giant sculpture inside price range or turning around a project over the weekend, in a position to} make it happen. Mighty Oak Grows used 3D high precision machining printing for his or her hand animation commercial for Cadbury.
Post a Comment