PTS

Cosmoderm

cosmoderm

Cosmoderm

cosmoderm

Tuesday, April 11, 2017

Merah Jambu Untuk Perempuan, Biru Untuk Lelaki?

Assalamualaikum semua,

Tiba-tiba terfikir masa makan tengahari tadi, sambil tengok video power rangers, hahahaa. Kenapa warna merah jambu sesuai untuk perempuan dan kenapa warna biru sesuai untuk lelaki? Ada unsur seksis ke dalam kes ini?




Ada stigma masyarakat yang menyatakan perempuan tak boleh pakai biru, lelaki tak boleh pakai merah jambu. Kenapa agaknya eh? 

"Lelaki pakai warna merah jambu, macam p****n!"

"Perempuan tak boleh pakai biru, tu warna jantan!"

Mungkin tak semua lah yang beranggapan macam tu kan? sekarang ni pemikiran orang kita lebih terbuka, tak kiralah warna apa pun, janji dapat didikan yang betul. RZ pun kadang-kadang pakai je tshirt warna merah jambu, takde masalah.



RZ tengok ada je lelaki yang masih nampak maskulin bila pakai baju meraj jambu, dan perempuan pun masih nampak feminin bila pakai kemeja biru. Mungkin cara pembawaan diri tu yang orang salah anggap kot? Entahlah...



Perempuan berpakaian warna biru pun elok je rz tengok.


Tapi jangan lah pulak yang lelaki tu pakai biru tapi rupa macam ni pula! hahahaha...