Cosmoderm

Monday, May 15, 2017

Shopping Sakan Dengan Shopee!

Assalamualaikum semua,

Sebelum mula membebel dengan panjang lebar, Rz ada satu soalan.

"Siapa kaki Online Shopping
Sila angkat tangan!"


Cahaya Raya Bersama Shopee

Uish ramai betul angkat tangan ye? Hahaha... Ini bermakna;

"Kita geng! Hahaha!"


Ye lah zaman serba moden ni, semuanya di hujung jari. Jimat pun jimat, tak perlu keluar rumah, hanya perlu berbekalkan laptop atau handphone saja, dan juga internet hahaha. Sambil baring pun kita boleh shopping, sambil makan biskut cip coklat di hadapan televisyen juga boleh. Apa? Takde biskut kat rumah? Biskut pun boleh beli secara online sekarang. Pendek kata hampir semua benda kita boleh beli secara online.

Cahaya Raya Bersama Shopee

Rz pun paling kurang sebulan sekali mesti ada beli barang secara online, ye lah sekali sekala bagi reward diri sendiri apa salahnya, hahaha. Nak reward kan diri sendiri pun tak perlu mahal-mahal, kata nak jimat? Barulah namanya perbelanjaan berhemah gitu, hahaha. 

"Ada ke platform online shopping 
yang murah?"

Mestilah ada, kalau tak mana lah rz boleh terjebak kan? Hahaha... Sekarang ni mata dok ralit buka apps Shopee kat handphone. Tak cukup kat handphone, kat laptop pun tengok juga, hahaha. Rambang mata weyy, barang cantik, harga murah siapa yang mampu menahan diri dari godaan ini? Hahaha... By the way, korang mesti dah tau pasal Shopee kan? Kaki online shopping yang tak tahu pasal Shopee meh sini, nak ketuk kepala, hahahaa.

Cahaya Raya Bersama Shopee

Siapa yang dah muat turun apps Shopee? Rz jamin korang semua akan rambang mata dok scroll skrin handphone, lain macam murah dia! Sampaikan barang yang Rz tak perlu pun macam nak beli juga, hahaha. Melampau sungguh bunyinya kan? Tapi cuba lah korang tengok sendiri, kat web http://www.shopee.com.my pun boleh. Sedangkan sambil menaip entry ini pun, rz sempat curi-curi pandang web Shopee, hahahaa... Risiko rambang rambang mata tanggung sendiri ye? hahahaha! 

Cahaya Raya Bersama Shopee

Dah sebulan muat turun apps Shopee, rasanya belum sampai suku pun barang-barang kat sini yang rz dah tengok, banyaaaaakkk sangat! Shopee ni senang je, klik je kat mana-mana kategori item yang korang nak cari.

Cahaya Raya Bersama Shopee

Macam rz, kalau buka je web Shopee, memang terus klik kategori... errrrr, errrrr SEMUA! Hahahaha... Betul, memang rz akan tengok semua kategori, tapi yang paling lama rz 'lepak' kat Men's Clothing, Mobiles & Gadgets, Watches, Men's Bags & Wallets dan Computers & Laptops. Menjamu mata lah kiranya, sebelum kita decide nak beli mana satu kan? hahaha. Memandangkan gaji masuk minggu depan, korang kena tolong rz pilih mana satu nak masuk dalam shopping cart.  

Cahaya Raya Bersama Shopee

Rz memang obses dengan beg, kadang-kadang beli beg bukan sebab nak pakai, tapi sebab beg tu cantik! Hahaha... Korang nampak tak harga-harga kat bawah ni? Macam mana lah tak rambang mata? Hahaha! Tapi rasanya rz dah jumpa dah beg idaman, nak tengok? cantik kan? hihihhii... Ok, Add To Cart, DONE!!!

Cahaya Raya Bersama Shopee

Sekarang nak cari tablet pula. Bukan apa, laptop rz sekarang tengah bermasalah, kalau nak beli laptop mungkin budget tu belum cukup lagi jadi nak cari tablet yang bersesuaian dengan kewangan rz, rasa-rasa boleh jumpa tak? Korang tolong rz pilih tau? Yes!! ada tablet di situ!

Cahaya Raya Bersama Shopee

Yang ni korang rasa okay tak? Harga pun tak terlalu mahal, dan spesifikasi pun not bad... Ok keputusan telah dicapai, jom kita...

Add To Cart!

Cahaya Raya Bersama Shopee

Thanks korang tolong rz pilih barang nak beli kat Shopee, nanti gaji dah masuk kita terus check out ye? hehehe.

Cahaya Raya Bersama Shopee

Mari kita cuci mata sikit. Tau tak, dekat kategori Men's Clothing ada juga untuk jejaka-jejaka 'saiz comel' macam rz? Hahahaha... Betul lah, tak tipu. Ada yang sampai 7XL pun ada, tapi rz takde lah sampai ke situ besarnya, hahaha! Rz masih lagi bersaiz alololoo gitu!

Cahaya Raya Bersama Shopee

Harapnya dengan adanya baju ini, rz akan kelihatan lebih sasa hendaknya, hahahaa. Heyy! tak beli yang ni lah, kita cuci mata je! Hahaha...

Cahaya Raya Bersama Shopee

Anyway nak bagitau korang ni... yang belum sempat membeli belah untuk hari raya. Mulai 15hb Mei 2017 hingga 30hb Jun 2017, korang kena ushar web http://www.shopee.com.my setiap hari, setiap masa kerana...

"Promo Cahaya Raya Bersama Shopee dah bermula!!!"

Cahaya Raya Bersama Shopee

Korang bayangkan lah, pada waktu biasa pun harga dah luar biasa murah. Dengan promo Cahaya Raya Bersama Shopee, korang boleh dapatkan barangan yang dikehendaki dengan harga diskaun sehingga...

90%

Cahaya Raya Bersama Shopee

Ada juga kontes untuk korang sertai, mudah sangat nak menang! Antaranya 45 Days Surprise Giveaways. Korang hanya perlu ada username Shopee je, isikan nama pada borang, mana tau ada rezeki korang boleh menang hadiah lumayan keseluruhan bernilai RM25, 000!!!  

Nak join lettew... Hahaha... Meh klik sini.... 45 Days Surprise Giveaways

Cahaya Raya Bersama Shopee

Haaa, takkan nak tengok je rz shopping dan menang hadiah? Jom lah shopping sama-sama! Menang hadiah best wooo....

Untuk lebih lanjut apa kata korang layari;

Laman Web Shopee Malaysia

Instagram Rasmi Shopee Malaysia

Laman Facebook Shopee Malaysia


Cahaya Raya Bersama Shopee

Friday, May 12, 2017

Legakan Ketegangan Dengan Lynnity Relief

Assalamualaikum semua,

Dah baca tak entri rz sebelum ini pasal produk Lynnity, Botanic Health (Citrus)? Entri kali ini juga berkenaan dengan satu lagi produk dari Lynnity, jangan susah-susah, korang klik je link di bawah ini okay?


Lynnity Relief (Pure Therapeutic-grade essential oil)


Macam yang rz ceritakan pada entri yang lepas, kesibukan kerja yang melampau sering membuat rz kehabisan tenaga dan akhirnya memberi kesan kepada kesihatan, apatah lagi rz yang menghidap migrain yang teruk, maka sakitnya meningkat berganda-ganda gitu. Ada masanya tengkuk terasa tegang, kepala pening memang  kebiasaannya rz akan mencari paracetamol untuk melegakan ketegangan tu.

Semua orang tau, paracetamol atau seumpamanya tak begitu elok kepada badan untuk jangka masa yang panjang. Tapi rz kini memiliki satu lagi produk keluaran Lynnity yang sudah lama rz tercari-cari.

Lynnity Relief (Pure Therapeutic-grade essential oil)

Lynnity Relief (Pure Therapeutic-Grade Essential Oil), seperti namanya juga, bukan saja dapat melegakan ketegangan pada otot, malah baunya juga sangat calming. Lynnity Relief sangat sesuai untuk rz yang selalu kena migrain ni, wajib ada dalam beg setiap kali ke mana-mana. Tak perlu risau isu saiz, kerana botolnya kecil saja, dalam poket seluar pun muat!

Lynnity Relief (Pure Therapeutic-grade essential oil)

Dari segi keaslian kandungan, semuanya semulajadi seperti;

Peppermint Oil, 
Balsam Canada Needle Oil, 
Eugenia Caryophyllus (Clove) Bud Oil, 
Coconut Oil, 
Lavender, 
Hawaiian Sandalwood, 
UnFlower, 
Eucalyptus Leaf,
Clary Sage, 
Roman Chamomile, 
Cedarwood, 
Ylang Ylang, 
Geranium Plant

Lynnity Relief (Pure Therapeutic-grade essential oil)

Lynnity Relief mempunyai banyak kelebihan antaranya;

Lynnity Relief (Pure Therapeutic-grade essential oil)

Untuk Lelaki:
- Sapukan pada tangan, lengan, kaki atau lutut, sebelum dan selepas workout.
- Sapukan pada bahu, otot belakang semasa sedang bekerja berat, atau selepas aktiviti tersebut.
- Sapukan pada dada, dahi,atau pergelangan tangan untuk melegakan mood.

Untuk Perempuan:
- Untuk yang mengalami kekejangan otot apabila datang bulan, sapukan pada bahagian abdomen untuk kelegaan.
- Untuk situasi atau keadaan yang hangat/haba, sapukan sedikit pada kulit untuk kesan penyejukan dan juga bau yang menangkan.

Untuk kanak-kanak/bayi:
- Sapukan pada tapak tangan, dada, tengkuk dan tapak kaki ketika demam, selesema atau batuk.
- Urutkan kaki (1-2 titis) sebelum tidur  

Lynnity Relief (Pure Therapeutic-grade essential oil)


Lynnity Relief (Pure Therapeutic-Grade Essential Oil) dijual secara atas talian, untuk lebih lanjut boleh layari;



 

Lebih Sihat dan Bertenaga dengan Produk Lynnity

Assalamualaikum semua,

Agak lama rz menyepi dari blogging, dek kerana keadaan kesihatan yang terjejas dan juga kesibukan kerja yang terlalu padat. Kadangkala terlalu sibuk dengan urusan kerja sampai tak sempat sarapan, tak sempat makan tengahari. Itu belum kira bila balik kerja, makan pun tak teratur, sampai rumah je terus pengsan, hahaha. Dah namanya sibuk dan penat tu, memang hampir takde masa nak menghadap telefon, maafkan daku, huhuhu...

Lynnity, Lynnity Botanic Health


Rz tak boleh lah juga mengabaikan kesihatan diri kan? paling kurang kena lah ambil supplement atau makanan tambahan untuk memberi tenaga. Hadir tepat pada masanya, rz diperkenalkan dengan Botanic Health (Citrus) dari Lynnity, bukan saja memberikan tenaga malah menyokong kesihatan tulang dan sendi, kesihatan kardiovaskular, membantu mengawal kolesterol. Produk ini sememangnya lebih baik dari apa yang rz harapkan.

Lynnity, Lynnity Botanic Health

Ramai kawan-kawan rz sedia maklum yang dulu rz sangat aktif dalam sukan aerobik, terlalu aktif sebenarnya sehingga tercedera otot dan sendi lutut. 2 tahun juga rz berehat dari sebarang aktiviti kecergasan (aerobik) risau tercedera lagi, trauma kot! Terpaksa buat aktiviti yang ringan je, sedih tau bila dah tak boleh buat aktiviti yang dah jadi rutin kita dulu. Sebab tu lah rz kata, Botanic Health (Citrus) hadir tepat pada masanya, hehehe.

Lynnity, Lynnity Botanic Health

Setiap kandungan yang terdapat dalam produk Botanic Health (Citrus) memiliki khasiat tersendiri, dalam kata yang lebih mudah;

"Botanic Health (Citrus) adalah 'all rounder' dalam penjagaan kesihatan 
dan kecergasan luar dan dalam diri"

Kandungan:
- Delima 
- Manggis 
- Alga 
- Orthosiphon  (misai kuching) 
- Rumpai Laut hitam Lithothamnion  
- Halia 
- Asid askorbik 
- Bran oat 
- Benih Chia 
- l-arginine 
- Taurina.

Lynnity, Lynnity Botanic Health

Produk Botanic Health (Citrus) mengandungi  15 pek sachet (serbuk) sangat mudah untuk dibancuh, hanya perlu air suam 200ml dan bancuh seperti biasa, kacau kacau guna sudu dan sedia untuk diminum, atau pada yang mempunyai shaker pun boleh pakai juga, lebih mudah. Tekstur selepas dibancuh kelihatan pekat, rasanya jangan risau, boleh masuk tekak punya lah, kalau rz boleh minum korang pun mesti boleh juga, hehehe.

Lynnity, Lynnity Botanic Health

Beginilah rupanya setelah sebati dibancuh, hehehe.

Lynnity, Lynnity Botanic Health


Hari pertama rz mengamalkan pengambilan Botanic Health (Citrus), paling ketara yang rz rasai ialah rasa kenyang yang lebih lama, dan tak mengantuk pada waktu tengahari, hahahaa. Serius lah, biasanya bila masuk waktu tengahari je mata dah mula layu dan tersungkur di hujung papan kekunci komputer, hahaha. Ini dah cukup bagus, penjimatan duit untuk sarapan dan makan tengahari, betul lah kan?

Lynnity, Lynnity Botanic Health

Menjelang hari ke 10 penggunaan Botanic Health (Citrus)...

Ok, tunggu sekejap! Sebelum tu rz nak ingatkan lagi sekali;

Rz mengalami kecederaan otot kaki dan sendi lutut, yang menyukarkan rz untuk duduk, berdiri dalam tempoh masa yang lama. Sebarang aktiviti yang lasak juga selalunya agak menyakitkan, waima berjalan kaki saja sudah mampu membuatkan lutut rz berdenyut hingga rasa nak menangis tau!

ok, sambung balik, hehehe...

Menjelang hari ke 10 penggunaan Botanic Health (Citrus), rz lebih selesa pada bahagian sendi terutama pada bahagian lutut. Kesan selepas berjalan kaki pada jarak yang jauh, adalah pada aras minimum berbanding sebelum mengamalkan produk tersebut. Kesakitan dan tahap tidak selesa pada bahagian lutut rz hampir tak terasa langsung selepas penggunaan produk Lynnity. 

Walaupun kecederaan lutut rz hanya boleh sembuh sepenuhnya melalui kaedah pembedahan, tetapi sekurang-kurangnya khasiat dari produk Lynnity berjaya mengurangkan reaksi dan keradangan akibat kecederaan tersebut, yang mana pada rz, SANGAT BAGUS! Dan rz mengesyorkan produk ini pada korang juga!

Lebih lanjut, korang boleh layari;



Untuk membeli produk-produk Lynnity secara atas talian, korang boleh layari laman web Lynnity seperti di atas, klik je, hehehe...