Cosmoderm

Friday, May 12, 2017

Lebih Sihat dan Bertenaga dengan Produk Lynnity

Assalamualaikum semua,

Agak lama rz menyepi dari blogging, dek kerana keadaan kesihatan yang terjejas dan juga kesibukan kerja yang terlalu padat. Kadangkala terlalu sibuk dengan urusan kerja sampai tak sempat sarapan, tak sempat makan tengahari. Itu belum kira bila balik kerja, makan pun tak teratur, sampai rumah je terus pengsan, hahaha. Dah namanya sibuk dan penat tu, memang hampir takde masa nak menghadap telefon, maafkan daku, huhuhu...

Lynnity, Lynnity Botanic Health


Rz tak boleh lah juga mengabaikan kesihatan diri kan? paling kurang kena lah ambil supplement atau makanan tambahan untuk memberi tenaga. Hadir tepat pada masanya, rz diperkenalkan dengan Botanic Health (Citrus) dari Lynnity, bukan saja memberikan tenaga malah menyokong kesihatan tulang dan sendi, kesihatan kardiovaskular, membantu mengawal kolesterol. Produk ini sememangnya lebih baik dari apa yang rz harapkan.

Lynnity, Lynnity Botanic Health

Ramai kawan-kawan rz sedia maklum yang dulu rz sangat aktif dalam sukan aerobik, terlalu aktif sebenarnya sehingga tercedera otot dan sendi lutut. 2 tahun juga rz berehat dari sebarang aktiviti kecergasan (aerobik) risau tercedera lagi, trauma kot! Terpaksa buat aktiviti yang ringan je, sedih tau bila dah tak boleh buat aktiviti yang dah jadi rutin kita dulu. Sebab tu lah rz kata, Botanic Health (Citrus) hadir tepat pada masanya, hehehe.

Lynnity, Lynnity Botanic Health

Setiap kandungan yang terdapat dalam produk Botanic Health (Citrus) memiliki khasiat tersendiri, dalam kata yang lebih mudah;

"Botanic Health (Citrus) adalah 'all rounder' dalam penjagaan kesihatan 
dan kecergasan luar dan dalam diri"

Kandungan:
- Delima 
- Manggis 
- Alga 
- Orthosiphon  (misai kuching) 
- Rumpai Laut hitam Lithothamnion  
- Halia 
- Asid askorbik 
- Bran oat 
- Benih Chia 
- l-arginine 
- Taurina.

Lynnity, Lynnity Botanic Health

Produk Botanic Health (Citrus) mengandungi  15 pek sachet (serbuk) sangat mudah untuk dibancuh, hanya perlu air suam 200ml dan bancuh seperti biasa, kacau kacau guna sudu dan sedia untuk diminum, atau pada yang mempunyai shaker pun boleh pakai juga, lebih mudah. Tekstur selepas dibancuh kelihatan pekat, rasanya jangan risau, boleh masuk tekak punya lah, kalau rz boleh minum korang pun mesti boleh juga, hehehe.

Lynnity, Lynnity Botanic Health

Beginilah rupanya setelah sebati dibancuh, hehehe.

Lynnity, Lynnity Botanic Health


Hari pertama rz mengamalkan pengambilan Botanic Health (Citrus), paling ketara yang rz rasai ialah rasa kenyang yang lebih lama, dan tak mengantuk pada waktu tengahari, hahahaa. Serius lah, biasanya bila masuk waktu tengahari je mata dah mula layu dan tersungkur di hujung papan kekunci komputer, hahaha. Ini dah cukup bagus, penjimatan duit untuk sarapan dan makan tengahari, betul lah kan?

Lynnity, Lynnity Botanic Health

Menjelang hari ke 10 penggunaan Botanic Health (Citrus)...

Ok, tunggu sekejap! Sebelum tu rz nak ingatkan lagi sekali;

Rz mengalami kecederaan otot kaki dan sendi lutut, yang menyukarkan rz untuk duduk, berdiri dalam tempoh masa yang lama. Sebarang aktiviti yang lasak juga selalunya agak menyakitkan, waima berjalan kaki saja sudah mampu membuatkan lutut rz berdenyut hingga rasa nak menangis tau!

ok, sambung balik, hehehe...

Menjelang hari ke 10 penggunaan Botanic Health (Citrus), rz lebih selesa pada bahagian sendi terutama pada bahagian lutut. Kesan selepas berjalan kaki pada jarak yang jauh, adalah pada aras minimum berbanding sebelum mengamalkan produk tersebut. Kesakitan dan tahap tidak selesa pada bahagian lutut rz hampir tak terasa langsung selepas penggunaan produk Lynnity. 

Walaupun kecederaan lutut rz hanya boleh sembuh sepenuhnya melalui kaedah pembedahan, tetapi sekurang-kurangnya khasiat dari produk Lynnity berjaya mengurangkan reaksi dan keradangan akibat kecederaan tersebut, yang mana pada rz, SANGAT BAGUS! Dan rz mengesyorkan produk ini pada korang juga!

Lebih lanjut, korang boleh layari;



Untuk membeli produk-produk Lynnity secara atas talian, korang boleh layari laman web Lynnity seperti di atas, klik je, hehehe...

1 comment:

ASTraveller said...

Salam singgah. Anda dijemput join GA saya! :)

http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html