Cosmoderm

Wednesday, August 23, 2017

Siapa Mia Palencia? | Penyanyi Lagu Tema Sukan SEA KL 2017

Assalamualaikum semua,

Masih lagi terasa down dengan entri sebelum ini, tapi takpelah kita move on dengan kehidupan sekarang dan pedulikan orang lain yang tidak penting dalam hidup. Bahagiakan diri, bahagiakan keluarga saja ok razi?

Penyanyi lagu tema sukan sea kl 2017Dah, tukar topik lain. Korang ikuti tak perkembangan Sukan SEA KL 2017? Rz tak berpeluang lagi untuk pergi ke mana-mana venue acara yang diadakan, nak bagi sokongan lah kan? Barulah Malaysian sejati gitu, hehehe. Tapi sebelum kita terus kepada acara sukan, korang tengok tak malam pembukaan Sukan SEA KL 2017 Sabtu lepas? Kepada yang pergi ke Stadium Bukit Jalil malam tu, ai jeles okay!!! Hanya mampu tengok kat tv je, sedih tau. Entah bila lagi Malaysia akan menjadi tuan rumah SEA GAMES, jadi sementara tengah ada kat KL ni, bagilah sokongan okay?

Penyanyi lagu tema sukan sea kl 2017

Penyanyi lagu tema sukan sea kl 2017

Penyanyi lagu tema sukan sea kl 2017

Penyanyi lagu tema sukan sea kl 2017

Penyanyi lagu tema sukan sea kl 2017

Penyanyi lagu tema sukan sea kl 2017

Berbalik kepada acara malam pembukaan Sukan SEA KL 2017, persembahan berlatarkan padang yang diliputi kanvas putih, platform berbentuk wau (logo KL 2017), persembahan unik menggunakan teknik projection mapping serius memukau, video montaj yang superb,  diserikan lagi dengan persembahan tarian dan alat musik tradisional dan juga muzik latar yang sangat indah. Tak lupa juga persembahan lagu-lagu tema Sukan SEA KL 2017, oleh  Azlan, Malique & Monoloque (Tunjuk Belang)Dayang Nurfaizah (Bangkit Bersama) dan Mia Palencia (So Many Hands).

Penyanyi lagu tema sukan sea kl 2017

Penyanyi lagu tema sukan sea kl 2017

Tapi persembahan yang paling meninggalkan kesan pada rz malam itu adalah nyanyian lagu tema Sukan SEA KL 2017 dari Mia Palencia, So Many Hands yang dicipta oleh beliau sendiri. Rasanya semua yang berada kat stadium malam tu terpukau dengan vokal kelas dunia Mia Palencia, susunan lagu, lirik yang sangat uplifting dan membakar semangat berjuang, gitu! Sebak juga lah rz dibuatnya, lepas tu menyorok belakang almari nangis, hahahaa.

Penyanyi lagu tema sukan sea kl 2017

Rasanya tak ramai yang kenal siapa Mia Palencia sehinggalah malam upacara pembukaan tu kan? Ada yang ingat Mia Palencia tu orang filipina lah, apa lah macam-macam lagi lah. Hakikatnya Mia Palencia sebenarnya berasal dari Negeri Sabah, dan merupakan seorang penyanyi, komposer, penulis lirik dan macam-macam lagi lah. Peminat-peminat muzik genre jazz memang tidak asing lagi dengan nama beliau. Mesti selepas persembahan Mia malam tu, korang terus google dia kan? koh koh koh!

Penyanyi lagu tema sukan sea kl 2017

Rz sendiri mengikuti perjalanan seni Mia Palencia sejak sekolah menengah lagi semasa beliau berkolaborasi dengan Roger Wang, duo yang diberi nama Double Take. Tak puas dengar lagu-lagu dalam album tu, petikan gitar Roger dan vokal hebat Mia memang serasi. Rz suka lagu Mengapa Kasih, nak dengar? Tengok lah kat youtube, hahaha.

Lagu So Many Hands ada dalam versi Bahasa Melayu juga, dinyanyikan oleh Asmidar.


Ada yang nak nyanyi sama? Nah lirik...

So Many Hands 
Music & Lyric: Mia Palencia

Here
At the edge of the morning,
A nation is rising,
And we see the fight

Here
At the edge of the morning,
The shadows are fading,
And I see the light

Here
We're just like a river
Tradition runs deep,
And the future's unclear

As the whole world is watching,
Voices are singing
Does anyone hear?

I want to be stronger,
I want to burn brighter than I've ever been
I want to be braver,
I want to stand up for all I believe

And we'll rise together,
And dare to be better than we've ever dreamed
So many hands

So many hands,
Carry me

Bersama kita membina,
Bersama kita membara
Bersama kita bersuara,
Bersama (x2)

I want to be stronger,
I want to burn brighter than I've ever been
I want to be braver,
I want to stand up for all I believe

And we'll rise together,
And dare to be better than we've ever dreamed
So many hands,
So many hands

So many hands,
So many hands,
Carry me

Here
At the end of the journey,
I'll look behind me,
And what will I see?


Penyanyi lagu tema sukan sea kl 2017

Penyanyi lagu tema sukan sea kl 2017

Penyanyi lagu tema sukan sea kl 2017

Penyanyi lagu tema sukan sea kl 2017

Thursday, August 17, 2017

Siapa Yang Nak "Pandang" Kau Kalau Kau GEMUK!

Assalamualaikum,

Lama sungguh blog ni terbiar sepi, sejujurnya memang terlalu sibuk dengan tugas hakiki. Hampir tiada masa langsung untuk update entri baru walaupun ada banyak yang nak diceritakan. Bila dah ada masa, idea pula hilang entah kemana.

Biarlah... Lagipun ada ke yang nak baca blog aku ni pun? (maaf tak guna kata ganti diri "rz" kali ini)

Bukan mudah nak menarik minat orang untuk melawat dan membaca blog kita, ada yang makan masa bertahun, ada juga yang cepat kerana penulisan yang bagus, ada juga yang dikurniakan rezeki mempunyai rupa yang elok jadi ramailah pengikut dan pembaca. Lagipun sekarang seolah jadi 'norma', semua sukakan seseorang atas dasar rupa yang elok, badan yang elok. Jika anda kedua-dua faktor ini, maka lebih cepat untuk anda mempunyai pengikut yang ramai (melainkan anda adalah seorang selebriti).

Aku akui, seringkali dipinggirkan kerana memiliki fizikal yang besar. Tak elok dipandang orang ramai katanya, tak melambangkan 'imej' yang dikehendaki, banyak lagi lah alasan yang diberikan. senang cakap;

"SIAPA YANG NAK PANDANG KAU, KALAU KAU GEMUK?"

Aku bercakap ni bukan dari sudut pandang seorang blogger saja, tapi banyak lagi sudut pandang lain yang aku sendiri pernah kena. Bukan sekali dua, tapi dah hilang kiraan dah, memang ada masanya rasa down tapi nak buat macam mana, itu yang orang nak lihat, itu yang orang nak tunjuk, itu yang semua orang suruh kau jadi. Kau terlalu penat cuba memuaskan hati semua orang hingga kau kehilangan 'siapa diri kau sebenarnya' dan akhirnya kau tertewas dengan suara ramai dan si pemilik kuasa veto.

Body Shaming secara tak langsung juga kot? 

Tau ke maksud body shaming?

NOUN

mass noun
  • The action or practice of humiliating someone by making mocking or critical comments about their body shape or size.

Bila orang kata;

"Ehh, perut kau tu bila nak mengecil?"
"Kau ni kurus sangat, ambil dadah ek?" (pakej fitnah sekali)
"weii, abang sado, kenapa six pack senget?"
"Kulit kau putih sangat, kau mandi cat ke?"
"Kau hitam sangat, kalau dalam gelap senyum nampak gigi je!"
"Job ni untuk orang slim je."

kadang-kadang tak sedar ye bila ayat-ayat macam tu keluar dari mulut kita, tanpa rasa bersalah mengguris perasaan orang.

Jangan putus asa razi, kau bukan orang biasa. Tapi kau luar biasa!