Cosmoderm

Thursday, August 17, 2017

Siapa Yang Nak "Pandang" Kau Kalau Kau GEMUK!

Assalamualaikum,

Lama sungguh blog ni terbiar sepi, sejujurnya memang terlalu sibuk dengan tugas hakiki. Hampir tiada masa langsung untuk update entri baru walaupun ada banyak yang nak diceritakan. Bila dah ada masa, idea pula hilang entah kemana.

Biarlah... Lagipun ada ke yang nak baca blog aku ni pun? (maaf tak guna kata ganti diri "rz" kali ini)

Bukan mudah nak menarik minat orang untuk melawat dan membaca blog kita, ada yang makan masa bertahun, ada juga yang cepat kerana penulisan yang bagus, ada juga yang dikurniakan rezeki mempunyai rupa yang elok jadi ramailah pengikut dan pembaca. Lagipun sekarang seolah jadi 'norma', semua sukakan seseorang atas dasar rupa yang elok, badan yang elok. Jika anda kedua-dua faktor ini, maka lebih cepat untuk anda mempunyai pengikut yang ramai (melainkan anda adalah seorang selebriti).

Aku akui, seringkali dipinggirkan kerana memiliki fizikal yang besar. Tak elok dipandang orang ramai katanya, tak melambangkan 'imej' yang dikehendaki, banyak lagi lah alasan yang diberikan. senang cakap;

"SIAPA YANG NAK PANDANG KAU, KALAU KAU GEMUK?"

Aku bercakap ni bukan dari sudut pandang seorang blogger saja, tapi banyak lagi sudut pandang lain yang aku sendiri pernah kena. Bukan sekali dua, tapi dah hilang kiraan dah, memang ada masanya rasa down tapi nak buat macam mana, itu yang orang nak lihat, itu yang orang nak tunjuk, itu yang semua orang suruh kau jadi. Kau terlalu penat cuba memuaskan hati semua orang hingga kau kehilangan 'siapa diri kau sebenarnya' dan akhirnya kau tertewas dengan suara ramai dan si pemilik kuasa veto.

Body Shaming secara tak langsung juga kot? 

Tau ke maksud body shaming?

NOUN

mass noun
  • The action or practice of humiliating someone by making mocking or critical comments about their body shape or size.

Bila orang kata;

"Ehh, perut kau tu bila nak mengecil?"
"Kau ni kurus sangat, ambil dadah ek?" (pakej fitnah sekali)
"weii, abang sado, kenapa six pack senget?"
"Kulit kau putih sangat, kau mandi cat ke?"
"Kau hitam sangat, kalau dalam gelap senyum nampak gigi je!"
"Job ni untuk orang slim je."

kadang-kadang tak sedar ye bila ayat-ayat macam tu keluar dari mulut kita, tanpa rasa bersalah mengguris perasaan orang.

Jangan putus asa razi, kau bukan orang biasa. Tapi kau luar biasa! 

6 comments:

Kelab Kembar Malaysia said...

Tabah razi!! Kita kuat!!

Lisa Nurulain said...

sabar ya razi . kadang kawan2 terdekat tu diorang ckp gurau.. tp hati kita ja yang tau,. razibadan comel bukan gemuk kauyhh .

Izyan Balqis said...

mulut orang memang tak mampu ditutup. biarkan dia dengan dosa dia

Mieza S said...

BERTABAHLA. nak buat mcm mana. kite pun selalu kena. hebatla mcm mana pn. org tetap pandang kekurangan y ada

Amyra said...

Orang tak pernah nak puas hati dengan kita. Badan besar mengata, bila dah kurus pun nanti ada jugak yang mengata bukan-bukan. Apa yang penting kita sendiri bahagia. Persetankan kata-kata orang..

Nadia Johari said...

orang cakap kita kurus pun kita taerasa..hahaa