Pejam celik pejam celik, tak sangka dah 9 tahun 6 bulan rz merantau ke Tanah Semenanjung mencari rezeki. Sepanjang 9 tahun tu juga lah rz merasai pahit manis, suka duka, berjumpa dengan ramai insan yang bermacam ragam, ada yang baik, ada yang jahat, ada yang jujur, ada yang bermuka-muka, ada yang ikhlas, ada yang tikam belakang, banyak lagi lah. Namun rz bersyukur kerana memiliki lebih ramai sahabat-sahabat yang baik berbanding yang tak berapa nak baik, hehehe...
Kalau ada yang bertanya;
"Kau menyesal ke datang sini?"
Dah tentu la jawapannya;
"Tidak!"
Macam yang rz katakan di atas, peluang berkenalan dengan ramai sahabat-sahabat yang sangat baik sepanjang merantau di sini (Semenanjung), adalah rezeki. Rezeki ni luas skopnya, bukan semata-mata material saja. Dikurniakan sahabat-sahabat yang sejati pun dikira sebagai rezeki bukan? Kalau rz tak merantau ke sini, pasti takkan berjumpa dengan insan-insan yang hebat ini.
Banyak perkara yang kalau boleh rz tak nak cerita kat siapa-siapa pun. Ye lah kan, rz tak mahu disalah anggap seolah-olah meminta simpati. Selagi boleh, rz akan cuba untuk bertenang dan berkata pada diri yang semua yang berlalu in adalah perancangan Allah SWT yang terbaik untuk hamba-hambanya. Rz Cuba untuk menjadi seorang manusia yang kuat semangat, berjauhan dari keluarga.
Berjauhan dari keluarga bukan satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi dalam situasi rz sekarang ini. Kebanyakan situasi rz kena cuba untuk hadapinya sendirian. Hendak mengadu masalah pada rakan? Mereka juga mempunyai dugaan hidup masing-masing, jadi tidaklah molek nak menambah lagi beban mereka kan? Walaupun sekadar meluahkan perasaan saja pun rz berat hati nak ceritakan, maka bebanan it rz pendam sendirian. Adakalanya toleransi diri ni dah sampai 'limit' tumpah juga air mata si perantau ni...
Tidak mampu untuk berada di samping keluarga pada saat-saat yang memerlukan, siapa tak rasa ralat? Bila bapa rz jatuh sakit dan 'warded' di hospital selama sebulan lebih, bagaimana perasaan seorang anak pada ketika itu yang hanya mampu mengambil berat melalui telefon saja? Kos untuk pulang bukan murah, memikirkan pendapatan bulanan (pada ketika itu) yang tidak begitu besar, maka hasrat untuk pulang terpaksa dibatalkan. Belum lagi dengan suara-suara sumbang berkata itu ini, (dikata lupa keluarga / buang keluarga) sangat pedih untuk ditelan! Orang tidak faham kedudukan Kita waktu itu...
Di saat tragedi hitam yang menimpa keluarga, yang tak mungkin rz lupakan sampai bila-bila. Bila Kita tak dapat berada disisi mereka pada saat-saat genting, serius rz sangat terkilan pada ketika itu kerana tidak dapat pulang ke kampung. Still, masih ada suara-suara sumbang di sini sana. Orang tidak faham kedudukan Kita waktu itu...
Rasanya dah tiba masanya untuk rz kembali...
Back for good.
Namun rz bersyukur, semua ini adalah ketentuan Allah SWT telah menjadikan rz seorang manusia yang lebih kental jiwanya, lebih kuat semangatnya, seorang manusia yang lebih baik, seorang anak yang sayangkan keluarga, seorang lelaki yang sentiasa mahu berbakti kepada agamanya, keluarganya, sahabatnya, masyarakat sekelilingnya, negaranya.
Adakah rz cukup kuat untuk meninggalkan tempat ini? Wallahualam... Panjang umur murah rezeki kita jumpa lagi...
Doakan saya...