Assalamualaikum semua,
Cuti sekolah dah kembali! yeaaayy!!! Bila musim cuti sekolah dah tiba, bukan yang bersekolah saja yang happy, selalunya mak ayah pun akan ikut happy sama, hehehe. Yang bukan mak ayah pun happy, macam rz (bila dah musim cuti, jalan raya tak sesak, public transport tak sesak) hahaha.
Korang dah ada perancangan ke nak buat apa, nak ke mana cuti sekolah ni? Mak ayah, apa kata ajak anak-anak ke Lost World Of Tambun (LWOT). Ada apa kat sana? Bermula 25 November 2017 hingga 1 Januari 2018 berlangsungya...
LOST WORLD POW HOLIDAYS!
Siapa peminat Cartoon Network? Tak sah kalau tak tahu Powerpuff Girls & Ben 10 kan? Rz membesar dengan menonton Powerpuff Girls, tak pernah miss setiap episod sebelum pergi sekolah, hahaha. Ben 10 pula dah masuk generasi anak buah rz dah, nampak tak? Warga sezaman dengan rz pun boleh enjoy kat Lost World Pow Holidays! Hahahaa... Heyy! Rz muda lagi lah, baru 18 tahun (tahun lepas pun dia umur 18 juga!)
Dah nak dekat Hari Krismas kan? Jangan lupa ambil gambar dengan pokok krismas setinggi 20 kaki dekat Kampung Malayana, dekorasi menakjubkan di sekitar LWOT, inflatables dan patung-patung hiasan Powerpuff Girls & Ben 10 di Toon City, Riverside.
Selain dari tu ada juga permainan menarik seperti;
GIANT JENGA
GIANT SNAKES & LADDER
SHUTTLE SMASH
SLOW & STEADY
WHEEL OF POWER
Takkan hiasan dan inflatables Powerpuff Girls & Ben 10 je kan? Mestilah nak jumpa secara live tak gitu? Jangan risau, adaaaaaa... Sesi 'meet-and-greet' bersama Blossom, Buttercup, Blossom & Ben 10 tu antara aktiviti yang tak patut dilepaskan. Sesi 'meet-and-greet' bukan sekali saja, tapi 4 kali dalam sehari, so tak perlu risau terlepas salah satu sesi, yaaaayyy!!! Jangan pergi salah tempat, catat siap-siap, kat Awesome Pool Party di Jungle Wave Bay.
Berita baik lagiiii!!! LWOT akan memberikan 1000 tiket Lost World POW Holidays di dalam setiap belon. Setiap satu tiket adalah layak untuk 4 orang, ohsem weyhhh!!! Belon tu kat mana? Tuuuu dia!
LWOT-ETS SELFIE CONTEST
Kaki-kaki swafoto (slefie), siapa nak tiket percuma ke LWOT? senang je caranya, pertama:-
1. Mengambil gambar berlatarbelakangkan poster Lost World POW Holiday berserta ID tiket ETS di mana-mana 6 stesen ETS (KL Sentral, Gemas, Ipoh, Sungai Petani, Butterworth dan Padang Besar)
2. Hantarkan gambar penyertaan ke https://a.pgtb.me/WsSkkd
Pemenang mingguan akan memenangi
Penginapan Glamping 2 Hari 1 Malam (2 dewasa + 2 kanak-kanak)
10x Pemenang saguhati mingguan pula akan memenangi
4 tiket masuk ke LWOT (2 dewasa + 2 kanak-kanak)
Rz dah pernah ke LWOT, ada banyak tarikan kat sini. Suasana pun damai je, chewaaahhh... Tau tak macam mana nak dapatkan tiket dengan harga lebih jimat? Bukan 10%, bukan 20% tapi 35%. Muraaahhhh tuuuuuu!!!! Selamat merancang percutian korang! Pasti tak menyesal bercuti di Lost World Of Tambun.
Untuk lebih lanjut...
Tel: +605 542 8888
By the way, nak tau apa lagi yang menarik kalau korang ronda-ronda sekitar LWOT?
1 comment:
bestnya lost worlds
Post a Comment