Cosmoderm

Wednesday, November 22, 2017

Keluar Suara Jantan Gara-Gara Filem Pengabdi Setan

Assalamualaikum semua,

Sebagai penggemar filem seram, rz memang sentiasa tertunggu-tunggu setiap kali  ada trailer filem baru keluar Kat YouTube. Dan baru je kejap tadi rz hadir ke sesi preview filem Pengabdi Setan di GSC One Utama. 


Filem Pengabdi Setan ni sebenarnya rz dah pernah dengar hangat diperkatakan di negara seberang, katanya: 

SERAM BANGAAAAAATTTT!!!!

By the way, korang dah tengok tak trailer Pengabdi Setan?


Sinopsis? Dah tau ke? By the way, untuk pengetahuan korang, filem Pengabdi Setan (2017) ni sebenarnya remake dari Pengabdi Setan (1980). Tak silap rz, macam pernah tengok filem tu Masa kecil dulu (nampak sangat dah tua kan?), Hahahaaaa. 

Sinopsis

Menceritakan tentang sebuah keluarga kecil yang mengalami keterpurukan di tahun 1981. Sang ibu, yang sebelumnya seniman dan penyanyi terkenal kini mendadak sakit selama 3 tahun. Karena tak ada lagi pemasukan dan perlunya biaya pengobatan, mereka pun hidup serba kekurangan.
Mereka tinggal di rumah neneknya yang berada di tengah hutan dekat areal pemakaman, menambah suasana mencekam di keluarga ini. Akhirnya, sang ibu meninggal secara misterius setelah sakit bertahun-tahun, meninggalkan keluarganya.
Namun, apakah sang ibu benar-benar meninggalkan mereka? Sebaliknya, dia justru “kembali” untuk menjemput anaknya, dan di sini, peran keluarga sangat penting. Rini, kakak tertua harus memecahkan masalah atas kembalinya sang ibu, dan kenapa dia menjemput salah satu anaknya.

APA KATA RZ?

1. Walaupun ini adalah filem remake, tapi gaya penceritaan, sinematografi, camera works sangat fresh! 


2. Setiap pelakon memainkan peranan masing-masing dengan cemerlang. Kalau takut tu memang nampak betul-betul takutlah ekspresi diorang, kalau nangis tu pun memang sungguh-sungguh lah diorang nangis, terbaik.


3. Jump scare yang secukup rasa, Tak terlalu 'over-the-top'. Berapa Kali rz jerit wooiiii!!! Terkeluar Suara Jantan! Hahaha...


4. Hantu dia memang seram weyyyhhh!!! Kalau lemah semangat tak digalakkan tengok, hahaha. Tapi kalau nak tengok juga, tanggung risiko sendiri, hahahahaaaa...


5. Muzik-muzik latar yang dimainkan sepanjang filem ini memang buat bulu Roma meremang! Mood seram tu betul-betul menggugat jiwa! Macam manalah nak tidur ni??? Huwaaaa...

Tapi kalau tanya rz, patut tengok ke tak? Rz memang rekomen  korang tonton Pengabdi Setan ni. Bawa ubat batuk siap-siap, sebab confirm sakit tekak sebab jerit tak ingat dunia, hahahaa...

Terima kasih pada Abang Imran Ajmain atas jemputan, lama kita tak jumpa kan? Terima kasih juga pada rakan blogger KBBA9 Fir Radzi sudi temankan rz yang kuat menjerit ni, hahahaa... Tu lah siapa suruh, penakut sangat! Kan dah takleh tidur, hahahaa...



Ok, berapa bintang nak bagi ni? Rz bagi...

9/10 bintang! 

5 comments:

Mieza S said...

baca review pun dah rasa macam, arr takuttt.

razzwey razz said...

Tengok jangan Tak tengok

Nadia Johari said...

oh my god..seramnyaaa tengok gambar..

razzwey razz said...

Ibu2 hamil jangan tengok dulu tau... Tunggu lepas bersalin dulu... Hahahaha

wzharahap said...

Di wajah mu, ku lihat bulan.

Joko Anwar keren bangetttt. Aku tgk 2x kot. Kt wayang. Hahahahahahha