Cosmoderm

Thursday, November 23, 2017

Puas Hati Dengan Filem JIBAM!

Assalamualaikum semua,


Siapa masih ingat novel karya Ujang, Jibam? Siapa pernah baca atau pernah dengar akan novel Jibam mesti dah tau yang Jibam akan ke layar perak kan? Well, Rz baru je balik dari Malam Tayangan Perdana filem Jibam di e@curve, Damansara, hahahaaa (berlagak gila!) 




Sebenarnya rz tak berpeluang lagi untuk membaca naskhah tersebut. (sebab dulu rz pemalas membaca, hahaha). So rz hadir ke sesi tayangan perdana Jibam without any expectations (speaking kaaauu!!). Perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah;

"Jibam ni mesti filem sedih gila!"

Even kalau korang baca sinopsis Jibam pun, rz yakin korang pun akan fikir perkara yang sama. Belum baca lagi lah tu... Nah baca dulu...

SINOPSIS JIBAM

Mengisahkan tentang seorang kanak-kanak istimewa iaitu Jibam atau Ashraf yang sedikit lembab akal fikirannya, namun Jibam mempuyai keistimewaan yang tersembunyi. Jibam mewarisi kepandaian bapanya Suman untuk mengubati penyakit. Suman mati terbunuh dalam hutan dan kematiannya sungguh misteri. 


APA KATA RZ?

Rz nak bagi standing ovation sambil tabik spring buat pengarah filem Jibam, Che Mie. Naskhah ini diolah dengan cantik sekali menjadikan filem Jibam satu karya yang sangat istimewa. By the way, Jibam merupakan filem pertama arahan Che Mie. Dahsyat!

Pengalaman luas Che Mie sebelum ini  (DOP) membuatkan setiap scene dalam filem ini sangat indah dan refreshing! Camera work, pada rz memang tip top! 

Barisan pelakon Jibam, ramai A-list actor/actress. Rz terpesona dengan kualiti lakonan semuanya, baik Ariff (Jibam), Syafie Naswip (Kadir), Farah Ahmad (Piah), Bohari Ibrahim (Tok Ngah Sudin), Esma Daniel (Suman), ehhh semua lah! Senang cerita. Hahaha... 






Elemen yang pelbagai, ada komedi, sedih, serious, suspen, kasih sayang, kekeluargaan. Setiap adegan tu sangat bermakna, dan melekat terus dalam ingatan. 

Sangkaan awal rz, mesti akan menangis bila tengok filem Jibam. Tapi sangkaan rz meleset sama sekali. Rz tersenyum, bukan saja kerana keindahan ceritanya tetapi tersenyum puas kerana disajikan dengan satu karya yang sangat berkualiti. Kiranya Jibam ni, kalau dibawa ke festival filem luar negara memang tak bagi malu nama Malaysia lah, haaaaaa gitu! 

Jibam akan ditayangkan di pawagam-pawagan seluruh negara bermula 7 Disember 2017. Nasib baik rz dah tengok dulu, muahahahaaa (berlagaknyaaa!!!) 

Tadi sebelum mula tayangan perdana Jibam, rz sempat ditanya oleh Team BuzzPop; 

BuzzPop: "Ok, berapa bintang kau nak bagi untuk Jibam?"
Rz: "Belum tengok, mana boleh bagi bintang!"
BuzzPop: "Kita lain sikit, nak tanya bintang sebelum pratonton! (Ada ke patut! Hahaha)
Rz: "9/10"
BuzzPop: "Oh lagi satu bintang? Reserve dulu?"
Rz: "Kalau aku nangis, aku naikkan ke 10/10!"

Di penghujung filem, rz tak nangis...

Tapi rz tetapi nak bagi...

10 BINTANG!!!


8 comments:

Mieza S said...

pernah tengok novel ni tapi belum pernah baca. selalunya kalau ada Syafie Naswip cerita ni mesti powerr. sebab suka tengok lakonan dia sejak cerita Mohsin dulu

razzwey razz said...

Kecik kena tengok Jibam, best sangat! Lain dari yang lain...

Nadia Johari said...

tak pernah tau pasal novel jibam..sebb tak baca novel..tapi tengok razi post ni, cerita dia macam best je

Unknown said...

tq so much rz..🙏🏻🙏🏻

razzwey razz said...

Sangat best! Wajib tonton...

razzwey razz said...

Terima kasih juga Che Mie, Film Jibam sebuah Karya yang sangat istimewa dan indah. Keep it up!

Lisa Nurulain said...

rasa nk pergi tengok pula. rabu ni la nak pergi.MBO ada tak ?

At-Tarmizi said...

saya dah pergi tengok, dan ada juga buat review pasal filem ni dekat blog saya..jemputlah baca dan beri pandangan =)

http://at-tarmizi.blogspot.my/2017/12/review-filem-jibam.html