Assalamualaikum semua,
Sebenarnya rz sangat berat untuk menulis dan menyiapkan entry ini, nak menyudahkan setiap ayat saja begitu sukar, inikan pula nak menyiapkan seluruh nukilan untuk tatapan dan bacaan rakan-rakan. Ikutkan hati tidak mahu saja rz untuk buat entry ini langsung, mengenangkan ini adalah kenangan yang tidak mungkin rz lupakan, maka nukilan ini rz siapkan juga.
Kalau ada yang mengikuti update rz di facebook baru-baru ini. Sahabat rz Mohd Afendy bin Mohd Noh telah kembali ke Rahmatullah akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Aku hanya berpeluang menziarahi pada hari sabtu tengahari bersama rakan-rakan aerobik ke Hospital Melaka.
Aku hanya berpeluang menziarahi pada hari sabtu tengahari bersama rakan-rakan aerobik ke Hospital Melaka.
Kami tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam bilik rawatan, hanya dibenarkan melihat dari luar sahaja kerana risiko jangkitan yang tinggi. Aku harus menghormati prosedur tersebut, walaupun hati ini terasa ingin memeluk kau fendy waktu itu. Aku tak sanggup melihat keadaan kau waktu tu, seolah aku sendiri merasai kesakitan yang kau tanggung.
Air mata aku mengalir tak henti sambil berdoa agar Allah berikan kekuatan dan sembuhkan kau dari kesakitan. Aku tak boleh lama berdiri di luar bilik kau fendy, ada lagi orang yang ingin ziarah kau waktu tu. Aku keluar dengan air mata masih mengalir, dan aku tak mampu untuk berkata apa-apa. Aku terlalu sedih, aku tak mampu buat apa-apa.
Selesai solat zohor kami balik semula ke KL, hujan turun lebat tak henti-henti dari Melaka sampailah ke KL. Aku berdoa semoga ada keajaiban Allah kurniakan buat kau fendy. Sepanjang malam aku tak boleh tidur mengingatkan keadaan kau, akhirnya aku tertidur keletihan.
Pagi ahad aku dapat mesej dari kak shikin mengatakan kau telah pergi tinggalkan kami buat selama-lamnya. Nafas aku tersekat, aku blur tak tahu nak fikir apa-apa. Aku terkejut.
7 tahun perkenalan kita mungkin tidaklah begitu lama, tapi kerana keserasian kita, aku rasa kita dah kenal berpuluh tahun. Akrabnya Kita pada masa dulu ibarat adik beradik, dengan Kak Murni, Kak Nana. Berpeluang berada disamping kau pada hari bahagia, hinggalah kali terakhir kita berjumpa, bersembang, berlatih, bergelak ketawa, mendengar luahan hati kau. Hinggalah hari terakhir aku melihat kau terlantar sakit di atas katil.
Berehatlah fendy. Allah dah bebaskan kau dari segala kesakitan, mudah-mudahan Allah berikan kekuatan dan ketabahan jiwa kepada keluarga kau. Aku kehilangan seorang sahabat, cikgu, abang yang sangat baik hati, ikhlas, sentiasa murah dengan senyuman dan kuat semangatnya.
Selamat tinggal sahabatku, Mohd Afendy bin Mohd Noh. Kau akan sentiasa aku rindukan. Damailah kau di negeri abadi. Semoga Allah SWT tempatkan kau bersama orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah
Mohd Afendy bin Mohd Noh
1984-2017
Berehatlah fendy. Allah dah bebaskan kau dari segala kesakitan, mudah-mudahan Allah berikan kekuatan dan ketabahan jiwa kepada keluarga kau. Aku kehilangan seorang sahabat, cikgu, abang yang sangat baik hati, ikhlas, sentiasa murah dengan senyuman dan kuat semangatnya.
Selamat tinggal sahabatku, Mohd Afendy bin Mohd Noh. Kau akan sentiasa aku rindukan. Damailah kau di negeri abadi. Semoga Allah SWT tempatkan kau bersama orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah
Mohd Afendy bin Mohd Noh
1984-2017
6 comments:
Al-Fatihah....moga Arwah tenang di sana
Al-fatihah buat arwah..
al fatihah moga arwah di tempatkan di samping orang orang yang beriman.amin
Innalillah hiwainna hirojiun
Al -Fatihah
Salam Takziah
Sedihnya baca razi...ya Allah terasa mcm tahu apa razi rasa sgt2...kadang2 tak sangka kawan yg kita rapat dia pergi dulu...semoga arwah sentiasa di lindungi Allah. Alfatihah. Amin
Post a Comment