PTS

Cosmoderm

cosmoderm

Cosmoderm

cosmoderm

Sunday, February 19, 2017

Sertai Kempen '#SayaSihat' bersama #YeosMalaysia

Assalamualaikum Semua,


Seperti yang ramai tahu (ramai ke?), sebelum ini RZ memang aktif dalam menyertai program kecergasan di sana sini. Almaklumlah sebagai Jurulatih kecergasan bertauliah, dunia kecergasan sudah sebati dengan diri, gitu! 

Kempen #SayaSihat bersama #YeosMalaysia

Pengalaman berdiri di atas pentas mengajar orang ramai bersenamrobik dan enjoy dalam masa yang sama sedikit sebanyak membuatkan RZ gembira, lebih-lebih lagi apabila melihat peserta kelas RZ tersenyum puas, what more can you ask? Sihat dan gembira gitu, hihihiii...

Kempen #SayaSihat bersama #YeosMalaysia

Sebut pasal gaya hidup sihat, Syarikat Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad ("Yeo's") mengambil langkah inisiatif mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menyedari kepentingan menjaga kesihatan melalui penjagaan makanan dan aktiviti sukan serta riadah kerana kerisauan kadar obesiti di Malaysia. Maka Yeo's melancarkan kempen #SayaSihat bersama #YeosMalaysia. Produk keluaran Yeo's sememangnya yang kita ketahui mementingkan kualiti dan berkhasiat tinggi. Kegemaran RZ sudah tentu Teh Hijau Jasmine dan soya, sedap!

KONTES INSTAGRAM #SayaSihat

Kempen #SayaSihat bermula pada 13hb Februari 2017 dan berakhir pada 23hb April 2017 terbuka kepada seluruh warga Malaysia. Bagaimana nak sertai? Lihat bawah;

1. Ambil foto yang berkonsepkan aktiviti sukan dan kesihatan. (Produk Yeo's yang turut         berada di dalam gambar akan diberikan markah tambahan)
2. Muat naik foto ke laman Instagram masing-masing berserta hashtag #SayaSihat bersama #YeosMalaysia.
3. Akaun Instagram anda hendaklah di set kan dalam keadaan mod umum untuk memudahkan proses pemilihan pemenang.
4. Kait (Tagged) dua rakan senaman atau diet anda untuk lengkapkan satu penyertaan.

Bila dah ada kontes, mestilah ada hadiah kan? Apa hadiah yang anda bakal menangi?

Tempat Pertama
Baucar Tunai Sports Direct [RM1000] + Produk Yeo's

Tempat Kedua
Baucar Tunai Sports Direct [RM800] + Produk Yeo's

Tempat Ketiga
Baucar Tunai Sports Direct [RM300] + Produk Yeo's

Hadiah Mingguan
10 Pemenang
Baucar Tunai Sports Direct [RM150] + Produk Yeos

Lumayan tak lumayan hadiahnya? Bukan saja boleh menang baucar dari Sports Direct dan produk Yeo's, tapi sihat tubuh badan sekali tau? makin berganda hadiahnya, hihihihiii...

Untuk mengetetahui cara penyertaan yang selanjutnya, layarilah laman sesawang Yeo's di www.yeos.com.my atau hubungi pegawai perkhidmatan pelanggan di 1300-80-2828.

Apa lagi? Tukar baju sukan! Ambil kamera! Beraksi! Dan jangan lupa Yeo's.

Kempen #SayaSihat bersama #YeosMalaysia

Monday, February 13, 2017

Pelancaran GT Dollar Oleh GT Group Malaysia

Assalamualaikum semua,


Kalau korang perhatikan dalam laman media sosial RZ (facebook & Instagram), mesti akan perasan akan post mengenai GT Dollar. Mesti korang tertanya-tanya apa itu GT Dollar kan? GT Dollar sebenarnya baru sahaja memasuki Malaysia, dan telah dirasmikan oleh Y.B Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bertempat di Sime Darby Convention Centre Bukit Kiara baru-baru ini.


Semasa pelancaran ini juga telah diperkenalkan dengan satu aplikasi telefon pintar, GT DOLLAR iaitu sebuah platform mudah alih E-Dagang terbesar di Malaysia yang membolehkan pengguna dan penjual berinteraksi dengan lebih mudah dan teratur.


Korang dah muat turun aplikasi GT Dollar kat telefon tak? Masih belum tahu apa itu aplikasi GT Dollar?

GT Dolar merupakan aplikasi jual beli yang membolehkan anda berbelanja tanpa tunai (cashless) di mana e-wallet memainkan peranan dalam setiap urusan jual beli di antara penjual dan pembeli. Potongan harga istimewa juga diberikan kepada pengguna GT Dollar sekiranya anda berbelanja menggunakan aplikasi tersebut.


GT Group bukan sahaja telah memperkenalkan aplikasi GT Dollar, malah juga beberapa produk yang lain juga seperti GT Mobile, GT Wonder Boy dan GT Smart Watch. Macam best pula bila tengok GT Wonder Boy tu, boleh buat macam-macam. Senang cerita boleh jadi bff gitu, hahahaha. Boleh jadi P.A yang menguruskan jadual kita, boleh ajak menyanyi dan menari, jadi jurugambar peribadi, dan paling menarik GT Wonder Boy mampu menjadi penterjemah sekiranya kita berada di luar negara, kalau dapat satu ni mesti best! 

GT Smart Watch pula merupakan jam pintar yang membantu ibu bapa untuk memantau anak melalui smartphone sahaja, bukan sahaja memantau lokasi anak tapi juga mengatur jadual dan reminder kepada pemakai smart watch. Menarik kan?


Apa-apa pun RZ nak mengucapkan tahniah kepada GT Group Malaysia di atas pelancarannya yang meriah dan moga terus berkembang maju dan menghasilkan lebih banyak produk berinovasi tinggi.


Untuk lebih lanjut, layari dan ikuti

www.gtdollar.com
www.gtrobots.com
www.gtmobile.sg
www.instagram.com/gtgroupmalaysia