Cosmoderm


Wednesday, March 22, 2017

Kenapa Aku Pilih Tyzara?

Rambut adalah mahkota bagi wanita. 

Nope!. Istilah tu kena tukar dah sekarang. Rambut adalah mahkota  kita. Tak kira lelaki atau wanita. Hatta wanita berhijab pun pentingkan kesihatan rambut tau. Sebab tu lah kita kena pandai memilih produk penjagaan rambut yang sesuai. 

kenapa aku pilih tyzara, shampoo soya, shampoo tyzara, tyzara


Nak rambut sihat dan cantik? Menyampah tengok kelemumur umpama debu? Letih duk kutip rambut yang berguguran setiap kali kita menyikat atau mencuci rambut? Nak rambut lembut dan mudah diurus? (Sila baca dalam nada pengacara Go-Shop, hahaha). Tak payah fikir banyak ok. RZ dah jumpa produk yang boleh selesaikan masalah-masalah rambut ni.

kenapa aku pilih tyzara, shampoo soya, shampoo tyzara, tyzara


Produk penjagaan rambut Tyzara!! Shampoo dan serum rambut!! Tepuk tangan semua!! πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Shampoo rawatan dari Tyzara atau lebih dikenali dengan shampoo soya ni diperbuat dari kacang soya . Kacang soya asli tau. Maknanya tak diubah secara genetik. Tak payah cakap banyak. Ni kat bawah ni RZ senaraikan bahan utama shampoo rawatan soya Tyzara ni :-

kenapa aku pilih tyzara, shampoo soya, shampoo tyzara, tyzara

 - PROTEIN SOY - ia dihasilkan daripada kacang non-GMO (yakni, kacang yg tidak diubahsuai secara genetik).dan ia diperbuat daripada kacang soya asli. Di mana protein soya ini memberi tenaga pada rambut kita.

kenapa aku pilih tyzara, shampoo soya, shampoo tyzara, tyzara

 - PANAX GINSENG ROOT EXTRACT - menguatkan akar rambut dan memberikan kesuburan kulit kepala utk memberi ruang anak rambut baru utk tumbuh.

kenapa aku pilih tyzara, shampoo soya, shampoo tyzara, tyzara

 - MAJUS ROOT EXTRACT - memberikan vitamin pada akar rambut dan meNyahkan kotoran kulit kepala.

Kita dah maklum kacang soya ni tinggi dengan protein. Dan tugas protein adalah untuk memberi tenaga dan menguatkan sel-sel badan. Termasuklah sel-sel rambut. Sebab tu lah shampoo Tyzara ni amat sesuai digunakan untuk korang yang mengalami masalah keguguran rambut. Haa... untuk akak-akak yang baru lepas bersalin tu, masalah rambut gugur selepas bersalin memang tak boleh nak elak. Ni haa kak... cara rawat rambut gugur, guna shampoo ni kak. Tak menyesal punya lah. Sebelum mencuba shampoo soya ni, setiap kali RZ cuci rambut mesti ada rambut gugur. Banyak pula tu. Nyampah tau! Terima kasih Tyzara, selepas bertemu dengan shampoo soyamu, masalah tu semakin hari semakin berkurangan. Dan RZ semakin hari semakin sayang padamu *blush*.

Itulah sebab kenapa rz pilih Tyzara, serasi bersama gituh, kikikikiii...

kenapa aku pilih tyzara, shampoo soya, shampoo tyzara, tyzara


Shampoo soya ni bukan sahaja merawat masalah keguguran rambut, malah membantu untuk menyelesaikan masalah gatal kulit kepala dan kelemumur, rambut rosak/bercabang akibat dari produk-produk penjagaan rambut yang tidak sesuai. Hakak-hakak dan hadek-hadek manis yang berhijab tu, walaupun RZ ni lelaki, RZ tau masalah rambut korang. Sebab kakak RZ selalu membebel rambut dia berminyak dan berkelemumur kalau sehari tak shampoo. Kulit kepala gatal ya ampun toksah cakap ah. Dia berhijab, so peluh dan wap terperap kat kepala. So RZ bagi dia cuba shampoo soya ni. Hasilnya? 

"Amazing!" 

Katanya. Sebab tu dia duk bising suruh RZ belikan lagi. Belikan tu maknanya suruh belanja okay? πŸ˜’

Rz tunjukkan satu testimoni secara live dari rz sendiri mencuba Tyzara buat pertama kali dan terus terpikat, gituh!!! Flip hair sikit je rambut dah elok terletak! Hahaha...

A post shared by Mama Kembar 3 (@mamakembartiga) on


Nak rambut gebu dan ringan plak? Haa.. cuba serum rambut Tyzara ni pula.

kenapa aku pilih tyzara, shampoo soya, shampoo tyzara, tyzara

Ni dik... RZ nak cerita pengalaman lepas guna serum rambut ni. Masa RZ nak potong rambut kat salon, tukang gunting rambut cakap apa tau, 

"lembutnya rambut, sayang plak nak potong" 

Ahh... I is bangga *blush*. Best tak? Best tak? Best tak? hahahaa...


Teruja tak nak cuba shampoo soya ni? Sangat kan? So jangan buang masa. Hubungi agent Tyzara dengan segera! Jom kita bersoya!! 

kenapa aku pilih tyzara, shampoo soya, shampoo tyzara, tyzara

Harga Tyzara 

Normal Price:
Shampoo RM65.90 ( 100ml )
Serum RM59.90 (15ml )

Info penting yg lain boleh di dapati di sini:-
Hotline : 019-5767697 

Monday, March 20, 2017

Penginapan Istimewa di Mahkota Hotel Melaka

Assalamualaikum semua,

Cuti sekolah baru saja bermula, Haaa, korang semua dah buat plan ke nak bercuti kemana? Kebetulan rz tengah mengidam Kuih Keria Antarabangsa kat Melaka yang tengah viral tu so apa kata kali ni korang bercuti ke Melaka Bandar Bersejarah ni. Yelah selama ni korang baca Buku Teks Sejarah tentang Melaka jer kan, inilah masanya korang turun padang menyaksikan sendiri keindahan Bandar Melaka yang terkenal sebagai salah satu tempat pelancongan yang menarik di Malaysia.

Mahkota Hotel Melaka


Antara tempat menarik yang menjadi tumpuan kaki shopping di sini adalah Dataran Pahlawan Megamall Melaka, Freeport A’Famosa Outlet, Mahkota Parade dan tak lupa juga pasar malam Jonker Walk Street yang diadakan setiap malam pada hari Jumaat dan Sabtu. Korang boleh borong cenderamata seperti keychain, fridge magnet, T-shirt dan bermacam-macam jenis barangan ada jual pada harga yang sangat murah. Kalau dah menjejakkan kaki ke kota bersejarah ni tak lengkap percutian korang kalau tak melawat Kota A’Famosa yang terletak ditengah bandaraya Melaka Bandaraya Warisan ini.

Mahkota Hotel Melaka

Mahkota Hotel Melaka

Dan kalau dah namanya seorang rz, bergambar persis seorang supermodel itu adalah satu kewajipan, hahahaha.                                   

Mahkota Hotel Melaka

Mahkota Hotel Melaka

Mahkota Hotel Melaka

Sambil melihat permandangan bandar Melaka dari atas bukit korang boleh lah berswafoto sakan gitu. Rz nak korang bukan setakat bayangkan pemandangan indah Bandar Melaka ini tapi korang kena datang sendiri dan nikmati sendiri keunikkan Kota ini Korang jangan lupa tau layari www.traveloka.com untuk buat tempahan hotel untuk anda sekeluarga. Semuanya hanya dihujung jari anda sahaja.

Bercakap mengenai hotel kat Melaka, disini rz ingin mengesyorkan pada korang satu tempat penginapan yang cukup mewah dan berprestij di tengah bandaraya Melaka. Korang pernah dengar Mahkota Hotel Melaka tak? Hah, of course lah kan, hotel ni cukup menarik untuk rz kongsi di sini untuk korang yang teringin nak stay kat sini. Hotel ni terletak bersebalahan dengan Mahkota Parade, confirm tak susah nak cari.

Mahkota Hotel Melaka

Mahkota Hotel Melaka

Terdapat 280 unit apartment disediakan yang setiap unit dilengkapi dengan peti sejuk, tab mandian, ruang tamu dan banyak lagi kemudahan lain.Selain dari itu, hotel ni juga menyediakan 77 buah bilik hotel yang dikelaskan kepada beberapa pilihan seperti Deluxe, Premium, Family Suite, Executive Suite dan juga President Suite. Pendek kata banyak pilihan untuk korang buat pilihan mana-mana bilik yg korang berkenan. Bagi percutian kali ini rz menginap di apartment, hehehe.

Mahkota Hotel Melaka

Mahkota Hotel Melaka

Nak tengok tak apartment penginapan rz?

Mahkota Hotel Melaka

Mahkota Hotel Melaka

Lokasi hotel sangat strategik korang boleh je jalan kaki kalau nak kemana-mana tempat tarikan yang lain, dan terletak tak jauh dari tempat tarikan utama Melaka iaitu Kota A’Famosa. Dari segi kemudahan dan fasiliti hotel pula, rz sangat berpuas hati dengan perkhidmatan hotel ni, berbaloi sangat korang bermalam kat sini, mana taknye hotel ni ada 2 kolam renang yang besar dan kolam renang kanak-kanak tau. Dua-dua kolam ni lengkap dengan gelongsor air. Yang rasa nak main air feeling masih kanak-kanak tu boleh lah habiskan masa di kolam renang. Bila lagi kan nak merasa mandi manda kat hotel mewah. Rz kan baru je lepas mengikuti kelas renang, jadi boleh lah tunjuk skill kat sini ala-ala atlet olimpik gitu, hahahaha.

Mahkota Hotel Melaka

Mahkota Hotel Melaka

Setelah penat berjalan di sekitar bandar Melaka, hotel ni memberikan kepuasan pada mereka yang ingat merehatkan diri. Bagi yang datang bercuti bersama anak-anak, hotel ni turut menyediakan taman permainan bagi mereka. Terdapat juga tempat mandian sauna dan spa disediakan khas buat anda. Wah, sempat korang nak berspa bagai tau. Bagi yang ingin beriadah pula, hotel ini lengkap dengan lapangan tennis, padang tenis/squash, mini golf dan juga gym. Amboi, kemain best hotel ni, dapatlah rz mengeluarkan peluh selepas melantak kuih keria yg famous itu…

Mahkota Hotel Melaka

Mahkota Hotel Melaka

Bukan itu saja, Korang yang kaki  karaoke atau smule, jangan lepaskan peluang enjoykan diri korang sambil berkaraoke di Oasis Karaoke Lounge. Istimewanya longue ni menyediakan 10 bilik karaoke peribadi tau. Yang segan silu nak menyanyi korang melalak lah sepuas hati korang, bilik peribadi kot. Siapa yang malu tu jangan menyesal, sebab rz mesti akan conquer mic, hahaha.

Mahkota Hotel Melaka

Sebenarnya ada banyak lagi  kemudahan yang disediakan oleh hotel ni. Korang memang kena datang sendiri tinggal kat hotel ni, ajaklah kengkawan saudara mara yang jauh dan dekat. Bila lagi nak buat amal jariah kan. Hotel ini juga sesuai untuk dijadikan tempat bagi sebarang majlis.

Bab makanan pula, haaa ini penting bagi seorang rz yang kaki makan, hahaha. Terdapat beberapa pilihan gaya masakan yang boleh anda pilih di beberapa buah restoran. Salah satunya CafΓ© Mahkota yang merupakan tempat makan di dalam hotel ni,  hidangan lengkap dari makanan tengah hari dan jugak malam malam ala buffet. Seronoknye korang, semua ada dalam hotel ni. Untuk korang lidah itali yg suka makan makan pizza ataupun masakan laut yang fresh, korang boleh menjamu selera di Pizza Terrace.

Mahkota Hotel Melaka

Mahkota Hotel Melaka

Rz dah menginap di sini, korang takkan tengok je kan? Datanglah beramai-ramai ke Melaka, pastikan korang check out Mahkota Hotel Melaka di www.traveloka.com hari ini!

Thursday, March 16, 2017

Kena Prank Dalam Restoran! | Heyyypi Besday Rajimon!

Assalamualaikum semua,

Sebenarnya entry ni patut minggu lepas lagi update tapi dok sibuk kejar deadline kerja, hampir-hampir terlepas pandang. Takpe lah janji update ye tak? 

Al-kisahnya pada tarikh 7 Mac 2017 yang lalu adalah hari lahir rz (gedik lettew!). Tiada perancangan nak sambut pun, dah nak masuk 9 tahun merantau ni, nak sambut birthday sorang-sorang memang tak lah kan? Hahahaa. Tahun-tahun hanya disambut dengan nasi goreng kedai makan & teh ais je, cukup happy dah tu...


Bermula ceritanya bila rakan-rakan KBBA9 rz Ayue, Jean & Aznan ajak makan kat port kegemaran kitorang, Little Rara. Menyangkakan cuma sekadar nak dinner macam selalunya, takde apa yang luar dari kebiasaan. Biasanya makan, sembang, gelak macam hantu je hahahaha. Kalau luar biasa tak tau lah, mungkin sambil makan sambil gimnastik berirama la kot? hahahaa.

Sampai-sampai je Little Rara, ada 3 orang yang sambut hari lahir hari yang sama, macam takde tempat lain korang nak raikan, hahahaa. Tak cukup lagi, dah kena paksa pakai topi bentuk kon tu. Kena buli dah, bak kata si Ayue;

"JANGAN BUKA SELAGI 
TAK HABIS MAKAN!"


"Topi ini je yang kitorang mampu beli raji, 
nak beli kek tak mampu!"

Kata si Ayue a.k.a Kakak Laici!

Rasa macam waktu tu terus kenyang, tak jadi lapar, hahahaha. Tapi belasah lah, setahun sekali buat perangai gila macam ni. (sebenarnya hari-hari memang perangai gila pun!). Sambil dok makan rz tengah update entry blog kat handphone, pelik pula diorang dok bebel suruh makan cepat! Biasanya tak macam tu, sebab semuanya akan menghadap phone lagi lama dari menghadap makanan, selalunya lah! hahahaha.


By the way, rz order ini;

Sedap tau! Hahahaha...



Selesai makan, rz kembali menyambung siapkan entry blog dengan tekun. Tak tengok kiri kanan dah, nak publish malam tu juga, hahahaha. Entah dari mana datangnya ada orang nyanyi lagu birthday dari belakang, ingatkan;

"Ehh, siapa lagi yang sambut birthday hari ni?"
f
rupa-rupanya ada pakatan rahsia tersembunyi, korang tengok je lah video kat bawah ni;


Plan cuma nak dinner je konon. Sampai2 je kena paksa pakai topi ni sampai habis makan, hahahaha... ..... Dalam kedai tu ada 3 orang yang sambut birthday, siap belon, kek bagai. Ramai pulak yang sambut birthday kat @littlerara malam tu ye... ...... Pastu kakak laici @ayuejean kata nak gi toilet, aku dok busy siapkan entry blog kat handphone. Tiba-tiba ada pulak orang nyanyi lagu happy birthday, aku ingat ada orang lain ke yang sambut birthday lagi? Hahahahahaa... Patutlah dok marah2 aku tak makan lagi... Thanks korang @ayuejean @jeangallyot @aznansd 😘😘😘😘😘 ....... Until i'm speechless and still can't forget that wonderful night! Thank you for surprising me on my birthday. It was really fabulous! I will never forget this... 😭😭😭😭😭 ______ #KBBA9 #KelabBloggerBenAshaari #blogger #bloggerKL #bloggerMY #bloggermalaysia #bblogger #travelblogger #aabc #vsco #vscocam #igers #igersmalaysia #igersmy #Like4Like #RazzweyDotCom
A post shared by razzwey (@razzwey) on

Kena prank dah hari ni, memula segan gila kot. Semua orang pandang, tapi biasalah diva haruslah orang pandang-pandang kan? (masih memegang impian jadi seorang diva, hahaha!!!)

Rajimon pun Rajimon lah, hahahaa. Tapi kek ni sedap tau, korang beli kat mana wehh??? hahahaha.




Nak tau apa jadi kat tulisan HEYYYPI BESDAY RAJIMON tu?

Licin!!! Hahahaha...


Thanks Ayue, Jean & Aznan, senyap-senyap korang plan ye? Mujur rz tak termenangis dalam Little Rara tu, kang semua orang terpesona sebab nangis pun tetap gojes, hahahaa. Sebenarnya kitorang selalu je jumpa lepak makan lepas balik kerja, sebab masing-masing kerja kat KL, senang nak jumpa. Siapa sangka hari ni dapat surprise birthday, terharu sangat. walaupun umur baru 18 kan, tapi rasanya macam kita dah kawan 20 tahun dah, hahahaha.

Buat keluarga dan sahabat yang wish melalui fb, whatssap, fb messenger, mana-mana je pun, terima kasih atas ucapan dan doanya. Sebagaimana doa kalian pada rz, begitu juga rz doakan anda semua.

HEYYYPI BESDAY RAJIMON!

Tuesday, March 14, 2017

Studio Kecergasan Untuk Semua | H&K Fitness Studio Uptown Kinrara, Seri Kembangan

Assalamualikum semua,

Masih belum terlewat untuk rz ucapkan selamat menyambut Ulangtahun yang pertama buat H&K Fitness Studio. Pada yang belum tahu lagi, H&K Fitness Studio yang bernaung di bawah Kumpulan Syarikat Sunshower, berlokasi di Kinrara Uptown, Seri Kembangan telah ditubuhkan pada 20hb Februari 2016, dan setahun kemudian H&K Fitness Studio menyambut ‘hari jadi’ yang pertama. Ikut umur masih baby lagi, tapi cubalah masuk sendiri ke dalam gym 3 tingkat ni.

Tapi sebelum kita masuk ke dalam, nak cerita sedikit lah mengenai sambutan H&K Fitness Studio Anniversary Bash yang telah berlangsung pada 25hb Februari 2017 yang lalu.


H&K Fitness Studio


Sampai je di luar simpang, rz dah perasan dah acara mass aerobic di ruang letak kereta. Ada Zumba, Body Combat dan Maxx Fusion yang dikendalikan oleh jurulatih bertauliah dalam bidang masing-masing. Tema baju ala-ala tentera pula, memang meriah la. Tabik spring sebab peserta sanggup bertahan dalam cuaca panas terik! Hebat juga ahli-ahli H&K Fitness Studio. Kalau rz, sure dah lepak kat mamak tepi tu, hahahaha. (memang betul pun!)

Rz naik ke tingkat 3 (roof top), ada abseiling wooo!!! Siapa berani hari tu boleh cuba, hahaha. Tapi abseiling takde pada hari-hari lain, hanya masa Anniversay Bash saja, hehehe.

H&K Fitness Studio

H&K Fitness Studio

Paling rz tak sangka semasa mula-mula sampai ke H&K Fitness Studio, bila berjumpa dengan atlet rock climbing negara, Juara Fear Factor Malaysia dan Finalis Ninja Warrior (SASUKE) di Vietnam, Mat Redho. Rz baru tahu yang Mat Redho merupakan atlet tajaan H&K Fitness Studio, terbaik! Mat redho sempat mencuba sendiri aktiviti abseiling, dan juga wall climbing.


A post shared by πŸ‘‰Redha RozlanπŸ‘ˆ (@matredho) on

H&K Fitness Studio


H&K FITNESS STUDIO

Ia merupakan Pusat Kecergasan tempatan dan dikendalikan oleh syarikat Bumiputera sepenuhnya. Pusat Kecergasan dengan fasiliti termoden ini berkeluasan lebih 5,000kps lengkap dengan Studio Tarian, Mesin Senaman Cardio, Peralatan Angkat Berat, Tembok Mendaki Tiruan, Bilik Mandi dan Persalinan, Ruang Rehat, dan servis Jurulatih Kecergasan Peribadi. H&K Fitness Studio turut menyediakan pakej pengurusan gym termasuk penyelengaraan peralatan dan mesin senaman.

H&K Fitness Studio ditubuhkan dengan objektif membantu komuniti setempat dan individu untuk mencapai keseimbangan kerja dan kehidupan yang sihat melalui pendekatan yuran keahlian bulanan dan harian dengan kadar bayaran yang rendah tanpa ikatan kontrak. Pendekatan H&K Fitness Studio banyak membantu pelanggan dari aspek penyediaan program kesihatan yang berkualiti melalui jurulatih dan kakitangan yang kompeten dan diiktiraf. Pusat latihan ini merupakan yang pertama seumpamanya yang dilancarkan di kawasan Seri Kembangan pada waktu itu.

KEMUDAHAN TERBAIK DI H&K FITNESS STUDIO

Dah masuk ke H&K Fitness Studio, mesti korang nak tengok setiap ruang yang terdapat di sini dan juga nak tengok peralatan, biasa lah tu rz dulu pun macam tu juga, jenis yang teruja nampak peralatan canggih, hahahaha.

H&K Fitness Studio

H&K Fitness Studio

H&K Fitness Studio

H&K Fitness Studio

H&K Fitness Studio

H&K Fitness Studio

H&K Fitness Studio

H&K Fitness Studio

H&K Fitness Studio

H&K Fitness Studio

H&K Fitness Studio

Kemudahan Surau juga terdapat di sini.

H&K Fitness Studio

H&K Fitness Studio


H&K Fitness Studio melangkau tradisi pusat senaman yang terdahulu, dengan menawarkan lebih pilihan kemudahan dan servis mengikut trend semasa. H&K Fitness Studio berpegang kepada pelbagai kekuatan dalam persaingan seperti;

-          Program dan servis yang mudah dan menyeluruh;
-          Nilai dan kualiti cadangan dan perancangan masa depan yang membawa kepada kesetiaan pelanggan;
-          Menjadi salah satu contoh pusat senaman bumiputera yang berjaya;
-          Tenaga pengurusan dan operasi yang berpengalaman dan komited;

Yuran keahlian yang mampu dibiayai oleh semua golongan termasuk murid sekolah.

Dengan kadar bayaran yang berpatutan dan peralatan mesra pengguna yang ditawarkan, H&K Fitness Studio menjadi sebuah pusat kesihatan pilihan utama dan bakal membuka cawangan terbaru dengan kaedah ‘francais’ & bakal melancarkan mobile app sendiri tidak lama lagi.

Apa-apa pun rz nak ucapkan sekali lagi, selamat menyambut ulangtahun yang pertama buat H&K Fitness Studio, semoga akan terus maju jaya dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang di tahun-tahun yang mendatang.


H&K Fitness Studio

Pihak H&K Fitness Studio sentiasa mengalu-alukan sebarang pertanyaan dan tempahan aktiviti melalui:

Sunshower Fitness Sdn Bhd (H&K Fitness Studio)
 Tel : 03-80804131 (office) / 03 8080 0770 (gym)
Instagram : @hnkfitness
Facebook : H&K Fitness Studio