Cosmoderm

Friday, January 26, 2018

Let's Go Manchester Bersama Dashing

Assalamualaikum semua,

Terus terang sebenarnya rz bukan lah seorang peminat tegar sukan bola sepak (kaki bangku sebenarnya) tapi rz akui ianya diminati boleh semua golongan di seluruh dunia, tua, muda, lelaki, wanita. Di Malaysia khususnya, peminat bola sepak begitu luar biasa sambutannya.

Tapi bila rz kata bukan peminat tegar bola sepak, tak bermaksud rz tak suka tau? Rz sendiri pernah beberapa kali menonton perlawanan bola sepak secara live di stadium dan ternyata perasaan menonton di stadium berbanding menonton di TV sangat jauh berbeza. Keterujaan bersorak dan menonton tu ibarat berada di dunia yang berbeza, so rz tak hairan bila ada yang sampai boleh menangis bila pasukan pilihan mereka menang atau kalah, dahsyat! (Heyyy dalam hati kami pun ada taman tau?!)

DASHING LET'S GO MANCHESTER!

Dashing let's go manchester

Bila sebut pasal Manchester, rz yakin perkara pertama yang terlintas dalam fikiran korang adalah pasukan Manchester City (MCFC) Dan Manchester United (MUFC). Pernah tak terbayang korang menonton perlawanan di antara dua pasukan gergasi ini secara live di Stadium Etihad, UK? Rz tahu ramai yang berimpian sebegitu kan? Sebabnya rz pun sama juga, hahahaaaa. Hanya mampu berkata:

"Kalau lah boleh pergi..." 

Dashing let's go manchester

Say no more guys, kerana impian korang akan menjadi kenyataan. Dashing sedang menganjurkan peraduan Let's Go Manchester di mana hadiah utama adalah trip pergi balik 4H3M ke Manchester, United Kingdom yang merangkumi Tiket VIP untuk menyaksikan perlawanan di antara Manchester City Dan Manchester United di Stadium Etihad, UK bagi 6 pemenang bertuah. Penginapan dan makan minum ditanggung sepenuhnya! Excited tak?

Dashing let's go manchester
Bukan itu saja, pemenang bertuah juga akan ke:

1. National Football Museum
2. Stadium Old Trafford
3. Stadium Etihad
4. Stadium Anfield

Ada lagiiiiiii, pemenang juga berpeluang untuk bertemu dengan pemain lagenda MCFC, boleh selfie dan dapat autograf lagi! Tu dia! What more can you ask? (Terus speaking taaauuu, hahahaa)

BAGAIMANA NAK SERTAI?

Senang je caranya, tak perlu reka slogan dengan ayat jargon, tak perlu gambar cantik-cantik, tak payah meraih likes di socmed, hahahaa.

Dashing let's go manchester

Korang hanya perlu:

1. Beli mana-mana produk DASHING atau ELITE dalam satu resit.
2. Ambil gambar resit pembelian
3. Hantar gambar resit tersebut ke +60169972373 (WhatsApp)
4. Dalam WhatsApp, nyatakan juga
    a. Nama penuh (seperti di MyKad)
    b. Nombor MyKad
    c. Nombor Passport
    d. Outlet pembelian (cth: gua***an, Berjaya Times Square)

Sertai Sekarang juga kerana peraduan ini akan berakhir pads 31 Januari 2018. Rezeki masing-masing kita tak tau kan? Cuba jangan tak Cuba!

Untuk maklumat lebih lanjut, layari:

Facebook:

Laman web:

Helpline:
03-80238311

P/S: Teringin nak jumpa David Beckham, lol!

Wednesday, January 24, 2018

Menikmati Rock' n Bowls di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur

Assalamualaikum semua,

Dah lama tak buat food review kan? Hahaha. Hari ini rz berpeluang untuk ke sebuah restoran ternama di lokasi yang agak jarang rz kunjungi walaupun teringin nak pergi selalu, hihihii. Rz menikmati makan malam di...

Rock' n Bowls Hard Rock Cafe Kuala Lumpur

HARD ROCK CAFE, KUALA LUMPUR 

Hard Rock Cafe Kuala Lumpur memperkenalkan menu terbaru bertemakan Rock' n Bowls. Got it? Rock' n Rolls? Rock' n Bowls? Hehehe. 


Rock' n Bowls Hard Rock Cafe Kuala Lumpur

Rock' n Bowls merangkumi 3 hidangan yang bertaraf Rock Star gitu! Setiap satu memiliki rasa unik tersendiri yang pastinya akan memberi kepuasan kepada pengunjung yang mementingkan kualiti terbaik dalam setiap suapan, kelas kan? Hehehe...

APA YANG RZ MAKAN?

Rz berpeluang untuk mencuba kesemua 3 menu Rock' n Bowls. Apabila rz diberitahu yang 3 menu ini adalah bertaraf Rock Star, ternyata ianya benar! Tak tipu, memang super sedap! 

Southwest Meatball Bowl
- Brown rice bowl cooked with a blend of Cajun and Southwest seasonings, topped with hot meatballs, honey sriracha glaze, chili lime crema, grated cotija cheese and crispy, seasoned tortilla straws.


Rock' n Bowls Hard Rock Cafe Kuala Lumpur

Seperti keterangan menu, semua jelas kelihatan pada hidangan ini, hehehe. Secantik presentation menu di atas pinggan, secantik itulah juga rasanya. Meatball tu rasa macam nak makan seorang je, tak nak kongsi-kongsi, hahaha. Tekstur & rasa yang sempurna, tiada rasa yang terlalu kuat, keseimbangan setiap ramuan harus diberikan pujian!

BBQ Shrimp Noodle Bowl
- Rice noodle bowl served with grilled shrimp in an Asian BBQ sauce mixed with shredded napa cabbage, sesame soy glaze, sliced green onions, white sesame seeds, freshly squeezed lime juice and fried won tons.


Rock' n Bowls Hard Rock Cafe Kuala Lumpur

Rz penggemar makanan laut, terutamanya udang. Lihat pada gambar hidangan nampak macan pedas kan? Sebenarnya tak pedas pun, budak pun boleh makan. Seperti menu sebelumnya, ini juga tidak kurang lazatnya serta portion yang besar, kalau tak kenyang rz tak tau lah perut korang jenis apa, hahahaha.

Chili Lime Chicken Bowl
- Brown rice bowl topped with grilled chili pepper lime chicken, Cajun seasonings, diced avocado, black beans, roasted corn, grated cotija cheese, chili lime crema, chopped cilantro and nacho seasoned tortilla straws.


Rock' n Bowls Hard Rock Cafe Kuala Lumpur

Jika menu pertama tadi ada daging lembu, menu kedua pula ada udang, menu ketiga dalam siri Rock' n Bowls ini ada ayam, haaaa korang boleh pilih menu mana yang berkenan, nak order semua pun boleh, hahaha. Tak tau nak cakap apa, memang sedap. Persamaan diantara ketiga-tiga menu ini adalah, kesemuanya dihidangkan dalam portion yang besar, maka orang yang perutnya berkapasiti tinggi macam rz akan tersandar kekenyangan, hahahaha.

Oh yaaa, rz nak bagitau anda hanya boleh menikmati 3 menu Rock, n Bowls bermula 10hb Januari 2018 hingga 13hb March 2018 sahaja. Masa terhad, jadi jangan terlepas peluang pula tau? Nanti menyesal...

MENU LAIN?

Sebenarnya sementara menunggu hidangan Rock' n Bowls siap, kitorang sempat cuba menu starter, ala kudap-kudap gitu, hahaha. Menu ini tak termasuk dalam family Rock' n Bowls, jadi korang boleh order bila-bila masa pun.

JUMBO COMBO

Rock' n Bowls Hard Rock Cafe Kuala Lumpur

CLASSIC NACHOS
Rock' n Bowls Hard Rock Cafe Kuala Lumpur

MANGO BERRY COOLER

Rock' n Bowls Hard Rock Cafe Kuala Lumpur


HOT FUDGE BROWNIE
Rock' n Bowls Hard Rock Cafe Kuala Lumpur

MUD PIE
Rock' n Bowls Hard Rock Cafe Kuala Lumpur

Secara keseluruhannya, rz sangat berpuas hati dengan kesemua hidangan terutamanya '3 Rock Star utama' yang memang perghhh, terbaik! Rasanya macam nak celebrate birthday kat HRC je, (Ada yang nak belanja tak?) hahaha. Sambil makan kita layan band yang membuat persembahan.

Rock' n Bowls Hard Rock Cafe Kuala Lumpur

Untuk keterangan lanjut atau sebarang makluman promosi terbaru layari http://www.hardrock.com.

Tuesday, January 9, 2018

The Greatest Showman Buat Aku Menangis Akhirnya

Assalamualaikum semua,

Berturut pula entri reviu filem kan? Alaaa, apa salahnya, lagipun dah lama tak reviu filem kan? Gitu...

Sebenarnya rz berbelah bagi samada nak tonton filem Pitch Perfect 3 atau pun filem The Greatest Showman. Oleh kerana rz peminat setia Hugh Jackman, i have to disappoint u bellas, hehehe... Ala, nanti ada masa rz tengok la PP3, bukanlah tak nak tengok langsung.


Ada ramai nama-nama besar Hollywood dalam filem The Greatest Showman, yang pertama dah tentulah Hugh Jackman, Zac Efron, Michelle Williams, Zendaya, Rebecca Ferguson dan ramai lagi, semuanya hebat-hebat wooo.


Apapun korang layan trailer dulu lah...


SINOPSIS

Inspired by the imagination of P.T. Barnum, The Greatest Showman is an original musical that celebrates the birth of show business & tells of a visionary who rose from nothing to create a spectacle that became a worldwide sensation.

ULASAN

Sebagai penggemar muzik, The Greatest Showman bukan sahaja mempersembahkan muzik yang bagus, tetapi emosi, mesej-mesej yang sangat bermakna yang disusun atur dengan amat cantik sekali, sehingga rz tidak ada peluang untuk merasa bosan sedikit pun. 

Karakter yang pelbagai dari setiap watak yang merasai pengalaman hidup yang sama: dipinggirkan hanya kerana 'keunikan' mereka tidak ada pada insan yang lain. Bak lirik lagu This Is Me:

"I am not a stranger to the dark
Hide away, they say
'Cause we don't want your broken parts
I've learned to be ashamed of all my scars
Run away, they say
No one'll love you as you are"

Sebut pasal lagu This Is Me dalam The Greatest Showman, dinyanyikan oleh Keala Settle yang juga merupakan watak penting dalam filem ini, Lettie Lutz: penyanyi wanita berjambang. Lagu ini juga telah memenangi Best Original Song in Motion Picture di Golden Globe Awards ke-75. Semasa lagu ini dinyanyikan, tanpa segan silu rz menangis semahu-mahunya. Sebenarnya ada banyak part yang rz nangis, tapi biarlah korang tonton sendiri.


Sebenarnya rz dah lama menantikan Hugh Jackman berlakon dalam filem muzikal, setelah kejayaan filem Les Misérables di mana beliau membawakan watak sebagai Jean Valjean. Ramai yang tak tau yang Hugh memulakan kerjayanya di pentas broadway terlebih dahulu sebelum ke layar perak, maka The Greatest Showman adalah filem yang cukup sempurna untuk beliau terajui.


Zac Efron juga tidak mengecewakan, yelah dulu kan Zac berlakon di HSM, hehehe. Zendaya kelihatan sangat serasi dengan Zac, lagu Rewrite The Stars juga sangat best woiiii!!!


KENAPA KORANG KENA TONTON THE GREATEST SHOWMAN

1. Semua lagu-lagu dalam TGS adalah lagu original, dan semua sedap gila!!!

2. Hugh Jackman menari, menyanyi kot?!

3. Koreografi persembahan yang memukau!

4. Pengajaran yang dipersembahkan sangat relevan pada hari ini.

5. Korang akan gelak, geram, marah, semangat, menangis dan termotivasi dalam filem ini. (seriusss!!)

6. SEBAB WAYANG NI MEMANG BEST!!!

Rating: 10/10

Sunday, January 7, 2018

Reviu Filem | Insidious: The Last Key

Assalamualaikum semua,

Ok, kali ni bukan entri makan dah, hahaha. Tapi tak bermakna korang boleh duduk tenang sebab entri ini merupakan reviu filem seram, baru je tayang beberapa hari lepas. 

INSIDIOUS: THE LAST KEY


Rasanya kalau ikut tajuk, mungkin episod terakhir kot untuk filem Insidious ni. Haaaa alang-alang nak bagitau ni, ada yang ingat semua filem yang bersiri-siri ni dipanggil trilogi. Sah-sah 'tri' tu merujuk kepada TIGA, so janganlah bila ada filem yang ada 4 siri macam Insidious, atau Fast n Furios yang dah ada 8 siri tu dipanggil trilogi juga, hahahaha. Jadi adakah filem yang ada 4 siri ni kita akan sebut sebagai tetralogi? Quadrilogi? Nantilah kita google, hahaha.

Tak mau cakap banyak, korang layan dulu trailer.


SINOPSIS (Malas nak terjemah, hahaha)

Brilliant parapsychologist Elise Rainier receives a disturbing phone call from a man who claims that his house is haunted. Even more disturbing is the address -- 413 Apple Tree Lane in Five Keys, N.M. -- the home where Elise grew up as a child. Accompanied by her two investigative partners, Rainier travels to Five Keys to confront and destroy her greatest fear -- the demon that she accidentally set free years earlier.

ULASAN

Tak dinafikan filem-filem dari James wan, jarang mengecewakan. Tak cukup dengan jump scares yang boleh buat satu row bergegar, ada komedi dan cinta (tapi tak keterlaluan), selebihnya 95% wayang ini betul-betul seram, hahaha. (Dasar penakut!).

Ada banyak adegan yang buat rz terjerit dengan suara kepit ala-ala 

"cepat! Cepat! Jangan lambat lambat!" 

hahahaha. Mujur rz bukan jenis melatah dalam panggung, kalau tak habis semua penonton rz lahar sorang-sorang, hahaha. Ini antaranya...




Tapi, korang perasan tak semua scene seram yang rz kongsikan ni, hantu dia semua datang dari belakang, hahahaha. Mungkin kalau datang dari belakang lebih seram kot, ye lah tak nampak kan? Sedangkan orang tepuk bahu dari belakang pun korang boleh terkejut lalu melatah sambil menari zapin. (Jauh dah menyimpang ni...)

Filem ni ada part yang kita dah boleh jangka, tapi lagi banyak dia bagi twist sampai buat rz keliru sikit, mungkin rz kena marathon Insidious 1 hingga 3 semula baru dapat gambaran penuh kot, tapi takdelah keliru sampai tak faham langsung. Boleh je faham, tapi rz kan jenis pelupa, hahaha.

Keseluruhan filem ini pada rz, menghiburkan. Dan tak sabar pula nak tunggu filem James wan yang seterusnya (kalau ada lah) The Conjuring! 

Rating: 7.5/10


Saturday, January 6, 2018

Lepas Gian Di Kaw Kaw Burger

Assalamualaikum semua,

Maaf lah ye asyik entri makan je awal-awal tahun ni, alaaaa biarlah, lama tak buat food review kan? Kira balas dendam lah ni, hahahaha.

Haaa, kat mana lagi kita nak makan kali ni? Sebenarnya rz dah beberapa kali mengarang entri mengenai francais tempatan ini, nampak tak maksudnya di situ? Maknanya betul-betul sedap lahhhh, tak cukup satu atau dua entri, kena banyak-banyak, hahaha. Kali ini rz ke...


Yaaaa, rz ke Kaw Kaw Burger, biasanya rz ke Kaw'D di Ampang, tapi kali ini rz ke Kaw Kaw Burger Cawangan Sunway Putra Mall. Lagi pun bila tengah demam ni, tak larat nak travel jauh, dekat-dekat sudehhh hahahaha.

Kalau korang selalu pergi Sunway Putra Mall atau dulu dikenali sebagai The Mall atau Yaohan, hahaha. Korang mesti taulah lokasi tempat makan mall ni, walaupun bila korang masuk je Sunway Putra Mall, restoran bersepah hahahaha. Ground floor ada, tingkat 1 ada, tingkat 2 ada, tingkat 3 ada, hinggalah ke tingkat 4. Takyah risau pasal tak cukup tempat makan, tapi kalau tanya rz, Kaw Kaw Burger akan jadi pilihan, hahaha.


APA YANG RZ MAKAN?

CHEESY FRIES

Rz order Cheesy Fries dulu, sementara nak menunggu Burger sampai, kira ini macam appetizers gitu, hahaha. Mana fries? Tak nampak kan? Tak kedekut cheese langsung, i like!!! 

BURGER PERMAISURI


Burger Permaisuri ni adalah signature burger di Kaw Kaw Burger. Pilihan jenis ayam korang boleh pilih samada nak ayam tu digoreng atau bakar(grilled). Tapi takkan lah set ni cuma burger saja kan? Mestilah didatangkan bersama kentang goreng(home made) dan air (ice lemon tea, 100 plus & Coke). Sebenarnya boleh je kalau nak order ala carté pun.


SEDAP KE TAK?

Rasanya tak pernah berubah sejak kali pertama rz makan 3-4 tahun lalu. Sememangnya Kaw kaw Burger mementingkan kualiti di setiap hidangan, tahniah pada founder Kaw Kaw Burger, Faizul & Haznita yang rz kenali semasa penggambaran Kitarasa tahun 2013. Bayangkan bisnes mereka bermula dari gerai tepi jalan saja di Wangsa Maju, hingga kini Kaw Kaw Burger dah melebarkan empayarnya sehingga ke Singapura dah. Tumpang bangga atas kejayaan anak Malaysia dalam perniagaan f&b.


Rating: 
Rasa: 5/5
Kebersihan: 5/5
Layanan staff: 5/5
Extra: Ada hiburan pakcik busker (hehehe)

Thursday, January 4, 2018

Pertama kali makan di K Fry Urban Korean

Assalamualaikum semua,

Kembali lagi dengan entri makan, hahaha. Itu lah kerja nya, asyik makan je. Kita raikan tahun baru dengan makan, sekurang-kurangnya takdelah melepak tunggu bunga api kebabom sambil berhimpit-himpit kan? Jadi baik kita makan, perut kenyang, hati senang, hahahaa.

Kat mana rz makan kali ini? Rz pun baru tau tempat ni, kawan rz yang ajak. Kalau tak memang tak tau dan tak pergi lah gamaknya. Rz datang pun tanpa apa-apa expectations, tak tau nak makan apa, sebab rz jarang makan makanan Korea. Jadi rz serahkan pada kawan untuk pilih, hahaha. Dengan harapan, 

"Kalau sedap kita makan sama-sama, 
kalau tak sedap kau habiskan sendiri!"

hahahahaa.

Haaaa, alang-alang dah tersebut makanan Korea, sebenarnya rz ke...

Kfry Urban korean

K Fry Urban Korean yang rz pergi terletak di ioi City Mall, Putrajaya. Lokasinya betul-betul terletak di East Entrance, dari luar boleh nampak. Kalau korang tau kat mana ada figura robot yang terkeluar dari bangunan tu, haaaa kat bawah tu je K  Fry Urban Korean.

Kfry Urban korean

Rz sampai sana pun lewat sebenarnya, dah dekat 8:30 malam, jadi kena beratur. Rz pun baru tau yang korang boleh buat tempahan melalui panggilan telefon atau pm terus ke fb mereka. Tapi takpe, ini pengalaman, siapa suruh datang lambat, hahaha. Sementara beratur tu, dapatlah menu boleh la nak fikir-fikir nak makan apa. Jimat masa, kang dah dapat meja, boleh terus order tak payah lagi nak baca-baca menu, bijak kan? hahaha...

rz tak sempat nak ambil gambar suasana restoran, dek kerana rushing. Next time rz datang baru ambil gambar yang elok sikit, hahaha. Ada indoor dan outdoor boleh pilih nak makan kat mana. Kitorang ambil meja kat luar sebab berangin sikit, (sebenarnya bahagian dalam dah penuh). Nak tau apa yang kitorang order?

1. GARLIC SOYA WINGS
Kfry Urban korean

2. K'FRY SPICY YANGYEOM WINGS
Kfry Urban korean

3. KIMGARU BOKKUEMBAP
Kfry Urban korean

Harapnya apa yang kitorang order adalah sama seperti dalam menu, hahaha. Hasilnya ialah...

Kfry Urban korean

Kfry Urban korean

Kfry Urban korean

Ok, memang sebiji macam dalam menu, puas hati. Rasanya macam mana pula?

Kfry Urban korean
sampai hati ambil gambar aku nampak gemuk!

GARLIC SOYA WINGS

Ini menu yang rz nak highlight, memang sedap gile. Rasanya macam lagi sedap dari jenama ayam goreng yang lagi satu tu (faham-faham sendirilah). Crunchy tu memang lah, tapi dia ada aroma 'X' tu, rasa macam tak cukup nak makan, hahaha.

K'FRY SPICY YANGYEOM WINGS

Siapa kaki makan pedas, kena try yang ni. Kalau korang suka makan Spicy Ramen tu, maknanya korang boleh tahan pedas yang ni. Rz tak tahan pedas tapi tetap addicted nak makan juga, kena pakai sarung tangan plastik, nanti tergaru muka kang padan muka! hahaha.

KIMGARU BOKKUEMBAP

Jangan risau korang takkan tergaru-garu bila makan ini, hahaha. Rz baru tau nak makan Kimgaru Bokkuembap ni kena gaul semua sekali dan baru suap dalam mulut, hahaha. Rasanya unik tapi sedap, dan ada ayam goreng atas tu, itu pun crunchy jugak!

Rasanya kena repeat lagi ni. Siapa nak ikut? Hahaha...

By the way, awal tadi rz ada cakap ni kan?


"Kalau sedap kita makan sama-sama, 


kalau tak sedap kau habiskan sendiri!"

Akhirnya kitorang berdua berebut nak habiskan ayam-ayam tu semua, hahahaha.

facebook

website

Instagram

Reservations
Reservations @ IOI City Mall Putrajaya – Pls call us @ +603 8957 8126 

Tuesday, January 2, 2018

Cendol Durian RM9.90 Di Penang Road Famous Teochew Chendul

Assalamualaikum semua,

Selamat tahun baru 2018!! Lama kan tak update entri? Sibuk sangat lah dengan kerja, lagi-lagi bila dah hujung tahun, sampai lah ke 2018 kena lebih aktif menulis ni, demi masa depan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang (ececehhh).

So entri pembukaan tahun 2018 kita mulakan dengan makan, hahahaha. Dah lama tak buat food review, tapi ini bukan berbayar tau? Rz bayar sendiri tau, hehehe. Bukan lah makan berat pun, cendol je. Tapi cendol tu dimakan ke diminum eh? Tak kisahlah janji masuk mulut juga, hahaha.

Biasalah menjelang hujung tahun rz sempat mengambil cuti hujung tahun untuk menenangkan diri, hahahaa. Jadi kesempatan tu diambil untuk mencari bahan-bahan untuk disajikan kepada pembaca blog rz yang tak seberapa ni, ngeeee.

Rasanya ramai kot yang dah tau pasal Penang Road Famous Teochew Chendul, dah merata francais ini dibuka dan rz sering tidak berpeluang untuk mencuba sendiri untuk memastikan keenakan cendolnya. Nak juga tau, sedap ke tak? Berbaloi ke tidak? 


Rz pergi ke cawangan di Sunway Putra Mall, tengok macam tak ramai orang. Sebab biasanya mana-mana cawangan yang rz lalu, mesti penuh, so jangan lepaskan peluang bila tak ramai orang nanti kempunan, hahaha.


Rz suka susun atur meja dan hiasan dinding yang sangat ringkas. Sedap mata memandang, pencahayaan pun bagus, semua harga dipaparkan. Kebersihan pun tip top, harapnya apa yang rz order tidak mengecewakan lah, hahahaa.




Rz tak order banyak pun, sekadar semangkuk cendol durian je. Lain-lain menu next time lah rz order ye? hehehe. Sangkaan rz mangkuknya kecil je, hampir-hampir rasa tak berbaloi bayar RM 9.90 untuk semangkuk cendol durian! Tapi....



Boleh tahan juga besar mangkuknya, so dari segi keberbaloian membayar dengan portion ini, rz kira not bad juga lah. Ye lah, what do you expect kan? Durian sekarang kan mahal, hahaha. persoalannya ialah...

SEDAP KE TAK???



Pada rz rasanya not bad juga, boleh masuk tekak, tak terlalu manis dan tak terlalu tawar. Secukup rasa lah senang cerita, walaupun takde isi durian di dalamnya, tapi rasa durian tu masih ada. Ye lah bahaya juga kan kalau ada isi durian, kang satu mall berbau durian, hahaha. Soalan terakhir...

RZ HAPPY TAK?


Ada nampak mami happy? Happy kan? Hahahahaa...

Rating: 3.5/5 bintang

Alamat: 
Sunway Putra Mall 
Lot 4-59, Level 4
100, Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur.

Business Hour:
10am - 10pm daily

FB:

WEB: