Cosmoderm

Tuesday, January 2, 2018

Cendol Durian RM9.90 Di Penang Road Famous Teochew Chendul

Assalamualaikum semua,

Selamat tahun baru 2018!! Lama kan tak update entri? Sibuk sangat lah dengan kerja, lagi-lagi bila dah hujung tahun, sampai lah ke 2018 kena lebih aktif menulis ni, demi masa depan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang (ececehhh).

So entri pembukaan tahun 2018 kita mulakan dengan makan, hahahaha. Dah lama tak buat food review, tapi ini bukan berbayar tau? Rz bayar sendiri tau, hehehe. Bukan lah makan berat pun, cendol je. Tapi cendol tu dimakan ke diminum eh? Tak kisahlah janji masuk mulut juga, hahaha.

Biasalah menjelang hujung tahun rz sempat mengambil cuti hujung tahun untuk menenangkan diri, hahahaa. Jadi kesempatan tu diambil untuk mencari bahan-bahan untuk disajikan kepada pembaca blog rz yang tak seberapa ni, ngeeee.

Rasanya ramai kot yang dah tau pasal Penang Road Famous Teochew Chendul, dah merata francais ini dibuka dan rz sering tidak berpeluang untuk mencuba sendiri untuk memastikan keenakan cendolnya. Nak juga tau, sedap ke tak? Berbaloi ke tidak? 


Rz pergi ke cawangan di Sunway Putra Mall, tengok macam tak ramai orang. Sebab biasanya mana-mana cawangan yang rz lalu, mesti penuh, so jangan lepaskan peluang bila tak ramai orang nanti kempunan, hahaha.


Rz suka susun atur meja dan hiasan dinding yang sangat ringkas. Sedap mata memandang, pencahayaan pun bagus, semua harga dipaparkan. Kebersihan pun tip top, harapnya apa yang rz order tidak mengecewakan lah, hahahaa.




Rz tak order banyak pun, sekadar semangkuk cendol durian je. Lain-lain menu next time lah rz order ye? hehehe. Sangkaan rz mangkuknya kecil je, hampir-hampir rasa tak berbaloi bayar RM 9.90 untuk semangkuk cendol durian! Tapi....



Boleh tahan juga besar mangkuknya, so dari segi keberbaloian membayar dengan portion ini, rz kira not bad juga lah. Ye lah, what do you expect kan? Durian sekarang kan mahal, hahaha. persoalannya ialah...

SEDAP KE TAK???



Pada rz rasanya not bad juga, boleh masuk tekak, tak terlalu manis dan tak terlalu tawar. Secukup rasa lah senang cerita, walaupun takde isi durian di dalamnya, tapi rasa durian tu masih ada. Ye lah bahaya juga kan kalau ada isi durian, kang satu mall berbau durian, hahaha. Soalan terakhir...

RZ HAPPY TAK?


Ada nampak mami happy? Happy kan? Hahahahaa...

Rating: 3.5/5 bintang

Alamat: 
Sunway Putra Mall 
Lot 4-59, Level 4
100, Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur.

Business Hour:
10am - 10pm daily

FB:

WEB:

12 comments:

Minionlicious Enterprise said...

Hehehe dapnyaaa..

TATI MANSUR - WIFE SOSAB MAMA SAZSO said...

Kak minat gak cendol durian.. tapi prefer yang ada seketul or dua ketul durian.. Tapi kalau kebetulan ada kat situ.. boleh la cuba kan..

razzwey razz said...

Itulah impian tu nak jugak ada seketul dua durian kan? Tapi harganya lepas tu jangan cakaplah kompem mahal melangit... Hahahahah

Mohaz Sue said...

Satu kelainan ni.. biasanya cendol durian ada seulas dua durian "posing" atas tu kan.. tapi kalau masih ada rasa durian tu still ok la.. lagi mudah nak makan. Tinggal cedok masuk mulut je.

mas saari said...

Sedapnya cendol durian, nanti kalau jejak kaki ke KL kita try makan cendol kat sini.

razzwey razz said...

Nak jugak merasa cendol durian yang ada seketul dua kat atas, tapi harga dia bikin nangis lah... Hahahaha

razzwey razz said...

Jom jom

Nik Khazami Nik aziz said...

cendol biasa ade tak?

Sue Izza said...

pi la try go lakal cendol dalam suria mall kat dorseet putrajaya tu,agak kaw ada isi durian hehehhehe

Mohd Faizal said...

https://www.facebook.com/bestsaidcendol/
Mai perkena cendol durian disini pulak...rujuk fan page fb

Mohd Faizal said...

https://www.facebook.com/bestsaidcendol/
Mai perkena cendol durian kat sini pulak

Mohd Faizal said...

https://www.facebook.com/bestsaidcendol/