Cosmoderm

Saturday, January 6, 2018

Lepas Gian Di Kaw Kaw Burger

Assalamualaikum semua,

Maaf lah ye asyik entri makan je awal-awal tahun ni, alaaaa biarlah, lama tak buat food review kan? Kira balas dendam lah ni, hahahaha.

Haaa, kat mana lagi kita nak makan kali ni? Sebenarnya rz dah beberapa kali mengarang entri mengenai francais tempatan ini, nampak tak maksudnya di situ? Maknanya betul-betul sedap lahhhh, tak cukup satu atau dua entri, kena banyak-banyak, hahaha. Kali ini rz ke...


Yaaaa, rz ke Kaw Kaw Burger, biasanya rz ke Kaw'D di Ampang, tapi kali ini rz ke Kaw Kaw Burger Cawangan Sunway Putra Mall. Lagi pun bila tengah demam ni, tak larat nak travel jauh, dekat-dekat sudehhh hahahaha.

Kalau korang selalu pergi Sunway Putra Mall atau dulu dikenali sebagai The Mall atau Yaohan, hahaha. Korang mesti taulah lokasi tempat makan mall ni, walaupun bila korang masuk je Sunway Putra Mall, restoran bersepah hahahaha. Ground floor ada, tingkat 1 ada, tingkat 2 ada, tingkat 3 ada, hinggalah ke tingkat 4. Takyah risau pasal tak cukup tempat makan, tapi kalau tanya rz, Kaw Kaw Burger akan jadi pilihan, hahaha.


APA YANG RZ MAKAN?

CHEESY FRIES

Rz order Cheesy Fries dulu, sementara nak menunggu Burger sampai, kira ini macam appetizers gitu, hahaha. Mana fries? Tak nampak kan? Tak kedekut cheese langsung, i like!!! 

BURGER PERMAISURI


Burger Permaisuri ni adalah signature burger di Kaw Kaw Burger. Pilihan jenis ayam korang boleh pilih samada nak ayam tu digoreng atau bakar(grilled). Tapi takkan lah set ni cuma burger saja kan? Mestilah didatangkan bersama kentang goreng(home made) dan air (ice lemon tea, 100 plus & Coke). Sebenarnya boleh je kalau nak order ala carté pun.


SEDAP KE TAK?

Rasanya tak pernah berubah sejak kali pertama rz makan 3-4 tahun lalu. Sememangnya Kaw kaw Burger mementingkan kualiti di setiap hidangan, tahniah pada founder Kaw Kaw Burger, Faizul & Haznita yang rz kenali semasa penggambaran Kitarasa tahun 2013. Bayangkan bisnes mereka bermula dari gerai tepi jalan saja di Wangsa Maju, hingga kini Kaw Kaw Burger dah melebarkan empayarnya sehingga ke Singapura dah. Tumpang bangga atas kejayaan anak Malaysia dalam perniagaan f&b.


Rating: 
Rasa: 5/5
Kebersihan: 5/5
Layanan staff: 5/5
Extra: Ada hiburan pakcik busker (hehehe)

10 comments:

azlina ina said...

jarang jumpa restoran yang mengekalkan kualiti rasa.. keep it up Kaw kaw Burger.. Kalo ina tersesat ke arah sana nnt,bole terus singgah.Tq ya Rz sharing mengenai port makan sedap.

Que Achmad said...

menarik, melelehhhhhhhh cheese fries tu

razzwey razz said...

Yup yup, setiap kali makan tu rasa macam first time pulak...

razzwey razz said...

Sedap! Sedap!

mas saari said...

Perghhh terliur tengok. Kalau kualiti kekal setimpal dengan harga memang baguslah.

razzwey razz said...

Berbaloi kita nak bayar dengan kualiti makanan 1st class...

Bebelan Cik Min said...

bestnya rajiiii..nakkk

razzwey razz said...

Nanti ai dah elok demam kita gi ramai2, hohoho

Radhia Razali said...

mak ai chessy fries tue..pemurah giler dengan cheese

izwan said...

ah lama tak pergi Sunway Putra Mall. Boleh try lah nanti. Selalu pergi Teh Tarik Place aje.