Cosmoderm

Thursday, January 4, 2018

Pertama kali makan di K Fry Urban Korean

Assalamualaikum semua,

Kembali lagi dengan entri makan, hahaha. Itu lah kerja nya, asyik makan je. Kita raikan tahun baru dengan makan, sekurang-kurangnya takdelah melepak tunggu bunga api kebabom sambil berhimpit-himpit kan? Jadi baik kita makan, perut kenyang, hati senang, hahahaa.

Kat mana rz makan kali ini? Rz pun baru tau tempat ni, kawan rz yang ajak. Kalau tak memang tak tau dan tak pergi lah gamaknya. Rz datang pun tanpa apa-apa expectations, tak tau nak makan apa, sebab rz jarang makan makanan Korea. Jadi rz serahkan pada kawan untuk pilih, hahaha. Dengan harapan, 

"Kalau sedap kita makan sama-sama, 
kalau tak sedap kau habiskan sendiri!"

hahahahaa.

Haaaa, alang-alang dah tersebut makanan Korea, sebenarnya rz ke...

Kfry Urban korean

K Fry Urban Korean yang rz pergi terletak di ioi City Mall, Putrajaya. Lokasinya betul-betul terletak di East Entrance, dari luar boleh nampak. Kalau korang tau kat mana ada figura robot yang terkeluar dari bangunan tu, haaaa kat bawah tu je K  Fry Urban Korean.

Kfry Urban korean

Rz sampai sana pun lewat sebenarnya, dah dekat 8:30 malam, jadi kena beratur. Rz pun baru tau yang korang boleh buat tempahan melalui panggilan telefon atau pm terus ke fb mereka. Tapi takpe, ini pengalaman, siapa suruh datang lambat, hahaha. Sementara beratur tu, dapatlah menu boleh la nak fikir-fikir nak makan apa. Jimat masa, kang dah dapat meja, boleh terus order tak payah lagi nak baca-baca menu, bijak kan? hahaha...

rz tak sempat nak ambil gambar suasana restoran, dek kerana rushing. Next time rz datang baru ambil gambar yang elok sikit, hahaha. Ada indoor dan outdoor boleh pilih nak makan kat mana. Kitorang ambil meja kat luar sebab berangin sikit, (sebenarnya bahagian dalam dah penuh). Nak tau apa yang kitorang order?

1. GARLIC SOYA WINGS
Kfry Urban korean

2. K'FRY SPICY YANGYEOM WINGS
Kfry Urban korean

3. KIMGARU BOKKUEMBAP
Kfry Urban korean

Harapnya apa yang kitorang order adalah sama seperti dalam menu, hahaha. Hasilnya ialah...

Kfry Urban korean

Kfry Urban korean

Kfry Urban korean

Ok, memang sebiji macam dalam menu, puas hati. Rasanya macam mana pula?

Kfry Urban korean
sampai hati ambil gambar aku nampak gemuk!

GARLIC SOYA WINGS

Ini menu yang rz nak highlight, memang sedap gile. Rasanya macam lagi sedap dari jenama ayam goreng yang lagi satu tu (faham-faham sendirilah). Crunchy tu memang lah, tapi dia ada aroma 'X' tu, rasa macam tak cukup nak makan, hahaha.

K'FRY SPICY YANGYEOM WINGS

Siapa kaki makan pedas, kena try yang ni. Kalau korang suka makan Spicy Ramen tu, maknanya korang boleh tahan pedas yang ni. Rz tak tahan pedas tapi tetap addicted nak makan juga, kena pakai sarung tangan plastik, nanti tergaru muka kang padan muka! hahaha.

KIMGARU BOKKUEMBAP

Jangan risau korang takkan tergaru-garu bila makan ini, hahaha. Rz baru tau nak makan Kimgaru Bokkuembap ni kena gaul semua sekali dan baru suap dalam mulut, hahaha. Rasanya unik tapi sedap, dan ada ayam goreng atas tu, itu pun crunchy jugak!

Rasanya kena repeat lagi ni. Siapa nak ikut? Hahaha...

By the way, awal tadi rz ada cakap ni kan?


"Kalau sedap kita makan sama-sama, 


kalau tak sedap kau habiskan sendiri!"

Akhirnya kitorang berdua berebut nak habiskan ayam-ayam tu semua, hahahaha.

facebook

website

Instagram

Reservations
Reservations @ IOI City Mall Putrajaya – Pls call us @ +603 8957 8126 

17 comments:

Farahin Esa said...

Whuaaaa... semua mcm sedap.... Nak try makan lepas ni... Bile entah la ~ Sobsss

YB Shehan said...

nak ikut klu raji belanja. hehehehe

Hanaeyo said...

Tengok RZ makan pun dah buat org terliur. Kfry ni memang kalau lambat sikit memang kena beratur, lambat pun lambat janji sedap..

TATI MANSUR - WIFE SOSAB MAMA SAZSO said...

Kak Ti baru sekali try makanan Korea.. Surprisingly boleh layan la pulak.. Nanti bolehla ajak geng2 kak ti mkn sini pulak..

razzwey razz said...

Meh turun putrajaya, kita makan ramai2...

razzwey razz said...

Ai belanja yu air suam, hahaha

razzwey razz said...

Itulah, first time datang. Tak tau sampai kena beratur, hahaha... Next time nak booking dulu, hahaha

Izyan Balqis said...

teringin nak try k fry ni. nanti nak try laa

Mama Kembar Tiga said...

Kimgaru bokku tu apa eh? Rasa camna?

azlina ina said...

mmmm...dapnyeee. kepak ayam yg seksi. Tak pernah lg makan ni

razzwey razz said...

Jom jom, sedap gak

razzwey razz said...

Sedap, ada rasa masin sebab nasi tu goreng dengan rumpai laut, pastu telur tu masih 60% masak, gaul habis, lepas tu makaaaannn... Yummehhhh

razzwey razz said...

Jom, kang nanti dah pantang kena cuti makan semua tu... Hahahaha

notorious_kill-joy said...

Sedap kannnnn. X nyesal kan ikut pilihan aku. Hahahahhahaha. Nnt aku ajk ko mkn mknn korea lagi

razzwey razz said...

Nak repeat lagi, nak amik gambo lawa2 sket... Hahahaha

Bebelan Cik Min said...

OMG!!! sedapnya..adoii terliur tau

razzwey razz said...

Semua sedap, pandai kawan ai order... Hahahahah