Cosmoderm

Sunday, January 7, 2018

Reviu Filem | Insidious: The Last Key

Assalamualaikum semua,

Ok, kali ni bukan entri makan dah, hahaha. Tapi tak bermakna korang boleh duduk tenang sebab entri ini merupakan reviu filem seram, baru je tayang beberapa hari lepas. 

INSIDIOUS: THE LAST KEY


Rasanya kalau ikut tajuk, mungkin episod terakhir kot untuk filem Insidious ni. Haaaa alang-alang nak bagitau ni, ada yang ingat semua filem yang bersiri-siri ni dipanggil trilogi. Sah-sah 'tri' tu merujuk kepada TIGA, so janganlah bila ada filem yang ada 4 siri macam Insidious, atau Fast n Furios yang dah ada 8 siri tu dipanggil trilogi juga, hahahaha. Jadi adakah filem yang ada 4 siri ni kita akan sebut sebagai tetralogi? Quadrilogi? Nantilah kita google, hahaha.

Tak mau cakap banyak, korang layan dulu trailer.


SINOPSIS (Malas nak terjemah, hahaha)

Brilliant parapsychologist Elise Rainier receives a disturbing phone call from a man who claims that his house is haunted. Even more disturbing is the address -- 413 Apple Tree Lane in Five Keys, N.M. -- the home where Elise grew up as a child. Accompanied by her two investigative partners, Rainier travels to Five Keys to confront and destroy her greatest fear -- the demon that she accidentally set free years earlier.

ULASAN

Tak dinafikan filem-filem dari James wan, jarang mengecewakan. Tak cukup dengan jump scares yang boleh buat satu row bergegar, ada komedi dan cinta (tapi tak keterlaluan), selebihnya 95% wayang ini betul-betul seram, hahaha. (Dasar penakut!).

Ada banyak adegan yang buat rz terjerit dengan suara kepit ala-ala 

"cepat! Cepat! Jangan lambat lambat!" 

hahahaha. Mujur rz bukan jenis melatah dalam panggung, kalau tak habis semua penonton rz lahar sorang-sorang, hahaha. Ini antaranya...




Tapi, korang perasan tak semua scene seram yang rz kongsikan ni, hantu dia semua datang dari belakang, hahahaha. Mungkin kalau datang dari belakang lebih seram kot, ye lah tak nampak kan? Sedangkan orang tepuk bahu dari belakang pun korang boleh terkejut lalu melatah sambil menari zapin. (Jauh dah menyimpang ni...)

Filem ni ada part yang kita dah boleh jangka, tapi lagi banyak dia bagi twist sampai buat rz keliru sikit, mungkin rz kena marathon Insidious 1 hingga 3 semula baru dapat gambaran penuh kot, tapi takdelah keliru sampai tak faham langsung. Boleh je faham, tapi rz kan jenis pelupa, hahaha.

Keseluruhan filem ini pada rz, menghiburkan. Dan tak sabar pula nak tunggu filem James wan yang seterusnya (kalau ada lah) The Conjuring! 

Rating: 7.5/10


4 comments:

mas saari said...

Alaaaa nak tengok jugak! Ai suka bab hantu dari belakang tu, nanti mesti ai jerit tak ingat dunia. Hahahaaa!

Minionlicious Enterprise said...

nak gi tengok la..kak min mmg suka cte seram

razzwey razz said...

Tengok jangan tak tengok...

Radhia Razali said...

dah tak boleh layan movie seram ni..takut terbayang2 especially bila kena tinggal sorang2 dlm rumah