Cosmoderm

Tuesday, January 9, 2018

The Greatest Showman Buat Aku Menangis Akhirnya

Assalamualaikum semua,

Berturut pula entri reviu filem kan? Alaaa, apa salahnya, lagipun dah lama tak reviu filem kan? Gitu...

Sebenarnya rz berbelah bagi samada nak tonton filem Pitch Perfect 3 atau pun filem The Greatest Showman. Oleh kerana rz peminat setia Hugh Jackman, i have to disappoint u bellas, hehehe... Ala, nanti ada masa rz tengok la PP3, bukanlah tak nak tengok langsung.


Ada ramai nama-nama besar Hollywood dalam filem The Greatest Showman, yang pertama dah tentulah Hugh Jackman, Zac Efron, Michelle Williams, Zendaya, Rebecca Ferguson dan ramai lagi, semuanya hebat-hebat wooo.


Apapun korang layan trailer dulu lah...


SINOPSIS

Inspired by the imagination of P.T. Barnum, The Greatest Showman is an original musical that celebrates the birth of show business & tells of a visionary who rose from nothing to create a spectacle that became a worldwide sensation.

ULASAN

Sebagai penggemar muzik, The Greatest Showman bukan sahaja mempersembahkan muzik yang bagus, tetapi emosi, mesej-mesej yang sangat bermakna yang disusun atur dengan amat cantik sekali, sehingga rz tidak ada peluang untuk merasa bosan sedikit pun. 

Karakter yang pelbagai dari setiap watak yang merasai pengalaman hidup yang sama: dipinggirkan hanya kerana 'keunikan' mereka tidak ada pada insan yang lain. Bak lirik lagu This Is Me:

"I am not a stranger to the dark
Hide away, they say
'Cause we don't want your broken parts
I've learned to be ashamed of all my scars
Run away, they say
No one'll love you as you are"

Sebut pasal lagu This Is Me dalam The Greatest Showman, dinyanyikan oleh Keala Settle yang juga merupakan watak penting dalam filem ini, Lettie Lutz: penyanyi wanita berjambang. Lagu ini juga telah memenangi Best Original Song in Motion Picture di Golden Globe Awards ke-75. Semasa lagu ini dinyanyikan, tanpa segan silu rz menangis semahu-mahunya. Sebenarnya ada banyak part yang rz nangis, tapi biarlah korang tonton sendiri.


Sebenarnya rz dah lama menantikan Hugh Jackman berlakon dalam filem muzikal, setelah kejayaan filem Les Misérables di mana beliau membawakan watak sebagai Jean Valjean. Ramai yang tak tau yang Hugh memulakan kerjayanya di pentas broadway terlebih dahulu sebelum ke layar perak, maka The Greatest Showman adalah filem yang cukup sempurna untuk beliau terajui.


Zac Efron juga tidak mengecewakan, yelah dulu kan Zac berlakon di HSM, hehehe. Zendaya kelihatan sangat serasi dengan Zac, lagu Rewrite The Stars juga sangat best woiiii!!!


KENAPA KORANG KENA TONTON THE GREATEST SHOWMAN

1. Semua lagu-lagu dalam TGS adalah lagu original, dan semua sedap gila!!!

2. Hugh Jackman menari, menyanyi kot?!

3. Koreografi persembahan yang memukau!

4. Pengajaran yang dipersembahkan sangat relevan pada hari ini.

5. Korang akan gelak, geram, marah, semangat, menangis dan termotivasi dalam filem ini. (seriusss!!)

6. SEBAB WAYANG NI MEMANG BEST!!!

Rating: 10/10

6 comments:

qaseh dalia said...

Bila nak belnja ai wayang :p sebab dah lama xleh tengok wayang lari dari topik kahkah

mas saari said...

Alaaa ai pun minat dia, kena tengok jugak ni bila kata 10/10 tu.

razzwey razz said...

Kak mas kena tengok, kompem bikin nangis punya...

razzwey razz said...

Ai mampu belanja diri sendiri jer... Huhuhunu

Noriza Abdul Rahman said...

Hugh Jackman memang terbaik lah

Radhia Razali said...

kena tengok movie ni..sebab best kan