Assalamualaikum semua,
Baru-baru ni rz dan rakan-rakan Kelab Blogger Ben Ashaari ke Program Komuniti Digital NGO Negaraku di mana Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) menyediakan 30 ribu kad NGO Negaraku untuk mula diedarkan secara percuma kepada NGO dan Koperasi berdaftar.
Sebagai permulaan, 50 NGO hadir untuk menyertai Program Komuniti Digital NGO Negaraku di Dewan Perdana Felda.,
Program Komuniti Digital NGO Negaraku turut memperkenalkan Mobile App NGO Negaraku yang hanya boleh diakses oleh pemegang kad NGO Negaraku untuk menikmati tawaran pembelian barangan terpilih dengan harga terbaik. Mobile App ini mempunyai kepelbagaian aplikasi yang bersesuaianuntuk digunakan oleh NGO dan ahli-ahli termasuklah aplikasi pengumpulan derma dan sumbangan secara digital untuk tujuan membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar.
Mobile App NGO Negaraku dibangunkan bagi membentuk kerjasama antara NGO-NGO khususnya dalam aktiviti sosial dan ekonomi melalui jalinan usahama dan penawaran berkelompok.
Konsep Komuniti Digital NGO Negaraku
- Membentuk sebuah Platform bagi menggabungkan kerjasama diantara NGO-NGO termasuk Koperasi di dalam aktiviti sosial dan ekonomi melalui Jaminan Usahasama dan penawaran berkelompok.
- NGO serta ahli-ahli bekerjasama dah membentuk gabungan kumpulan yang kukuh dan berkesan dengan manfaat e-platform & Fin-tech , bermatlamat untuk menghubungkan Kerajaan dan NGO di atas platform digital.
"Mobile app ini dibangunkan untuk memupuk perpaduan Masyarakat khususnya di kalangan ahli-ahli NGO dan Koperasi. Program Komuniti Digital NGO Negaraku diurus secara sosial enterprise bagi memastikan setiap peserta dapat menikmati manfaat yang berganda.
- Dr Mohd Zamri Noordin (Pengasas KSP)"
"Penyampaian mesej sepenuhnya program ini turut dipaparkan melalui reka bentuk Kad NGO Negaraku yang secara umumnya membawa ke arah pembentukan masyarakat yang bersatu padu.
- Dr Nur Hadi (Ketua Program Komuniti Digital NGO Negaraku)"
Untuk maklumat lanjut mengenai program Kad Prabayar Negaraku, sila layari :
Maklumat mengenai kelab Sahabat Persaudaraan :
https://www.facebook.com/Kelab-Sahabat-Persaudaraan – 973121466155691/
No comments:
Post a Comment