Assalamualaikum semua,
Semua orang menginginkan kulit wajah yang sihat dan flawless, tidak terkecuali diriku ini hehehe. Kawan-kawan ada yang cakap;
"Kulit kau dah flawless kot? Tak payah lah buat apa-apa lagi!"
Tengok dari jauh ye la kot nampak macam 'OK' tapi rz yang selalu tengok cermin muka ni memang ketara sungguh kelihatan kulit tak bermaya, pori-pori jelas, berminyak, banyak lagi lah, hahaha. Maka bersempena dengan hari ulang tahun kelahiran rz baru-baru ini, terasa macam nak reward diri pula di;
KLINIK PREMIER
Rz ke Klinik Premier Cawangan Bangsar, senang je nak cari, hehehe. Jom kita tengok-tengok dulu suasana di sini, hehehe...
Kaunter Hadapan
Ruang Menunggu
Ruang Menunggu
Bilik-Bilik Rawatan
Selesai kita buat pendaftaran, rz berjumpa dengan Dr Jaswine Chew untuk sesi konsultansi untuk menentukan jenis rawatan yang bersesuaian dengan kondisi kulit wajah, ye la kita ingat kulit kita begini, tapi pakar akan nampak kulit kita begini. Haaaa, masa ini lah kita nak tau apa masalah sebenar kulit wajah kita, berbeza dari apa yang kita sangkakan.
Apa yang rz nampak:
- Kulit Berminyak
- Pori-Pori jelas
- parut jerawat/chicken pox
Apa yang Dr Jaswine nampak:
- Kulit kusam(dull)
- Tekstur kulit pipi dan dahi tidak sekata
- Kulit Kering
Selepas sesi konsultansi bersama Dr Jaswine, rz disarankan untuk menjalani rawatan CHEMICAL PEEL dan sebagai extra (Hadiah Hari Lahir) Dr akan buat Terapi LED. Thank you Dr Jaswine, hehehe.
Rawatan Chemical Peel bertujuan untuk menggantikan lapisan kulit paling atas dengan lapisan yang baru, kerana lapisan tersebut memiliki tekstur yang tak sekata, tona yang kusam dalam erti kata lain, rawatan ini adalah untuk menjadikan kulit wajah rz lebih glowing gitu, hehehe.
Ini adalah chemical yang digunakan ke atas wajah rz, jangan risau ianya selamat. Tak lama pun disapukan pada wajah, selepas 5 minit muka rz dibersihkan semula. Semasa menunggu 5 minit tu, wajah rz dianginkan bagi mengurangkan rasa 'tingling', tapi sebenarnya boleh tahan je, (berlagaknya! hahaha).
Selesai Chemical Peel, kita terus ke rawatan seterusnya pula, LED Therapy. Rawatan ini bertujuan untuk mengembalikan keremajaan kulit, menegangkan kulit, mengurangkan garis-garis halus pada kulit, hehehe. Sesi ni tak lama, 15 minit je.
Selesai kedua-dua rawatan ini, perkara pertama sekali yang rz rasakan ialah kulit muka terasa tegang, haaaa rasa macam dah cantik dah! Hahahaa. Kesan rawatan Chemical Peel akan mula kelihatan bermula hari ketiga hingga ke seminggu, lepas tu confirm CANTIK! ^_^
Terima kasih Dr Jaswine Chew yang comel dan staff Klinik Premier Bangsar yang sangat peramah dan banyak membantu, ada rezeki rz akan datang lagi.
website
Facebook
Instagram
Ada yang berminat dengan rawatan yang rz cuba atau ingin mengetahui jenis-jenis rawatan yang ditawarkan di Klinik Premier, boleh ke cawangan-cawangan seperti di bawah;
1. Taman Tun Dr Ismail (TTDI) branch
TTDI Address: 31 Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 WP Kuala Lumpur.Clinic hours : Monday 10am – 3pm. Tuesday – Saturday, 10am – 7pm
Closed: Sunday / Public Holiday
Enquiry/ Appointment Booking Phone No.: +60-12-662 5453 (contactable daily from 8am – 10pm)
TTDI Branch Phone No.: +60-3-7732 5552
Email: contactus@premier-clinic.com
2. Bangsar Branch
Bangsar Address: 40, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100 WP Kuala Lumpur.Clinic hours : Monday, 2 – 7pm. Tuesday – Saturday, 10am – 7pm.
Closed: Sunday / Public Holiday.
Enquiry/ Appointment Booking Phone No.: +60-12-662 4278 (contactable daily from 8am – 10pm)
Bangsar Branch Phone No.: +60-3-2282 2263
Email: contactus@premier-clinic.com
3. Puchong Branch
Puchong Address: G-15, IOI Boulevard, Jalan Kenari 4, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor (same row as RHB Bank and Papparich Restaurant).
Clinic hours : Monday, 2 – 7pm. Tuesday – Saturday, 10am – 7pm.
Clinic hours : Monday, 2 – 7pm. Tuesday – Saturday, 10am – 7pm.
Closed: Sunday / Public Holiday.
Enquiry/ Appointment Booking Phone No.: +60-16-706 0101 (contactable daily from 8am – 10pm)
Puchong Branch Phone No.: +60-3-8080 3828
Email: contactus@premier-clinic.com
4. KL City Branch
KL City Address: A-0-8, Megan Avenue 1, 189 Jalan Tun Razak, 50400 KL (same row as 7-Eleven and opposite Maju Cemerlang).Clinic hours : Monday to Sunday 10am – 7pm
Closed: Public Holiday.
Enquiry/ Appointment Booking Phone No.:+60-12-662 5552KL City Branch Phone No.: +6018-871 9939
Email: contactus@premier-clinic.com
Email: contactus@premier-clinic.com
2 comments:
Wahhh bestnya, makin Korea lah muka lepas ni.
wahh! felolesnya kulit awak..
Post a Comment