Cosmoderm

Wednesday, May 2, 2018

MEGA BONANZA 2018 Agrofarmstay Melaka kembali lagi!

Assalamualaikum semua, 


Agrofarmstay Melaka tahun ini sekali lagi mengadakan Mega Bonanza yang sangat menjimatkan pelanggan mereka. Berita baik untuk yang ingin mengadakan Hari Keluarga atau Family Day sesama ahli keluarga atau syarikat tempat kerja, atau pun reunion bersama rakan-rakan.

Jimat sekurang-kurangnya RM1,000. WOW. Penjimatan bermula dari RM1,000 sehinggan RM3,900. Banyak tu. Nak tahu apa pakej yang ditawarkan? 

Tawaran kali ini adalah untuk pakej family day. Konsep pakej kali ini adalah tempah dulu dan tarikh family day boleh tetapkan kemudian. Sebab pihak agrofarmstay tahu nak organize family day ni susah. Nak dapatkan persetujuan semua ahli keluarga akan memakan masa. Oleh kerana tempoh promosi ni terhad, jadi boleh membuat tempahan dulu dan bagitahu tarikh family day kemudian. Boleh pilih tarikh dari sekarang sehingga tahun depan 31 Mei 2019. Banyak masa tu. Sekarang tak ada alasan susah nak organize family day dah ye.

Promosi ini bermula dari 25 April 2018 sehingga 13 Mei 2018 sahaja ye, boleh booking dulu dan tarikh event/family day bagitahu kemudian.

Kandungan Pakej Mega Bonanza 2018.

Pakej ini adalah penginapan 2 hari 1 malam untuk 20 orang. Kalau lebih dari 20 orang, boleh tambah bayaran mengikut pax selebihnya. 


Makanan di sediakan sepanjang penginapan yang terdiri daripada makan tenghari, makan malam BBQ dan sarapan pagi. Pihak Agrofarmstay juga menyediakan sukaneka sebanyak 5 game bersama jurulatih. 


Tak lupa juga untuk kaki karaoke boleh cuba berkaraoke disini. Bagi yang lebih suka aktiviti air, boleh cuba berkayak atau memancing, cuma perlu bawa joran sendiri. 


Di sini ada pelbagai haiwan seperti ayam, arnab, burung, kambing dan kuda. Boleh cuba bagi makan kat haiwan tersebut. Bagi kanak-kanak, pihak Agrofarmstay mengadakan pertandingan mewarna. Boleh tengok bakat mereka nanti. Tak lupa juga hamper bagi sukaneka dan peraduan mewarna. Akhir sekali kami akan sediakan banner family day dengan nama family masing-masing. Wah. Banyak kan aktiviti. 

Harga yang di tawarkan.

Harga asal tanpa promosi untuk 20pax ialah RM3,780 (RM189 per pax).

Harga promosi pakej 2 hari 1 malam utk 20pax ialah RM2,780. 

Harga jatuh dalam RM139 per pax sahaja. 

Bagi tambahan yang melebihi 20pax, dewasa RM139 dan kanak-kanak RM99 sahaja. Maximum 78pax. 

Sangat-sangat murah. Dijamin berbaloi. Untuk tempahan, sila layari laman web kami di:

Web


Whatsapp / SMS / Call:
012 – 211 8246 / 016 – 209 8623 / 012 – 202 5647
Office:
06 – 232 2761

Tuesday, May 1, 2018

Percutian Singkat Di Swiss Garden Beach Resort, Kuantan

Assalamualaikum semua,

Ya Ampun, lama betul tak update entri blog, terlalu sibuk sejak dah bertukar unit baru kat pejabat sekarang ni, macam takde life dah, hahaha. Laptop pun rosak, jadi kita ni terpaksa lah mengarang entri kat telefon dulu, nak beli sendiri kita tak mampu nak oiii! (ada yang sudi jadi funder rz tak? hahaha)

Since dah lama tak berpeluang bercuti ni, rz mengambil hujung minggu yang free sebagai persiapan mental untuk kesibukan bertalu-talu yang akan mendatang, hahaha. Ye lah kita ni manusia, bukan robot, perlu ada masa rehat juga. Dalam situasi rz ni, yang amat diperlukan adalah...

VITAMIN SEA 

Vitamin yang rz maksudkan tu bukanlah bermaksud rz kekurangan zat, atau tak sihat ye? hahaha. Dah eja pun SEA a.k.a LAUT, maknanya rz perlukan percutian berdekatan pantai/laut. Tapi tak nak lah pergi Pantai Dalam, nanti kena hempap perabot dari langit, eehhh... Rz perlukan air laut hahaha, atau air dari kolam renang pun boleh, kikikiii...


Sebenarnya rz suka ke negeri-negeri di kawasan Pantai Timur, sebab matahari terbit dari arah sana, gitu! Takkan lah sebab matahari terbit je, mestilah banyak sebab lagi, ishh korang ni pun, hahaha. Antara yang rz kerap pergi adalah kat Kuantan, Pahang. Sebabnya rz ada keluarga angkat di sana, jadi sambil bercuti tu kita ziarah lah juga, lama tak jumpa kan.


Kalau ikutkan rz boleh je menginap di rumah mereka, tapi sebab tujuan utama adalah untuk mendapatkan "Vitamin Laut" kan? (konon)! Jadi Rz memilih untuk menginap di Swiss Garden Beach Resort, Kuantan. Tapi seperti biasalah, rz tak pergi sendiri, kita bukan ada kereta pun, hahaha. Mestilah rz ajak kawan ikut sama, orang kata the more the merrier kan?

BEST TAK SWISS GARDEN BEACH RESORT?

Rasa-rasa kalau tengok gambar-gambar bawah ni, best ke tak? Meh rz belanja gambar sekitar resort. By the way you can save on swiss garden beach resort kuantan. Kalau duduk saja di resort ni pun takpe, tak perlu keluar pun sebenarnya sebab di sini ada banyak kemudahan yang disediakan.



  
Rz pun tak sempat nak cuba kemudahan lain kat sini, macam gym, sauna dan banyak lagi lah. Tapi bilik cukup selesa, parking percuma, kemudahan wifi juga ada, front desk 24 jam dan kawalan keselamatan 24 jam. Ikutkan macam tak nak balik KL dah, hahaha. Rasanya kena repeat lagi duduk sini lama sikit, baru boleh cuba semua kemudahan kat sini, menginap 2 malam macam tak cukup pula rasanya, hahaha.




Rz takde banyak sangat beraktiviti masa duduk kat sini, tapi adalah sikit-sikit macam errr, tidur, makan, mandi kolam renang, mandi laut, main pasir tepi pantai, hahaha. Alaah kita nak percutian yang bebas stress gitu, hahaha. Tapi kalau ikutkan aktiviti kitorang lebih kepada makan dan mandi laut, hahaha. Masa nilah kita nak buat photoshoot pun, hahaha.



Bercakap pasal makan, korang boleh la pilih nak makan kat resort atau kat luar. Ehhh, halooo, Kuantan banyak makanan sedap-sedap tau? Tinggal korang nak cari je, pasal harga memang murah! Keluar sikit dari kawasan resort ada je banyak kedai-kedai makan, sedap wooo. Bab makan, kalau lajak sikit boleh pergi kemaman makan keropok lekor & satar, undur sikit kita lepak Sungai Lembing, haaaa gitu. Nak aktiviti in door? kita pergi Bandar Kuantan jalan-jalan kat shopping mall, tak gitu hahahaa. 


Sebenarnya banyak je lagi aktiviti lain yang berdekatan dengan resort ni kalau korang nak pergi, seperti;

Santuari Penyu di Cherating.

Visit the sanctuary by the Chendor Beach during the night and await the alerts when the turtles come up shore to lay eggs. Educate yourself as well as it is also an information centre about turtle reservations.

Natural Batik Village


Experience firsthand batik painting, be hands on and you may bring home your own creative artwork. With the wide selection of souvenirs available at the shop, you will definitely return home hands full.



River Cruise (Minimum 02 persons)


Enjoy the picturesque landscape of a 500-year old mangrove forest reserve that spreads along the Kuantan River as you hop on the river cruise that brings to the fishing village, swamp area, the 250-metre wooden walkway at the mangrove forest and the Medan Ferry.



Hanging Bridge


Walk across the hanging bridge overlooking the tranquillity of Sungai Rimau and proceed with sightseeing tour across Kolong Pahat, a physical peculiarity of heritage living. The tour then heads off to embracing the nature further with river-trekking along Sungai Rimau.



Sungai Lembing


Driving through the rustic town of Sungai Lembing is as though returning to the authentic bygone days. The charm of the town is forged by its historical element of the British Colonial invasion back in 1906.



Serius sebenarnya rasa macam tak nak cuti ni berakhir, kan best kalau 'hujung minggu' tu lebih panjang, hahaha. Nak baring lama-lama kat katil resort, nak mandi laut puas-puas, nak makan seafood puas-puas, nak berendam dalam kolam renang sampai kecut, hahaha.

By the way, agak lepas ni kalau korang tiba-tiba tergoda dek percutian rz ni kat Swiss Garden ni, jangan tangguh-tangguh! Pack your bags and goooo!!! Rz dah tentu akan kembali ke sini lagi next time, nanti kita tengok balik kalendar ye.

Bye semua...