Cosmoderm

Thursday, June 28, 2018

Dashing 2 in 1 Face And Body Wash | Wajib Dimiliki Jejaka Masa Kini

Assalamualaikum semua,

Dalam kehidupan dunia yang semakin mencabar  jejaka sentiasa berikhtiar  untuk memudahkan urusan agar dapat menikmat kehidupan sepenuh termasuk dalam rutin penjagaan harian. Dengan pelbagai  produk mandian di pasaran, pilihan  semakin sukar. Jangan risau! Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan terbaru untuk si jejaka dengan formulasi yang  direka khas untuk membersihkan muka dan badan sekali gus! 

Dashing 2 in 1 Face And Body Wash


Amalan rutin kebersihan harian dapat mengekalkan kebersihan dan meningkatkan keyakinan diri. Produk mandian yang unggul  dapat menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin. Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi.

Kaum lelaki moden zaman sekarang mengambil berat tentang penjagaan diri. Membersihkan muka dan badan sebelum menghadapi hari yang mencabar dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak muka yang berlebihan. Manakala membersihkan wajah dan badan pada waktu malam pula akan menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat daripada pencemaran, kelembapan dan habuk.

Dashing 2 in 1 Face And Body Wash


Oleh itu, untuk menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih mudah dan berkesan, DASHING melancarkan produk paling sesuai iaitu,  buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan. Pembersih wajah dan badan ini tersedia (hadir) dalam pek pam bersaiz 700-gram. Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki (si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam  dari  muka hingga ke tapak kaki agar anda kelihatan bersih dan segar sepanjang hari.

Dashing 2 in 1 Face And Body Wash

Dashing 2 in 1 Face And Body Wash


DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi  dengan pewangi  DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.

COOL- Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.


ACTIVE- Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak  dan  menikmati kehidupan aktif.
Haruman ini adalah gabungan nuansa FougĂ©re dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa. 

ULTIMATE KICK- Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.

HATTRICK- Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara  semangat dan keghairahan untuk mencapai  impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta  dengan  haruman Amber.   

Variasi Cool dan Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan  mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar.

Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi  sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan.

Dashing 2 in 1 Face And Body Wash


Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml. Buih mandian ini mempunyai harga yang sangat berpatutan dan berbaloi kerana memberikan anda manfaat 2 dalam 1 pada kulit dan tubuh badan.  

Sunday, June 10, 2018

Freeport A'Famosa Outlet, Melaka | Lokasi Pilihan Membeli-belah Sempena Hari Raya

Assalamualaikum semua,

Dah nak raya ni, macam mana persiapan membeli belah sempena Aidilfitri korang, ok tak? Korang pernah terfikir nak membuat kelainan sikit untuk raya tahun ni? Kita tukar lokasi membeli-belah pula, takkan tiap tahun nak pergi ke 'situ' je kan? Sekali sekala tukar angin apa salahnya, ngeee...

Tahun ni rz dan rakan-rakan blogger pergi ke Freeport A'Famosa Outlet, Melaka. Sebenarnya takde lah jauh sangat pun, perjalanan pun cuma mengambil masa lebih kurang Sejam setengah je dari Putrajaya dan dekat juga dengan Alor Gajah dan Tampin.


Shopping raya di Freeport A'Famosa Outlet

Sebut pasal Freeport A'Famosa Outlet ni, rz selalu sangat dengar dari rakan-rakan, katanya membeli belah di sana memang rambang mata. Jenama pula bukan biasa-biasa, jadi rz pun tak tahu nak expect apa sebab ini adalah pertama kali rz mengunjungi Freeport A'Famosa Outlet. 

Shopping raya di Freeport A'Famosa Outlet

Punyalah excited  nak shopping, sampai je kitorang kat Freeport A'Famosa Outlet rupanya belum buka lagi, hahahaa. Tengok jam rupanya baru jam 9;30 pagi, tapi itupun dah ada pengunjung yang mula beratur menunggu pintu dibuka, Takpe, kita ambil gambar dulu sekeliling ye? Reka bentuk bangunan ni unik sungguh macam ala di zaman koboi gitu, hehehe. Parking pun agak luas, tapi bila dah masuk waktu puncak parking memang akan penuh, kiranya elok jugalah kitorang sampai awal kan? hihihii...

Shopping raya di Freeport A'Famosa Outlet

Pada yang bawa anak kecil, tapi tak nak bawa stroller sebab makan ruang dalam kenderaan kan? Korang boleh sewa Kiddy Trolley kat sini dengan harga RM10 je. Bila kereta dah jimat ruang, korang boleh shopping lagi banyak lah, betul tak? hahaha.
 Shopping raya di Freeport A'Famosa Outlet

Melangkah je masuk ke Freeport A'Famosa Outlet suasanya sangat inviting terasa macam kat oversea pula (walaupun tak pernah pergi oversea, hihihi). Deretan butik-butik berjenama memang rambang mata dibuatnya, rasa tak keruan bila masuk setiap butik-butik ni, hahaha. 

Shopping raya di Freeport A'Famosa Outlet
Ada orang berkenan handbag nampak? 


Shopping raya di Freeport A'Famosa Outlet
Elehhh, cakap orang sendiri pun sama je rambang mata... 


Shopping raya di Freeport A'Famosa Outlet

Shopping raya di Freeport A'Famosa Outlet

Shopping raya di Freeport A'Famosa Outlet

Shopping raya di Freeport A'Famosa Outlet
 Ada orang berkenan hoodie, nak beli ke tak? hihihiii

Shopping raya di Freeport A'Famosa Outlet

Shopping raya di Freeport A'Famosa Outlet

Shopping raya di Freeport A'Famosa Outlet

Sabar korang gambar-gambar di atas tu baru sikit je. Tapi memang seronok jalan-jalan kat Freeport A'Famosa Outlet ni, redup je, laluan berbumbung. Tempat duduk di sepanjang koridor, kalau penat berjalan tu bolehlah duduk sekejap.

Shopping raya di Freeport A'Famosa Outlet

Apa yang rz suka lagi tentang Freeport A'Famosa Outlet ni, ialah lokasinya yang yang sangat mesra kanak-kanak, lagi lagi bila ada Toys World memang anak-anak akan rambang mata juga lah, tapi jangan kata budak kecil, rz yang gergasi ni pun teruja masuk kedai mainan, hahahaa. Haaaa, macam kak long Saidila teruja nampak Abang Didi, ehhh, Didi & Friends, hahahaha.

Shopping raya di Freeport A'Famosa Outlet


Freeport A'Famosa Outlet ni serius memang cantik, banyak tempat korang ambil gambar. Siapa-siapa nak ambil gambar kahwin kat sini pun boleh, dah macam kat luar negara. 

Shopping raya di Freeport A'Famosa Outlet

Shopping raya di Freeport A'Famosa Outlet

Shopping raya di Freeport A'Famosa Outlet

Shopping raya di Freeport A'Famosa Outlet

Shopping raya di Freeport A'Famosa Outlet

 "Tempat Makan Takde Ke?"


Memang lah ada, takkan takde pula. Nasib baik rz tak masuk dalam food court beli makanan, kang orang ingat rz tak puasa pula, hahaha. Selain dari food court ada juga beberapa restoran di sini, seperti Marry brown, papparich dan banyak lagi lah. ada juga kiosk-kiosk makannan minuman di sepanjang lot butik di sini. hehehe...

Shopping raya di Freeport A'Famosa Outlet
Heyyy, tak puasa ke? Hahaha... 


Shopping raya di Freeport A'Famosa Outlet
"Bang, nak air sirap limau laici gelas besar satu!"

 APA LAGI ADA KAT SINI?


Shopping raya di Freeport A'Famosa Outlet
 surau yang luas dan selesa

Shopping raya di Freeport A'Famosa Outlet
Mesin ATM

 "Tak Beli Apa-Apa Ke?"

Mestilah beli, rz memang selalu ke Melaka sebenarnya, tapi tak pernah sampai ke Freeport A'Famosa Outlet ni, maka peluang tu tak harus dilepaskan, hahaha. Banyak item yang menggoda jiwa sebenarnya, hahaha. Tapi akhirnya rz membuat keputusan untuk membeli sepasang kasut import, gituuhhhh!!! Bayangkan harga asal adalah RM499.00, harga diskaun pula adalah RM159.00. Untung ke idookkk oiiiii!!! Hahahaa... Berbaloi!

Shopping raya di Freeport A'Famosa Outlet

Alhamdulillah kunjungan kali pertama ni rz sangat berpuas hati. Rakan-rakan blogger yang lain pun seronok, dan dah ada yang rancang nak pergi lagi tapi nak bawak family pula, hihihii... Insyaallah next time turun Melaka rz akan ke sini lagi, tapi masa tu kita dah kumpul duit siap-siap nak beli lagi banyak barang pula, hahahaa.

Shopping raya di Freeport A'Famosa Outlet

Shopping raya di Freeport A'Famosa Outlet

Sempena raya ni memang banyak butik yang akan memberikan diskaun yang korang akan susah nak tolak, hahaha. So alang-alang kalau korang nak mencari barangan berjenama dengan harga diskaun yang berpatutan, lokasi cantik, bebas masalah trafik korang kena datang ke Freeport A'Famosa Outlet ni, sangat berbaloi dan puas hati.

Ikuti medium media sosial Freeport A'Famosa Outlet untuk sebarang pengumuman dan promosi terkini, diskaun dan banyak lagi lah. jom shopping!

Facebook



Instagram