Assalamualaikum semua,
Dah nak raya ni, macam mana persiapan membeli belah sempena Aidilfitri korang, ok tak? Korang pernah terfikir nak membuat kelainan sikit untuk raya tahun ni? Kita tukar lokasi membeli-belah pula, takkan tiap tahun nak pergi ke 'situ' je kan? Sekali sekala tukar angin apa salahnya, ngeee...
Tahun ni rz dan rakan-rakan blogger pergi ke Freeport A'Famosa Outlet, Melaka. Sebenarnya takde lah jauh sangat pun, perjalanan pun cuma mengambil masa lebih kurang Sejam setengah je dari Putrajaya dan dekat juga dengan Alor Gajah dan Tampin.
Sebut pasal Freeport A'Famosa Outlet ni, rz selalu sangat dengar dari rakan-rakan, katanya membeli belah di sana memang rambang mata. Jenama pula bukan biasa-biasa, jadi rz pun tak tahu nak expect apa sebab ini adalah pertama kali rz mengunjungi Freeport A'Famosa Outlet.
Punyalah excited nak shopping, sampai je kitorang kat Freeport A'Famosa Outlet rupanya belum buka lagi, hahahaa. Tengok jam rupanya baru jam 9;30 pagi, tapi itupun dah ada pengunjung yang mula beratur menunggu pintu dibuka, Takpe, kita ambil gambar dulu sekeliling ye? Reka bentuk bangunan ni unik sungguh macam ala di zaman koboi gitu, hehehe. Parking pun agak luas, tapi bila dah masuk waktu puncak parking memang akan penuh, kiranya elok jugalah kitorang sampai awal kan? hihihii...
Pada yang bawa anak kecil, tapi tak nak bawa stroller sebab makan ruang dalam kenderaan kan? Korang boleh sewa Kiddy Trolley kat sini dengan harga RM10 je. Bila kereta dah jimat ruang, korang boleh shopping lagi banyak lah, betul tak? hahaha.
Melangkah je masuk ke Freeport A'Famosa Outlet suasanya sangat inviting terasa macam kat oversea pula (walaupun tak pernah pergi oversea, hihihi). Deretan butik-butik berjenama memang rambang mata dibuatnya, rasa tak keruan bila masuk setiap butik-butik ni, hahaha.
Ada orang berkenan handbag nampak?
Elehhh, cakap orang sendiri pun sama je rambang mata...
Ada orang berkenan hoodie, nak beli ke tak? hihihiii
Sabar korang gambar-gambar di atas tu baru sikit je. Tapi memang seronok jalan-jalan kat Freeport A'Famosa Outlet ni, redup je, laluan berbumbung. Tempat duduk di sepanjang koridor, kalau penat berjalan tu bolehlah duduk sekejap.
Apa yang rz suka lagi tentang Freeport A'Famosa Outlet ni, ialah lokasinya yang yang sangat mesra kanak-kanak, lagi lagi bila ada Toys World memang anak-anak akan rambang mata juga lah, tapi jangan kata budak kecil, rz yang gergasi ni pun teruja masuk kedai mainan, hahahaa. Haaaa, macam kak long Saidila teruja nampak Abang Didi, ehhh, Didi & Friends, hahahaha.
Freeport A'Famosa Outlet ni serius memang cantik, banyak tempat korang ambil gambar. Siapa-siapa nak ambil gambar kahwin kat sini pun boleh, dah macam kat luar negara.
"Tempat Makan Takde Ke?"
Memang lah ada, takkan takde pula. Nasib baik rz tak masuk dalam food court beli makanan, kang orang ingat rz tak puasa pula, hahaha. Selain dari food court ada juga beberapa restoran di sini, seperti Marry brown, papparich dan banyak lagi lah. ada juga kiosk-kiosk makannan minuman di sepanjang lot butik di sini. hehehe...
Heyyy, tak puasa ke? Hahaha...
"Bang, nak air sirap limau laici gelas besar satu!"
APA LAGI ADA KAT SINI?
surau yang luas dan selesa
Mesin ATM
"Tak Beli Apa-Apa Ke?"
Mestilah beli, rz memang selalu ke Melaka sebenarnya, tapi tak pernah sampai ke Freeport A'Famosa Outlet ni, maka peluang tu tak harus dilepaskan, hahaha. Banyak item yang menggoda jiwa sebenarnya, hahaha. Tapi akhirnya rz membuat keputusan untuk membeli sepasang kasut import, gituuhhhh!!! Bayangkan harga asal adalah RM499.00, harga diskaun pula adalah RM159.00. Untung ke idookkk oiiiii!!! Hahahaa... Berbaloi!
Alhamdulillah kunjungan kali pertama ni rz sangat berpuas hati. Rakan-rakan blogger yang lain pun seronok, dan dah ada yang rancang nak pergi lagi tapi nak bawak family pula, hihihii... Insyaallah next time turun Melaka rz akan ke sini lagi, tapi masa tu kita dah kumpul duit siap-siap nak beli lagi banyak barang pula, hahahaa.
Sempena raya ni memang banyak butik yang akan memberikan diskaun yang korang akan susah nak tolak, hahaha. So alang-alang kalau korang nak mencari barangan berjenama dengan harga diskaun yang berpatutan, lokasi cantik, bebas masalah trafik korang kena datang ke Freeport A'Famosa Outlet ni, sangat berbaloi dan puas hati.
Ikuti medium media sosial Freeport A'Famosa Outlet untuk sebarang pengumuman dan promosi terkini, diskaun dan banyak lagi lah. jom shopping!
Facebook
Instagram
9 comments:
bestnya membeli belah disana. lisa tak pernah pergi sana lagi .. terinign juga laa
Best betul kan shopping sana. Kalau kena masa ada sale memang seronok!
Wahhh.. Bestnya daoat shopping situ... Hihihi
heyyyyy mana baju mandi yg beli tu ......tunjuklah sikit .....ahahahaha
Cantik la tempat dia... bestnya.. nak shopping jugak
Best nya shopping Raya. Tak sangka ada sale kat sana... Nanti cuti nak pi laa
Jauh shopping ye..seronok tengok..datang Melaka nanti nak singgah la, nak tengok gak tempat ni
Murah² camtu memang rambang matalah.
terbaek bro..
Post a Comment