Cosmoderm

Wednesday, July 15, 2020

Bila Kau Mula Bosan Dengan Hidup...

Assalamualaikum...

Lama aku menghilang dari dunia media sosial, sekali sekala ada lah aku upload ig story dan facebook, itu pun kalau aku ada mood. Selalunya aku memang tak ada mood lah, aku dah mula abaikan facebook, instagram, blog, twitter, bukan tu saja aku dah hilang interest dengan semua benda yang pernah aku suka dulu, even menyanyi pun aku dah semakin hilang minat dah, kenapa entah aku pun tak boleh nak explain. 

Benda ni berlanjutan sejak hujung 2018, hingga sekarang lah. Dah nak masuk 2 tahun, blog aku dah terabai lama walaupun setiap tahun aku tetap renew domain, tapi updatenya memang aku dah hilang arah dah.  Aku lebih banyak menyendiri, duduk sendirian dalam bilik tak berbual dengan sesiapa, tidur seharian dan bangun dengan rasa penat seolah-olah aku tak tidur langsung semalaman.

Aku cuba hiburkan diri aku dengan ikut kawan² pergi travel sana sini, pergi mall, shopping, tengok wayang, makan, memang aku happy, tapi masa tu je lah. Balik rumah, aku seolah dah jadi orang lain, masuk bilik tutup lampu dan paksa diri untuk tidur. Tak dinafikan ada masanya aku sering rasa yang aku ni seorang manusia yang tak guna, sampai tahap aku membayangkan...

"Kalau aku melintas jalan raya, takde ke kereta yang nak langgar mati aku?"

Makin lama aku rasa fikiran aku makin serabut, di ig story aku post benda² normal yang "kononnya happy" padahal sebenarnya entah apa² dalam kepala aku masa tu. Aku tau ada yang tak kena dengan aku, tapi aku cuba yakinkan diri yang aku sihat² saja. Tapi serius aku tak boleh tipu diri sendiri, walaupun sebenarnya aku berperang dengan benda yang aku sendiri pun tak tahu.

Perlahan-lahan aku menjauhi semua orang yang aku rapat, aku abaikan mesej² mereka, aku cuma nak hidup dalam dunia aku sendiri saja. Aku tak mahu orang tahu 'sakit' aku.

Ya, aku sakit. Aku harus akui yang aku sakit dan aku perlu bantuan, tapi satu side dalam diri aku kata biar aku sendiri, aku sihat je, jangan kacau aku. Biar aku mati mereput sendiri saja.

Aku tau, tak baik cakap macam tu, berdosa. Tapi kau tak faham apa yang aku lalui ni, aku nak explain pun aku sendiri keliru apa jadi pada aku, so macam mana aku fahamkan korang eh?

Aku beranikan diri juga untuk berjumpa dengan orang yang mungkin pada aku boleh faham situasi aku. Ya, aku bertemujanji dengan psikiatris, aku cuba tepis pemikiran "aku gila" dalam diri aku. Aku tak rasa aku gila,  kot? Kadang aku buat lawak, orang gelak dan panggil aku 'gila/bengong/bongok', aku terfikir, betul ke aku gila? 

Aku diminta menjalani beberapa ujian, selesai ujian aku berjumpa dengan doktor. Berpeluh tapak tangan aku nak tau apa kata doktor, ye lah bayangkan kalau tiba² doktor kata, "Kau gila!", tak ke aku dah jadi OKU gitu?

Aku disahkan menghidap kemurungan (depression). Kategori apa tu biarlah aku rahsiakan, kau tak payah tahu.

Aku masih lagi dalam sesi kaunseling, aku tak nak bergantung pada ubatan dulu buat masa ni. Aku risau sekiranya keadaan tidak terkawal, keadaan aku mungkin akan lebih teruk lagi.

Doakan aku ya...

Monday, July 6, 2020

Lirik Lagu KUASA CINTAMU | Dato' Sri Siti Nurhaliza | ManifestaSITI2020


KUASA CINTAMU
KOMPOSER: Melly Goeslaw
LIRIK: Dato' Sri Siti Nurhaliza/Melly Goeslaw

Ku mengkhabarkan pada awan
Jangan terus jadikan mendung
Kerna alam ingin cahaya
Untuk teruskan hidupkan terang

Semenjak aku menatapmu
Hilang pandang hatiku galau
Tak pernah lagi lelah tidurku
Tanpamu mengiring pejamku

Kehadiranmu seperti tak mungkin bisa terjadi
Telah KAU ikhlaskan doaku ini dari dulu kumenunggu
Dikaulah harapan satunya yang tak dapat kugambarkan
Ternyata ini membuat ku jatuh
Jatuh cinta jatuh cinta lagi...

Hebatnya kuasa cintaMu
Engkau mendengar rayuanku
Telah KAU kirim cinta ini
Ku bahagia kini kau disisi

Kehadiranmu seperti tak mungkin bisa terjadi
Telah KAU ikhlaskan doaku ini dari dulu kumenunggu
Dikaulah harapan satunya yang tak dapat kugambarkan
Ternyata ini membuat ku jatuh
Jatuh cinta jatuh cinta lagi...

Huuuu...
Haaaa...
Haaaa...

Kehadiranmu seperti tak mungkin bisa terjadi
Telah KAU ikhlaskan doaku ini dari dulu kumenunggu
Dikaulah harapan satunya yang tak dapat kugambarkan
Ternyata ini membuat ku jatuh
Jatuh cinta jatuh cinta lagi...

Lirik Lagu AKU BIDADARI SYURGAMU | Dato' Sri Siti Nurhaliza | ManifestaSITI2020


Aku Bidadari Syurgamu
Komposer: Ippo Hafiz
Lirik: Siti Rosmizah

Takdir kita telah bersatu
kerna keangkuhan
Kupinggir kasihmu
Kini baru kusedari
Abadinya cinta hingga akhir nafasku

Walau kau kusayangi
Kuturut kata kau yang terluka
Maafku tak sempurna
Kiranya dikau tak bahagia

Tuhan jiwa aku merawan
Perasaan saat ku kehilangan
Oh biarlah aku
Pendam tangis di hati
Seandainya aku yang pergi dulu
Sampai mati ku kan mencintai kamu
Kerna aku lah bidadari syurgamu

Ohhhh Ohhhh

Walau kau kusayangi
Kuturut kata kau yang terluka
Maafku tak sempurna
Kiranya dikau tak bahagia

Tuhan jiwa aku merawan
Perasaan saat ku kehilangan
Oh biarlah aku
Pendam tangis di hati
Seandainya aku yang pergi dulu
Sampai mati ku kan mencintai kamu
Kerna aku lah bidadari syurgamu



Lirik Lagu SIAPA TAK MAHU | Dato' Sri Siti Nurhaliza | ManifestaSITI2020

Siapa Tak Mahu
Komposer : John Jeevasingham, Ikhwan Fatanna, Omar K



huuu huuu huuu...
Ehem..
Huuu huuu huu...
(Hey, dengar ni...)

Kata orang kalau dah sayang
Jangan kau mudah nak naik berang
Dalam cinta kena berjaga
Jangan kau mudah ingin buruk sangka

Tanya sama hati
Apa lah yang dicari
Nanti jawab hati
Hanya cinta abadi

Siapa yang tak mahu
Sayang disulam rindu
Cinta bagaikan bulan madu
Di setiap waktu

Siapa yang tak mahu
Dicintai selalu
Seperti purnama jatuh ke ribaku
Teman sekalbu
Siapa tak mahu

Huuu huuu huuu...
Huuu huuu...

Kata orang kalau nak senang
Jangan berkira dengan pasangan
Salah faham jangan dipendam
Luahkan kata jujurlah caranya

Tanya sama hati
Apa lah yang dicari
Nanti jawab hati
Hanya cinta abadi

Siapa yang tak mahu
Sayang disulam rindu
Cinta bagaikan bulan madu
Di setiap waktu

Siapa yang tak mahu
Dicintai selalu
Seperti purnama jatuh ke ribaku
Teman sekalbu
Siapa tak mahu

Bulat air kerana pembetung
Bulat sayang kerana disanjung
Baik acuan cantik kuihnya
Baik budi begitulah kasihnya
Haaaaa...yeahh...

Siapa yang tak mahu
Sayang disulam rindu
Cinta bagaikan bulan madu
Di setiap waktu

Siapa yang tak mahu
Dicintai selalu
Seperti purnama jatuh ke ribaku
Teman sekalbu
Siapa tak mahu

Huuu huuu huuu...
Huuu...
Siapa tak mahu

Huuu huuu huuu...
Siapa tak mahu
huuu...
Rugilah tak mahu...