Assalamualaikum...
Lama aku menghilang dari dunia media sosial, sekali sekala ada lah aku upload ig story dan facebook, itu pun kalau aku ada mood. Selalunya aku memang tak ada mood lah, aku dah mula abaikan facebook, instagram, blog, twitter, bukan tu saja aku dah hilang interest dengan semua benda yang pernah aku suka dulu, even menyanyi pun aku dah semakin hilang minat dah, kenapa entah aku pun tak boleh nak explain.
Benda ni berlanjutan sejak hujung 2018, hingga sekarang lah. Dah nak masuk 2 tahun, blog aku dah terabai lama walaupun setiap tahun aku tetap renew domain, tapi updatenya memang aku dah hilang arah dah. Aku lebih banyak menyendiri, duduk sendirian dalam bilik tak berbual dengan sesiapa, tidur seharian dan bangun dengan rasa penat seolah-olah aku tak tidur langsung semalaman.
Aku cuba hiburkan diri aku dengan ikut kawan² pergi travel sana sini, pergi mall, shopping, tengok wayang, makan, memang aku happy, tapi masa tu je lah. Balik rumah, aku seolah dah jadi orang lain, masuk bilik tutup lampu dan paksa diri untuk tidur. Tak dinafikan ada masanya aku sering rasa yang aku ni seorang manusia yang tak guna, sampai tahap aku membayangkan...
"Kalau aku melintas jalan raya, takde ke kereta yang nak langgar mati aku?"
Makin lama aku rasa fikiran aku makin serabut, di ig story aku post benda² normal yang "kononnya happy" padahal sebenarnya entah apa² dalam kepala aku masa tu. Aku tau ada yang tak kena dengan aku, tapi aku cuba yakinkan diri yang aku sihat² saja. Tapi serius aku tak boleh tipu diri sendiri, walaupun sebenarnya aku berperang dengan benda yang aku sendiri pun tak tahu.
Perlahan-lahan aku menjauhi semua orang yang aku rapat, aku abaikan mesej² mereka, aku cuma nak hidup dalam dunia aku sendiri saja. Aku tak mahu orang tahu 'sakit' aku.
Ya, aku sakit. Aku harus akui yang aku sakit dan aku perlu bantuan, tapi satu side dalam diri aku kata biar aku sendiri, aku sihat je, jangan kacau aku. Biar aku mati mereput sendiri saja.
Aku tau, tak baik cakap macam tu, berdosa. Tapi kau tak faham apa yang aku lalui ni, aku nak explain pun aku sendiri keliru apa jadi pada aku, so macam mana aku fahamkan korang eh?
Aku beranikan diri juga untuk berjumpa dengan orang yang mungkin pada aku boleh faham situasi aku. Ya, aku bertemujanji dengan psikiatris, aku cuba tepis pemikiran "aku gila" dalam diri aku. Aku tak rasa aku gila, kot? Kadang aku buat lawak, orang gelak dan panggil aku 'gila/bengong/bongok', aku terfikir, betul ke aku gila?
Aku diminta menjalani beberapa ujian, selesai ujian aku berjumpa dengan doktor. Berpeluh tapak tangan aku nak tau apa kata doktor, ye lah bayangkan kalau tiba² doktor kata, "Kau gila!", tak ke aku dah jadi OKU gitu?
Aku disahkan menghidap kemurungan (depression). Kategori apa tu biarlah aku rahsiakan, kau tak payah tahu.
Aku masih lagi dalam sesi kaunseling, aku tak nak bergantung pada ubatan dulu buat masa ni. Aku risau sekiranya keadaan tidak terkawal, keadaan aku mungkin akan lebih teruk lagi.
Doakan aku ya...

3 comments:
always doakan razi ....jaga diri,kalau perlu akak ada,hello je...
Interactive LED Flat Panel
aku pun rasa yg sama. aku slalu tpikir kalau la ade mesin mase, aku akan guna utk patah balik dan bunuh Adam dan Hawa sbb aku xnak wujud. penyesalan paling besa yg aku rase ialah aku menyesal dilahirkan. sbb dh lahir, kene hadap dunia ni yg tah ape2, pastu nak bunuh diri, xleh sbb nnti duduk dlm neraka forever. im stuck. im not hepi with my life. hari2 aku tpikir nak suicide. aku dh muak dgn hidup aku yg mcm tah la. aku dh bnyak kali kene aniaya dgn org sekeliling dr kanak2 smpai la ke tua bangka ni. aku dh BOSAN
Post a Comment